Sunday, April 24, 2011

Azmin dinasihat hentikan pertelagahan

Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz merujuk kepada kenyataan Azmin di dalam Sinar Harian bertarikh 24 April.

REMBAU: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diminta jangan cepat dan menghentikan pertelagahan sesama kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz berkata demikian merujuk kepada kenyataan Azmin di dalam Sinar Harian bertarikh 24 April yang memetik Azmin melabelkan Setiausaha PAS, Mustafa Ali sebagai “jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian”.

Azmin mengeluarkan kenyataan tersebut apabila akhbar yang sama melaporkan kenyataan Mustafa pada 23 April bahawa ada kemungkinan masa depan PAS turut bergantung pada keputusan siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip pemimpin pembangkang.

Mengulas perkembangan tersebut Norazizi berkata Azmin selaku pemimpin peringkat tertinggi dalam PKR beliau harus matang, faham dan melihat kenyataan Mustafa dari aspek positif dan bukan respon secara emosional yang akhirnya akan merugikan PR itu sendiri.


“ Azmin harus meneliti kembali kenyataan Mustafa, di mana kenyataan beliau (Mustafa) jelas menunjukkan bahawa isu tersebut perlu dilihat dengan serius dan hasil siasatan akan dinilai secara mendalam dan Mustafa turut mempersoalkan bagaimana sekiranya Anwar berjaya dibuktikan tidak terlibat kepada media.

“Mengapa Azmin terlalu cepat melatah dan memberi respon secara beremosi, adakah beliau tidak meyakini yang dalam video itu bukan Anwar? Tindakan Azmin boleh mengundang reaksi negatif oleh rakyat”, kata Norazizi.

Norazizi turut mengulas bahawa tindakan Azmin yang mempersoalkan tindakan Mustafa itu, kerana membuat kenyataan secara terbuka seolah-olah mahu menyinggung perasaan PKR dan Anwar adalah tidak relevan.

“Azmin seolah-olah lupa yang baru-baru ini beliau telah menggunakan media dan secara terbuka menyatakan bahawa PAS sedang turut meninjau kawasan kerusi yang berbilang kaum. Adakah ini tidak menyinggung perasaan PAS? “, tanya Norazizi.

Tindakan Azmin sedemikian hanya memberikan imej buruk kepada PR dan Norazizi meminta Azmin menghentikan kenyataan sedemikian agar tidak menghakis keyakinan rakyat.

2 comments:

  1. Anonymous7:19 PM

    Apa nak buat... ahli PKR yang pilih dia jadi Timbalan Presiden. Abis camno?

    ReplyDelete
  2. pak kadok7:15 AM

    Cara bercakap macam ahli biasa bukan macam pemimpin peringkat tertinggi. Tak matang, ikut perasaan dan politik sempit. Muhasabah diri sebelum sumpit orang. Siasat habis-habis. Bukan dengar cakap dan tgk. kenyataan akhbar sahaja.

    ReplyDelete