Tuesday, April 05, 2011

SAMM : Penahanan Kadir ada kaitan dendam lama rejim warisan penjajah ?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tegas mendesak Regim Bn yang menguasai negara untuk membebaskan Kadir Hashim, 42 tahun yang ditahan tanpa alasan dibawah undang undang 'draconian' ISA.

Kadir, 42, yang cacat sebelah tangan sejak berusia 12 tahun, sebelum ini menjalankan perniagaan tomyam di rumahnya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Beliau ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA pada 1 April lalu oleh pihak polis tanpa sebarang sebab dan alasan.

Sebaik sahaja mengetahui penahanan tersebut sekitar jam 8mlm , 1 April, SAMM terus menghubungi aktivis GMI memaklumkan mengenainya dan telah menemui keluarga Kadir berbincang mengenai tindakan lanjut.

Kadir seorang anggota aktif PKR di Lembah Pantai dan punya pengaruh tersendiri di kawasan kediamannya. Beliau pernah terlibat dalam perbagai aktiviti SAMM.

Regim sebenar tidak punya alasan untuk menahan Kadir selain dari beliau yang 'porpular' dikalangan masyarakat sekitarnya sering 'bercakap lepas' mengkritik pedas Regim Bn dan mengenai betapa pentingnya menjatuhkan regim Bn. Persoalanya adakah Regim Bn tidak boleh dikritik atau tidak boleh dijatuhkan ?

Dalam negara demokrasi ini, adalah menjadi usaha 'halal' untuk menjatuhkan mana - mana parti pemerintah dari tampuk penguasaan. Jika menjatuhkan parti pemerintah salah maka apa yang Umno - Bn lakukan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kedah itu salah. Jika menjatuhkan kerajaan haram maka di Perak, usaha ambil alih kerajaan dilakukan diluar konteks Pilihanraya juga bukan sekadar haram tetapi membahayakan dan juga boleh dimengertikan sebagai aktiviti subversif mengancam keselamatan.

Jika Kadir terlibat sebarang aktiviti 'jenayah' maka hadapkan beliau di muka pengadilan bukan gunakan undang - undang ISA. ISA digunakan oleh penjajah untuk menfitnah pejuang melawan penjajah dengan perbagai tuduhan subversif dan kemudian diwarisi oleh Umno-Bn yang turut menggunakan ISA sebagai alat menfitnah lawan politik mereka.

Satu lagi yang kami khuatirkan ialah tangkapan terhadap Kadir yang merupakan cucu seorang pejuang kemerdekaan dari Rejemin ke 10 merupakan warisan dendam penjajah yang diwariskan kepada regim Umno-Bn. Beliau yang merupakan cucu kepada Prajurit Abdullah CD difahamkan masih mengekalkan hubungan kekeluargaan dengan keluarganya yang menetap di Selatan Thailand.

“Rejimen Ke-10 adalah sebuah tentera anak rakyat yang dari komander hingga ke perajuritnya terdiri dari putera-puteri terpuji bangsa Melayu yang berteraskan anggota PKM, PKMM, PETA, BTM dan lain-lain yang telah diharamkan oleh penjajah British.” Sebelum itu, badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British. Namun menjelang 1957 (kemerdekaan) semua pertubuhan progresif ini diharamkan kecuali United Malay Organization (UMNO) yang diwariskan negara ini oleh penjajah.

Kadir sering 'bercakap lepas' dikalangan anak muda membetulkan fakta sejarah yang diselewengkan. Adakah kerana ini dia ditahan ?

Apakah selepas ini PDRM akan ditunggang oleh Umno-Bn seperti biasanya akan mengeluarkan kenyataan Kadir ditahan kerana tiba - tiba terjumpa yang beliau ada senjata untuk jatuh kerajaan dan seumpamanya ?

SAMM desak bebaskan Kadir dibebaskan segera !! Penangkapan Kadir ialah warisan dendam penjajah dan usaha terus meneakutkan dan membodohkan rakyat.

4 comments:

  1. KRUNON9:30 AM

    Bukti Umno/BN pengecut. OKU macam Kadir pun diA ORG SANGGUP BUAT GITU, PA PULA KALAU ORG NORMAL SPERTI CIKGU BARD. KITA PERLU 1001 ORG MACAM KADIR DAN 300 ORANG MACAM CIKGU BARD BARU BOLEH JATUH REGIM NAJIB/NORMAH

    ReplyDelete
  2. BN sekarang, OKU pun tak lepas!

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:19 AM

    ELOK DIE KENE. CUCU KOMENEH.

    ReplyDelete
  4. barulah saya faham kenapa perkataan subversif digunakan ketika kadir ditangkap. perkataan subversif ini terlalu berat utk digantung pd leher seseorang. jikalau pun yang dituduh mempunyai pertalian darah dgn bekas org pkm itu bkn alasan mengangkap tanpa ada bukti kukuh. lagipun kita semua tahu ancaman komunis mmg telah tiada. jadi subversif apakah yg dimaksudkan?

    ReplyDelete