Friday, January 15, 2010

1 dan 2 Jan di Terengganu

gambar berikut ialah koleksi yang dirakam dari lensa kamera 'cap ayam' milik Sani ketika sesi ke Terengganu pada 1 dan 2 Januari lepas.

1 Januari telah bertolak ke Terengganu untuk program anjuran AMK dan Cabang KEADILAN Kuala Nerus. Walaupun hujan lebat malam itu namun tidak menghalang kehadiran kira kira lebih 100 orang mendengar kupasan isu yang turut menghadirkan wakil PAS dan DAP selain che'GuBard. Tahniah buat Rafizi, AMK Kuala Nerus yang terus gigih. Malam itu cheGuBard yang ke Terengganu bersama Yaser dan Sani telah bermalam di chalet tetapi pantai. Terima kasih kepada kawan - kawan di Kuala Nerus.

Pada 2 Januari pula ada program malam di Kemaman. Namun kesempatan siang 2 Januari dimanafaatkan untuk menjelajah Terengganu.

Sempat pergi ke Taman Monumen Islam, tapi tak masuk sebab mahal gila RM10 seorang tiket.... sempat tengok juga beberapa wajah kecewa mak bapak yang bawa 2-3 anak terpaksa pujuk anak sebab nak masuk mungkin tak berapa mampu..... bagaimana sebuah taman 'rekreasi' yang dibina menggunakan wang rakyat yang cukup besar jumlahnya akhirnya dipaksa bayar lagi untuk rakyat masuk tengok.....?

Taman Monumen Islam dan Masjid kristal di Pulau Wan Man Kuala Terengganu dibina menggunakan wang rakyat RM250. Namun hanya beberapa ratus meter terdapat banyak rumah orang miskin yang berjaya dirakam di lensa kamera......
Masih terus 'berposing' dua sahabat peneman setia di depan Muzium Negeri Terengganu
Yaser terpegun membaca sejarah yang ditulis oleh penjajah dan diteruskan oleh pewaris penjajah (Umno)..... terpampang tajuk Rusuhan Petani, kononya petani merusuh nak menjatuhkan kerajaan melawan undang - undang. Tahukah apa sebenar yang berlaku tahun 1928. Petani miskin bangkit menentang undang - undang cukai tanah yang menzalimi petani miskin. Mereka bangkit dan enggan membayar cukai. Polis Melayu termasuk pegawai Melayu termasuk beberapa 'pemuka' dari Istana yang menjaga kepentingan penjajah yang menggubal undang undang cukai tanah yang zalim diangkat menjadi hero manakala petani miskin yang bangkit membela hak dikatakan 'pengganas'...... fikirkanlah wahai anak muda...

benarlah kata seorang profesor yang mengajar cheGuBard di SungKongHoe University di Korea Selatan bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang, maka untuk membetulkan sejarah anak muda perlu menang....bangkit dan tumbangkan regim zalim warisan penjajah ini.

Berada di negeri 'darul runtuh' telah di ambil kesempatan melihat sendiri bukti 'keruntuhan' kerajaan regim Bn.... di belakang renungan Yaser dan berdirinya Sani ialah stadium yang baru setahun di bina dan akhirnya runtuh walaupun telah menelan belanja jutaan wang rakyat.Malamnya berceramah dihadapan kira - kira hampir 400 orang di Markas PAS Dun Chukai, Kemaman dan kemudian terus pulang ke Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. Anonymous1:34 AM

    salam refomasi..........

    masjid kristal tu tidak dibena dgn cara ikhlas oleh kabilah jadi macam2 cerita membayangi rupa masjid itu klik kat utiub ada cerita disebaliknya...........

    ReplyDelete