Saturday, January 02, 2010

Gambar 'sebat' dan malam tahun baru

Gambar 3 Disember sidang media di depan Ibupejabat Polis Bukit Aman selepas menghantar laporan polis terhadap MB Negeri Sembilan isu penyeludupan wang RM10 juta

Seludup RM10 juta : MB Negeri Sembilan Dihukum Sebat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.”

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

“Ada kelompok yang rapat dengan rejim secara seronok hantar duit juta-juta ke luar negara. Rosmah hanya sebab tak cukup duit shopping di Dubai, 6ratus ribu dihantar kesana. Dalam keadaan rakyat begitu susah payah dibawah ni," kata Badrul Hisham Shaharin,

Pengerusi Perwaja dan Maju Holding, Tan Sri Abu Sahid turut dikatakan telah memindahkan sejumlah 22.2 juta ringgit ke luar Negara.

Seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan rejim pemerintah iaitu adik kepada Syed Mokhtar Al- Bukhari, Syed Mohammad dikesan telah memindahkan wang secara tidak sah sebanyak 1.19 juta ringgit.

16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.

Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.

“Setiap kali wang Negara dihantar keluar Negara secara haram dalam jumlah yang besar, ia melibatkan ekonomi Negara. Melibatkan periuk nasi rakyat. kecuali mereka yang rapat dengan rejim pemerintah…….yang memang nyata,” katanya lagi.

26 0ctober lalu, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Namun tidak disertakan sebab musabab pembatalan lessen berkenaan.


sempat bergambar bersama teman - teman selepas semuanya selesai
Selepas hukuman dijalankan
Polis gagal menyelamatkan Mohamad Hassan dari disebat kerana terlewat sampai, jalan jem. Polis cukup marah hari tersebut kerana terpedaya dengan maklumat awal kononya kami nak buat 11 pagi di depan bangunan Umno. Hampir 200 Polis dan gangster Umno menunggu sejak pagi malangnya kami buat petang di tempat lain.....kesian mereka
Sidang media selepas 'laksana hukuman'
Pak Din TTJ, antara pelaksana hukuman
Sani Md Shah menyebat dengan penuh 'geram'
YB Taufek memberikan ucapan sebelum 'jatuh hukum'

Sebatan dimulakan

Perbicaraan dimulakan lebih 100 yang hadir setuju Mohamad ialah pengkhianat dan wajar dihukum.Azmizam dari AMK Selangor juga turut hadir tanda sokongan

Manakala malam 31 Disember pula menghadiri Forum Perdana di Dataran Senawang anjuran pusat Khidmat DUN Paroi. Sekitar jam 11.45 malam diadakan majlis pelepasan Konvoi Anak Muda dari Senawang ke Cameron Highland. Konvoi yang disertai oleh 200 buah motorsikal ini bertujuan mengumpulkan anak muda dan mengarahkan mereka menyambut tahun baru dalam aktiviti berfaedah. Konvoi ini juga mendidik 'pemboncengan berhemah' kepada peserta.

Peserta konvoi siap sedia untuk berlepas

bersama Norazizi (Setiausaha KEADILAN Rembau), YB Taufek (YDP PAS Rembau), Sani Md Shah (Timb. AMK Rembau) bergambar bersama Marsyal Konvoi.antara 'jentera' yang bersiap untuk berkonvoi
------------------------------------------------
A group of discontented youngsters calling themselves Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), 'whipped' Negeri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan in public in Seremban yesterday.

Led by its coordinator Badrul Hisham Shaharin, they carried out the deed in front of the PKR state headquarters.

Badrul Hisham, popularly known as Chegu Bard, blasted the authorities for their inaction over reports that Mohd Hasan had allegedly transferred RM10 million to London on 2008.

According to Badrul Hisham, who delivered a speech before the 'whipping' session, he wrote to the menteri besar on Nov 16 ,2008, demanding that he clarify the allegations, but he failed to do so.

"On Dec 3, 2008, I lodged a report with Commercial Crimes Division in Bukit Aman police headquarters, and I contacted them three times to get a response to my earlier reports but until today the police have failed to give any information on the progress of their investigation," he said.

He added that they were very upset with the authorities for their lack of action and in the name of "people's court we declare Mohd Hasan a traitor and punish him by whipping him publicly," he said.

Badrul Hisham, also a PKR supreme council member, explained that the lashing was a symbolic way of expressing the anger of young Malaysian citizens.

High life for the rich while the poor struggle

The trend of transferring big amounts of money abroad can jeorpadise the stability of our nation's economy, he said.

He alleged that even the wife of prime minister, Rosmah Mansor, had reportedly been involved in transferring RM600,000 to Dubai believed to be for her shopping expenses there.

"The rakyat here is struggling to meet their basic needs amidst the rising cost of living, yet these so-called leaders live a life of luxury and behave irresponsibly.

"This is our warning to the judicial system and we hope this dummy whipping does not turn into reality," warned Badrul Hisham.

Earlier Paroi state assemblyman Mohd Taufek Abdul Ghani in his speech told the crowd that the Negeri Sembilan PAS had submitted a memorandum to the state branch of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on the alleged transfer funds to London by Mohd Hasan.

"We submitted the memorandum to Negeri Sembilan MACC on Dec 7, 2008 but until today they are keeping mum about it.

"We, Pakatan Rakyat, also queried Mohd Hasan during the recent State Assembly session, but he refused to answer and clear his name on the alleged report," said Mohd Taufek, who is also a PAS central committee member.

Later Badrul Hisham 'whipped' the Mohd Hasan dummy five times before a crowd of 70, kept under surveillance by a big contingent of police officers and members of the Light Strike Force.

A few other state PKR leaders had their turn at the Mohd Hasan mock up.

There was a traffic jam along the Seremban - Tampin road facing the PKR building, as motorists stopped or slowed down to catch a glimpse of the political event of the day.

Also present were state PKR Youth deputy chief Norazizi Abdul Aziz and Parti Sosialis Malaysia, Seremban branch chairman, S Sivamani.

8 comments:

  1. Saya pernah mendengar beberapa siri ceramah cegu..ada yg ok ada yg biasa-biasa jer.Tapi yg pasti cegu mesti menyentuh kehadiran polis dimajlis tersebut. Bila cegu menyentuh kehadiran polis reaksi hadirin mula berbeza, perasaan benci dengan anggota keselamatan mula timbul. Saya pun ramai kenalan dikalangan polis ni khususnya dicawangan tertentu. Ratanya-ratanya mereka merasa kesal dengan cara cegu. Kalau nak ceramah sentuh jer lah isu yg ada. Tak yah lah sentuh hal mereka. Cegu nak berlawan politik dengan UMNO/BN bukan dengan polis. Saya pun tak sealiran dengan UMNO/BN tapi saya mempunyai hubungan yg rapat dengan polis dengan batasan tertentu. Mereka pun manusia mcm kita gak. Ada hati dan perasaan. So saya cadangkan tak yah lah cegu sentuh hal polis dalam ceramah. Biarlah depa wat keja depa. lagi pun kalau PR memerintah negara polis yg cegu perli tu gak lah yg akan menjaga kita..

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:00 PM

    Laaa..patutla dah tak bukak kodai, kosan e' Pak Din dah jadi tukang sobek..

    ReplyDelete
  3. nape tak sebat rosmah skali cikgu bard?

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:04 PM

    MB Negeri Sembilan bukan saja dihukum disebat malah patut disula sekali ...

    sila lihat longgokan wang tunai di atas meja .... dimanakah datangnya wang tunai tu? klik http://fx070707.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:53 PM

    Mana Orang2 Besar Keadilan NS ??.......

    Takut??
    Nak Jaga Imej??
    Kena ikut Prosedur??
    Kena ikut Arahan???
    Kita ada saluran yang betull??
    Memalukan Parti???
    Anwar marah buat mcm ni???
    Buek kojo Jgn Carik Kojo???
    Kita kena bincang benda ni dulu???
    Perkara ni kena bwk dlm mesy. Negeri???
    Polis tak bagi buat mcm ni???
    Kita kena buat PC dlm Pejabat @ Hotel jerr???
    Ni semua kerja bodohh??? atau,
    Nak Jaga hubungan Dgn Md Hassan??......

    Satu ayat utk mereka : Pergi Mampus!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:05 AM

    hekhek! pergi mampus la plak .. sabo ler ..

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:29 PM

    Cik Kamal yang bijak sana sini situ... Kok polis buat kerja secara professional sapo nak sontuh?? Ni orang suruh jago keselamatan, dio lak gomar jadi kudo...

    ReplyDelete
  8. Anonymous8:10 PM

    thats why we need hudud.

    ReplyDelete