Sunday, February 12, 2012

SAMM memandang serius isu Hamza Kashgari dan kesal dengan tindakan Malaysia

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia

12 Febuari 2012

SAMM memandang serius isu Hamza Kashgari dan kesal dengan tindakan Malaysia

Hamza Kashgari, seorang wartawan dari Arab Saudi yang baru - baru iniu telah terlibat dalam satu kontroversi melibatkan masej beliau di laman blog mikro "twitter' apabila beliu membuat komen merujuk kepada Rasullullah SAW

Dalam tweetnya, beliau menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.

Kesalahan beliau di Arab Saudi boleh dihukum mati.

Ini telah mengundang kemarahan perbagai pihak khususnya dalam negaranya sendiri. Kemudian beliau dilaporkan telah meminta maaf secara terbuka dan 'bertaubat'. Namun menurut sumber menyatakan dia telah ditahan di Malaysia minggu lalu dan dihantar kembali ke Arab Saudi dengan di iringi pegawai-pegawai Arab Saudi.

Walaupun Malaysia punya perjanjian ekstradisi persoalanya adakah tindakan Malaysia ini betul benar ? Bukankah seharusnya Malaysia memberikan ruang menggunakan sistem perundangan kepada seseorang yang sudah hadir dalam tanah berdaulat ini. Rekod Hamza yang juga merupakan aktivis masyarakat yang punya rekod membela penindasan wanita juga harus diambil kira dalam menghakimi beliau.

Tindakan malaysia dalam menangani isu ini juga sedikit sebanyak akan menebalkan imej negara ini yang dikenali agak negatif dalam isu kemanusiaan dan ketelusan undang - undang. Pada 12 Febuari 2012 dilaporkan peguam Hamza telah mendapatkan perintah injuksi terhadap penahanan dan penghantaran balik Hamza tetapi malangnya keputusan mahkamah tersebut tidak bermakna kerana sebelum itu Hamza telah dihantar balik sebelum mahkamah membuat keputusan.

Jika kita rujuk kesalahannya ternyata dia telah meminta maaf dan bertaubat. Sejauh mana ikhlasnya itu ialah hubungan dia dan pencipta. Adakah Malaysia benar serius dalam isu menghina Rasullullah ini ? Di rekodkan Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah menghina Rasullulah dan sehingga kini tidak memohon maaf atau menyatakan kesal terhadap kenyataannya. Bukan sahaja Dr. Mahathir terus bebas tetapi dianggap pemimpin de facto oleh Umno dan Bn sehingga kini.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

No comments:

Post a Comment