Thursday, February 16, 2012

Wahai Datuk (Tan Sri) Mufti kangkung pengampu...

mungkin mufti Perak lupa imej Najib rai Thaipusam dengan patungnya yang lebih besar dari patung sembahan agama hindu

Minggu lepas tiba - tiba ramai yang gembira meraikan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan Najib seolah menggadaikan akidah apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Serentak dengan itu kenyataan beliau segera disambut dan diraikan. Pihak pro Najib cuba membela dan geng tak suka Najib pula cuba mengangkat malah ada yang melampau - lampau seolah 'fatwa' tersebut ialah fatwa terhebat sehingga melupakan kerja buat mufti politik ini sebelum ini.

Hari ini Datuk (Tan Sri) Mufti ini membuktikan kekangkunganya dengan membuat pusingan U terhadap kenyataannya. Tiba tiba dia mengatakan tak salah tindakan Najib jika tiada niat dan redha dengan perbuatan agama lain. Dia pula bukan setakat membuat pusingan U tetapi menjadi jurucakap Najib dengan dilaporkan mengakatan bahawa Najib berada disitu hanya untuk menerangkan polisi kerajaan.

Tiba - tiba sahaja, bagaimana dengan kenyataan sebelum ini yang menyatakan "Saya telah tegur setiap tahun namun tidak peduli..........."

Kepada kita semua juga perlu diperingatkan mufti inilah yang sering melontar masalah dan persoalan ditengah masyarakat tanpa penyelesaian, yang hanya tahu mewujudkan kegusaran ditengah masyarakat. Kenyataan beliau kadang kala lebih gimik politik dari ahli politik juga kadang kala lebih bersifat publisiti dari artis.

Dalam kenyataan asalnya dalam isu ini kita sudah mengetahui apa salahnya meraikan teman yang merayakan hari perayaan mereka. Kita mengucapkan selamat hari Thaipusam kepada penganut Hindu tidak bermakna kita meraikan Thaipusam tetapi meraikan sahabat yang menyambut perayaan tersebut.

Dalam kenyataan U turn mufti tersebut yang dilaporkan media hari ini lebih membuktikan betapa beliau sebenarnya lebih layak bergelar ulama Umno apabila menyatakan dengan jelas kononya Najib hadir di Batu Caves tidak salah tetapi beliau kecewa dengan PAS Perak kerana mengadakan hadir, membuat khemah dan ada terkibar bendera PAS di sambutan Thaipusam di Perak. Wahai mufti tahukah kamu bahawa khemah dan bendera PAS itu didirikan dan dikibarkan oleh Dewan Penyokong PAS yang terdiri dari penganut agama Hindu sendiri.

Mufti yang sering membuat kenyataan kontroversi ini turut menghiasi kenyataan pusingan U nya dengan seruan 'perpaduan Melayu'. Dia menyatakan jangan ada pihak yang cuba putar belit kehadiran najib di sambutan Thaipusam (tanpa sedar dia yang buat sendiri) konon katanya ia menjadi fitnah dan tak bagus dalam keadaan Melayu yang berpecah belah.

Wahai Datuk (Tan Sri) Mufti yang sudah tu sudah lah............... nampaknya budaya kangkung yang selama ini menular dikalangan profesor yang menjadi pengampu melampau kini telah dibuktikan sudah menular dikalangan Mufti pula.......

1 comment: