Berdasarkan 'sitemeter' posting bertajuk "Lahirnya semula semangat perlawanan 'kelas'... Karl Zameer Adzim sudah dibaca beribu kali, malah artikel ini turut telah disalin ke laman lain dan ada teman diluar sana juga ada yang mencetaknya. sila klik sini untuk baca
Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas perbagai ucapan yang diucapkan.
Perbagai respon diperolehi. Ramai yang menghubungi untuk memberikan sumbangan, ada yang sms serta email atau komen menyatakan kutukan dan seumpamanya....semuanya che'GuBard terima.
Namun ditegaskan artikel ini ditulis bukan untuk meraih simpati.... memang ada yang hubungi untuk sumbang RM kepada keluarga che'GuBard. Cukup terharu terima panggilan menyatakan kesediaan beri sumbangan kewangan dengan syarat che'GuBard terus melawan.
Ada dari beberapa 'pejabat' juga hubungi katanya mereka dah kutip dalam pejabat mereka untuk sumbang, tetapi semuanya che'GuBard tolak dengan baik. Malah che'GuBard minta mereka salurkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Bukan sombong, memang che'GuBard sedang mendepani keadaan yang agak sukar namun tulisan itu bukan untuk meraih simpati. Malah ada RM200 yang dimasukkan terus ke akaun cheGuBard dari penerima yang tidak dapat dipastikan juga akan disalurkan kepada jalan perjuangan dan orang yang lebih memerlukan khususnya di Rembau.
Tulisan tersebut selain dari meraikan kelahiran anakanda tercinta, kisah ini dirakam agar satu hari nanti ketika Karl boleh membaca biar dia tahu dia lahir atas semangat perlawanan yang tinggi dan itulah harapan di bahunya untuk lengkapkan perlawanan tersebut.
Kedua ditegaskan sekali lagi ia bukan untuk meraih simpati. Tulisan tersebut mengingatkan che'GuBard dan siapa yang ingin berkongsi bahawa kita tidak perlu menjadi kaya untuk berjuang. Ramai yang mungkin pandang majoriti yang hadir di lapang politik ini orang kaya, ramai yang ingat selaku MPP cheGuBard kaya raya dan kemudian baru berjuang.... ingatlah perjuangan itu tidak perlu alasan kalau kita miskin kita perlu melawan bukan hanya kerana kita miskin tetapi kerana negara ini memerlukan agihan ekonomi yang adil....jika kita tunggu kaya baru nak mula melawan percayalah kita tak akan puas dengan apa kita ada...
Tulisan ini juga untuk menjawab tuduhan yang kononya cheGuBard dapat macam-macam... ada blogger umno juga turunkan komen .... cheGuBard cuma nak jawab cukuplah fitnah kamu.... yang kononya cheGuBard ada RM13k sebulan gaji dan kereta mewah mercerdez......
Harapan kononya agar cheGuBard jangan merajuk dan terus berjuang..... respon kepada ini ialah kalau hati ini hadir kerana perjuangan satu - satu individu sudah tentu lama 'merajuk.... namun selaku anak muda agenda ingin melihat revolusi rakyat lebih besar dari semua yang lain...tiada kamus merajuk....kalau cheGuBard merajuk lihat sahaja diari aktiviti yang penuh..... tulisan ini sewajarnya mengingatkan mereka yang konon tak dapat itu dan ini ..... tak senang orang itu dapat itu dan mereka tak dapat ini..... biarkanlah...kalau ada yang tak betul bangkit lawan...tetapi dalam kerangka disiplin perjuangan.... yang penting proses pemerkasaan kuasa rakyat harus diteruskan walau terpaksa 'jalan kaki'.....
Memang ada yang kononya bergelar pemimpin berbayar bulan namun itu juga tidak salah cuma ingatan buat mereka kamu 'mendapat' dalam perjuangan seharusnya lihat kawan yang dibawah sana yang ikhlas susah, payah dan berhabis....mereka memasang angan - angan besar...sewajarnya kamu harus kerja keras dan jangan kecewakan mereka dengan dengki mendengki dan hanya rungutan itu dan ini......
Cuma apabila diuji sebegini rupa semangat juang makin kuat kita akan lebih kenal keluarga teman dan rakan pejuang....

Sebenarnya memang artikel saudara bukan berbau simpati, tetapi sebenarnya memang sekarang ni masyarakt terutama muda mudi sudah muak dengan penindasan. Anggaplah sumbangan tersebut sebagai satu wadah untuk menolong orang yang memerlukan dan tertindas, balasannya kami akan kutip balik pada hari kiamat kelak.
ReplyDelete