Friday, February 17, 2012

Sudahkah kita baca AWSJ ?

Ramai yang bising mengenai kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam ASWJ persoalan paling penting sudahkah kita baca majalah tersebut ? Jawapan pasti lebih 90% rakyat Malaysia menyatakan tidak dan hanya tahu melalui media propaganda Umno.

Bagi yang tidak membacanya, Anwar sekali lagi memberikan penjelasan dalam isu ini dengan menyebut dengan jelas dalam kenyataan medianya semalam seperti di bawah :
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support allefforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya
Kini sepatutnya 'meriam' dihalakan kepada regim semula. Adakah benar Malaysia anti Israel. Bagaimana negara ini yang tidak mengiktiraf proses demokrasi Palestin dengan tidak mengiktiraf Hamas berdasar telunjuk Israel. Bagaimana dengan hubungan dagang terus membantu ekonomi Israel. (klik baca hubungan dagang sawit malaysia israel)

Dr. Mahathir sudahlah kamu memang banyak menyumbang kepada negara ini tetapi kamu juga bukan sedikit berbuat kerosakan. Cukuplah jangan tamak dan sombong lagi. Kenyataan Mahathir yang cuba menyelamat Najib yang boleh dipercayai oleh orang yang pendek pemikiran. Bagaimana mungkin Israel yang selesa dengan regim kini yang bersungguh - sungguh menjaga kepentinganya mahukan pertukaran kerajaan ? (klik untuk membaca jawapan SAMM terhadap Dr. M). Antaranya Kakitangan kerajaan yang sedar dan sudah meluat dengan regim Umno ini yang salurkan maklumat bukan Israel seperti mana tuduhan Dr. M. Saya tahu lah sebab saya yang pergi jumpa mereka dan saya yang dedahkan perkara tersebut. Bukan seorang tetapi ramai, bukan sekumpulan tetapi banyak kumpulan di perbagai pangkat dan perbagai jabatan.

Dari 10 kakitangan kerajaan boleh dikatan 9 sudah meluat dengan regim Umno ini dan pasti 5 dari mereka sedang bersama berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan regim Umno ini.

7 comments:

  1. Anonymous10:59 AM

    nope..the further statement telah diubah setelah menjadi isu..statement asal tiada sebarang penambahan..WSJ turut mengikut telunjuk anwar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:24 AM

      What ever... UMNGOK suppoter are always bleeding in stupid !

      Delete
  2. Anonymous11:44 AM

    Kenapakah Barisan yang memerintah masih berpegang kepada kata-kata bahawa mereka tidak berurus-niaga dengan Israel? Sedangkan pada hari ini (17Feb2012) masih terdapat 2 buah kapal dari Israel berlabuh di pelabuhan Westport menurunkan beratus kontena? Dan pulak ada menteri yang mengatakan dan memberi kenyataan bahawa mereka tidak berurus-niaga dengan Israel.
    "Lain dicakap, lain dibikin!" Macam roti canai; pusing-pusing.

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:55 PM

    Orang 3/4 boleh percaya umno, yg lain tidak lagi

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:39 PM

    Itu lah sebenarnye pemimpin BN PENIPU..PEROMPAK.. PENGKHIANAT...MUNAFIK.. Semoga kebenaran akan timbul dan pemimpin ini semua wajib dijatuhkan...

    ReplyDelete
  5. Nak marah sangat2 dia pun dah tua nyanyuk Mana Tak nyanyuk dia pesan jangan menyimpan dendam dia sendiri menyimpan dendam kesumat pada DSAI, tak puas dipecat, dia bikin buku untuk rujukan anak cucu. Dia dok heran pasai apa orang pegang kuasa lama2 tak nak lepas dia sendiri sampai dah berpuluh tahun memerintah sampai bertukar jadi pemerintah kuku besi, menghasil ramai lintah2 darat dan mengembangkan budaya rasuah dalam perkhidmatan kerajaan.

    Hari ni dia pesan pulak kat orang langkawi jangan jual tanah nanti tak dak apa yang akan dikenang untuk anak cucu...yang dia rembat setengah dari tanah langkawi tu apa cerita.

    Ada sebab mengapa Allah wujudkan manusia bernama Mahathir Mohamad dimuka bumi melayu ini. Semuanya mengajar rakyat yang cerdik pandai untuk tidak membiarkan amanah dipikul oleh orang yang bukan ahli, bukankah sudah binasa jadinya.

    Bila rakyat dah buat pilihan, tentulah tanggungjawab memilih pemimpin bersesuaian dengan aspirasi rakyat.

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:18 PM

    Kenapa masih mempertahankan kata-kata sedangkan segala bukti telah menunjukkan mereka ini memperalatkan segala bangsa penduduk tanahair mengenai urusan ini?
    Segala penyokong mereka pula masih menyokong perbuatan mereka.Di muka-mulut mentafsirkan mereka alim, di belakang .............? ( malas-letih, hendak mengambarkan mereka ini)

    ReplyDelete