Terpencil macam mana tu ? Kalau terpencil kenapa perlu letak pengawal pantai ? Apa nasihat untuk pengunjung pantai ? Jangan berenang jauh dari pantai ke ? Jangan berenang bersendirian ke ? Jangan berenang awal pagi, lewat petang dan malam ke ? Jangan buang sampah dan makanan merata-rata di pantai untuk mengelakkan buaya ke pantai waktu malam ke ? Sistem kumbahan yang mengalir terus ke laut perlu dirawat dengan betul ke untuk mengelakkan pemangsa laut mencari makanan di situ ke ?
Apa alat yang digunakan oleh pengawal pantai untuk mengesan buaya di pantai ? Radar sonar ke ? Teropong ke ? Sensor buaya ke ?
Apa alat pengawal pantai untuk menghalau atau membunuh buaya jika berlaku serangan ke atas pengunjung dalam kes terpencil ? Senapang ke ? Jaring ke ? Stunt gun ke ? Pelali ke ?
***************************
Harian Metro 13 Jan 2010
MPPD tempatkan pengawal pantai
PORT DICKSON: Orang ramai yang berkelah di bandar percutian ini dinasihatkan agar tidak bimbang dengan dakwaan yang disebarkan melalui Internet baru-baru ini kononnya terdapat buaya di pantai peranginan itu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Shamsuddin, berkata beliau yakin pantai berkenaan berada dalam keadaan selamat dan kemungkinan kejadian yang menimpa lelaki terbabit adalah kes terpencil.
"Kami bersimpati dengan kejadian menimpa Mohammad Helme Leman, 25, yang datang berkelah baru-baru ini.
"Sehubungan itu MPPD kini meletakkan pengawal pantai di kawasan orang ramai berkelah dan mandi-manda," katanya, semalam.
http://www.hmetro.com.my/
***************
Sila ke pautan berikut sebagai panduan langkah berjaga-jaga ( Hanya sebagai panduan , yang penting berdoa mohon keselamatan) :
http://waghih.blogspot.com/
http://waghih.blogspot.com/
http://fajarizz.blogspot.com/2009/02/kelibat-buaya-tanjung-tuan.html
sila ke nadarakyat.blogspot.com untuk gambar serangan buaya di port dickson
ReplyDeletesalam refomasi.......
ReplyDeletemat isanya buaya dah terlepas jaga2 lah rakyat port dickson jangan sampai disambarnya..tpi pilihan raya kecil dh belalu mat isa jugak yg menang tpi menang tak bermoral tu yang buaya yg di belanya terlepas kat pantai.....
tamingsari
selama 10 tahun saya menjadi penyelamat pantai tak pernah pun jumpa buaya kat p.d tapi kalau setakat biawak laut tu ada la. saya pernah mengajar budak jpam, budak sabah dan adik mardiana (perenang termuda malaysia yang menyeberangi selat p.pinang). kalau setakat warm-up sampai kat tengah laut tu biasa je tak de apa-apa pun. saya juga penyelam seorang berpengalaman dan saya juga dilahirkan kat port dickson. air laut kat sana dan jadi barang mainan. kalau nak tau kat p.d tu banyak karang mati, biawak laut, ikan alu-alu dan ikan yu spesis kecil macam yu bodoh dan yu pasir. berat pun lebih kurang sekilo dua aje. kalau terpijak memanglah dier gigit nye cam kucing. kalau nak tau macam mana rasa spesis ni gigit tanya penyelam pro. kulit mesti terkoyak besar punya. satu lagi untuk maklumat ada setengah batu karang lebih tajam dari pisau. kalau tak caya cuba try. mungkin tak lama lagi saya akan buat selaman bersama penyelam pro lain untuk cari kawasan karang di port dickson untuk diwartakan sebagai taman laut. JPAM N31729 ZUL diver
ReplyDeletetapi...we all bru je nampak buaya kat area pulau kecik kat tg tuan tu...actually ktrg tgh naik banana bot,tetiba je kipas boat tu rosak sebelah..so boat x bleh bwk laju..slow je...mmg menikmati pemandangan senja..tup2 tengah meninjau sekeliling ...ngap!!!!boleh buaya tu terkam ikan kat sebelah banana boat yg di pandu slow tu...hah...jagn x caye..trus ktrg ngucap panjang..subhanallah....3 kali ktrg laung...x tipu tp terpulang ler nk caye ke tak..ktrg da nampak dpn mata so kitorang caye mmg ada buaya kat pd ni...pada yg nak mandi,mandi je ktrg x lrg tapi beware lar...tuhan mmg nak tunjuk kan kt ktrg ttg kewujudan dia..waktu maghrib dlm 7 pm...dan dan tu pulak banana boat ktrg rosak...ingat tau kejadian ni berlaku pada 19/10/2010......demi allah apa yg ktrg lihat tu benar.....
ReplyDelete