Monday, June 27, 2016

Ahli PKR sambut cabaran Wan Azizah kepada Mahathir


Kenyataan Umum

27 Jun 2016

Ahli akar umbi sambut baik cabaran Presiden kepada Mahathir

22 Jun Akhbar Berita Harian memetik Wan Azizah berkata Mahathir perlu bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya negarawan itu mahu terus membabitkan diri dalam kancah politik negara dan bertindak seolah beliau ketua pembangkang.
Malah, katanya, tindakan berkenaan juga bagi membuktikan Mahathir layak untuk menyertai blok pembangkang.
"Kalau Tun (Dr Mahathir) mahu jadi ketua pembangkang, beliau perlu bertanding dulu. Saya naik (menjadi ketua pembangkang) pun kerana bertanding dan ada kerusi di Parlimen.
"Saya harap Tun pun boleh buat begitu," Wan Azizah dilaporkan media berkata.
Bagi saya dan ramai akar umbi PKR menyifatkan kenyataan Wan Azizah ini tepat dan disambut baik. Mahathir kena faham sejak tahun 60 an dia menunggang pembangkang atas matlamat peribadi. Mahathir merupakan penganut Machiavellianism tegar yang sanggup menggunakan apa jua cara asalkan matlamatnya tercapai.
Bagi saya surat panjang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan ketidak hadiran Wan Azizah, Nurul Izzah dalam semua program melibatkan Mahathir sepatutnya menjadi isyarat jelas kepada pimpinan PKR yang terhegeh - hegeh membontoti Mahathir. 
Tahniah kepada PKR Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan kenyataan terbuka dan PKR Johor yang membuat keputusan dalam mesyuarat MPN yang menolak Mahathir dan teguh bersama agenda Reformasi yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim sendiri.
Teman - teman akar umbi PKR yang ditemui sebenarna cukup kesal dengan sikap terhegeh - hegeh pemimpin PKR yang kononya marah membela Mahathir apabila Mahathir diserang tetapi membisu menikus apabila Mahathir terus menerus menyerang Anwar Ibrahim.
Mengenai perkembangan pendedahan akuan sokongan atau tandatangan palsu dalam deklarasi Mahathir , ini telah membuktikan bagaimana kumpulan ini mampu selamatkan Malaysia jika dalam bab tandatangan sokongan pun mahu menipu. Mereka peringkat awal kelihatan terkejar - kejar seperti esok mahu menghantar ke Istana Deklarasi dan sokongan namun selepas dilempang pendedahan tandatangan palsu maka isu menghantar ke istana kini seolah tidak kedengaran lagi.
Kepada pemimpin ketahuilah apa yang akar umbi PKR mahukan anda mampu menjadikan PKR parti penyatu dalam Pakatan Harapan dan memperkukuh PH seperti mendesak satu logo, mengasak isu pilihanraya penuh penipuan dan seumpamanya bukan membontoti Mahathir yang dia sendiri tidak mengakui penipuan pilihanraya di Malaysia dan beban jenayah pentadbiran yang sangat banyak.  Kami juga sangat kesal dimana pemimpin PKR sendiri ada yang seolah mengenepikan peranan dan pengorbanan Anwar Ibrahim.
Sekian.
Faizal AB Rahman
Bekas Ketua AMK Balik Pulau




No comments:

Post a Comment