Tuesday, August 24, 2010

Proses mengecat surau telah bermula

Pagi ini wakil kami, SAMM telah berhubung dengan wakil jawatankuasa Suaru Taman Pulai Impian Sikamat. Proses pembersihan telah bermula sejak semalam. Pagi ini cat 'undercoat' putih telah pun disapu. Kerja ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik jawatankuasa surau dan dibayar menggunakan wang kutipan derma orang ramai.

Menurut wakil yang dihantar, mereka menghargai usaha perbagai pihak termasuk SAMM yang hadir dan cuba membantu tetapi tindakan segera melantik kontraktor dilakukan untuk elak rasa kurang selesa timbul jika kerosakan terbiar begitu lama. Tahniah atas usaha pantas juga kepada jawatankuasa surau.

Sehubungan dengan itu wang yang SAMM sudah 'asingkan' untuk membeli cat dan peralatan mengecat disumbangkan kepada tabung surau tersebut.

Menurut maklumat Surau Taman Pulai Impian, Sikamat ini juga dibina atas inisiatif penduduk dengan hasil kutipan derma bukan peruntukan khusus.

cheGuBard dan YB Taufek InsyaAllah akan solat Asar di surau berkenaan dan bertemu dengan Jawatankuasa Surau tersebut.

1 comment:

  1. http://pulakdah.blogspot.com/2010/08/surau-disimbah-cat-merah-dan-arak.html?showComment=1282670530104#c4288426507122196094

    ReplyDelete