Wednesday, February 29, 2012

Sajak : Asalkan Bukan Umno

Buat
budayawan, pekerja awam,
penarik beca, orang asal,
pembeli rumah, penduduk setinggan,
ahli bahasa, ahli koporat,
orang kaya, orang miskin,
yang tua, muda, wanita, jejaka
bujang, duda, janda, anak yatim,
menteri, YB, dato’,
Tan Sri, datin, orang biasa,
orang luar biasa, orang asing,
orang tidak asing lagi
ustaz, alim ulama’,
veteran UMNO, bekas ahli UMNO,
bekas pemimpin, ADUN, Ahli Parlimen UMNO
yang ingin masuk UMNO,
yang berkenaan dengan UMNO,
veteran Pakatan Rakyat, Ahli Pakatan Rakyat
segala NGO, seluruh ahli NGO,
yang membangkang, yang menyokong
yang ingin membangkang, yang tak habis-habis menyokong
pendemontrasi, aktivis, penulis,
ahli seni, pemuzik, pelukis, pengukir,
yang ditindas, yang dizalim, yang ingin ditindas,
yang terasa ditindas, yang hidup senang
yang hidup mewah, yang hidup papa,
yang merempat, yang ada rumah banglo tujuh tingkat,
seluruh tauke-tauke baik lembu atau kondo,
dan seluruh rakyat bumi Malaysia
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO

Budayawan teruskan berbudaya
pekerja awam terus berkerja
penarik beca terus mengayuh
orang asal harus diberi asal usulnya
pembeli rumah harus diadakan rumahnya
penduduk setinggan harus ditimbang bela
ahli bahasa teruskan berbahasa
ahli koporat jangan jadi bangsat
orang kaya banyakkan menderma
orang miskin perlu dipandang
yang tua mesti dijaga
yang muda mesti berjaga-jaga
wanita perlu terbuka minda bukan membuka tudung kepala
jejaka harus berani mencuba
bujang dan dara perlu disedarkan dengan iman
duda dan janda harus diberi perhatian sara
anak yatim wajib dizakat
menteri di seluruh pelusuk negeri
sudahlah, kenanglah jiwa yang merana
apa yang akan tergadai lagi
sudahlah, berhenti
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO

YB teruskan berkhidmat jujur
Dato’ harus merendah diri
Tan sri tidak akan hilang seri jika bersama marhaen
Datin harus kikis nafsu kempunan cincin permata
orang biasa perlu dibantu
orang luar biasa perlu membantu
orang asing harus diasingkan
ustaz teruskan berdakwah
alim ulama harus jadi rujukan
veteran UMNO, ingat itu parti pengkhianat bangsa
bekas ahli UMNO jangan tertipu lagi
bekas pemimpin, ADUN dan ahli parlimen UMNO
yang ingin masuk UMNO, yang berkenan dengan UMNO
sudahlah! Berhenti!
Sedar! Kenang nasib rakyat negara ini
sudah!
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO

Ahli Pakatan Rakyat teruskan berpakat untuk kepentingan rakyat
seluruh ahli NGO jangan jadi bodoh
yang membangkang teruskan bangkang
yang menyokong teruskan menyokong
bangkang, sokong untuk kemajuan diri rakyat
demostran harus berdemo untuk kebenaran
aktivis teruskan aktif
penulis terus menulis
ahli seni terus berseni
ahli muzik harus berirama
pelukis terus melukis
pengukir terus mengukir
yang ditindas harus bangkit
yang dizalim harus bertindak
yang hidup senang harus kenang yang susah
yang mewah kenanglah yang papa
yang merempat perlu diberi tempat
pemilik banglo berikan perempat tempat
tauke lembu dan kondo jangan keliru
menghabiskan harta rakyat
dan seluruh rakyat di bumi Malaysia
sudahlah! Berhenti!
Ingat,
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO

Sudah terlalu tua usianya
makin tua makin mandul
bicara hanya kepentingan diri sendiri
rakyat perlu mengubah
segera!
Sudahlah! Berhenti!
Ingatlah seluruh rakyat Malaysia
ingat!
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO
ingat kata-kata ini
Asalkan Bukan UMNO

**Nukilan Sdr. Amni Jagat dan dideklamasi buat kali pertama semasa
Pelancaran ABU Negeri Johor pada 26 Februari 2012


3 comments:

  1. Anonymous7:04 PM

    wahai che gu bard, ustaz badrol dah kena cekup, kenapa kah dikau mendiam kan diri? xda idea nk komen? xda telor kah wahai engkau bad? sungguhla x gentleman bila semua komen dlm blog ni nk kena tapis dulu..isk isk isk, bapok rupanya beruk ni

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat blogger,
    just nak mohon jasa baik tuan linkkan blog saya kerana blog saya sudah bertukar link dari bagindareformasi kepada erapasca
    link baru [www.erapasca.com]
    mohon update yer..
    terima kasih kita teruskan perjuangan PAS ganti UMNO!!

    ReplyDelete
  3. AK RASA NUKILAN NI SGT SEMPOI TP INTI PATIMYA MEMANG BOLEH MENGUBAH PEMIKIRAN RAKYAT MEMBUAT PERUBAHAN UNTUK ini kali lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete