Saturday, January 23, 2010

AMK Melaka Pindah bersedia untuk tawan Machap!

AMK Melaka Pindah bersedia untuk tawan Machap!

Di depan rumah Khairul di Kampung Melaka Pindah

Di rumah saudara Khairul Riza di Kampung Melaka Pindah, 15 anak muda berkursus politik pada awal pagi Ahad hari ke-17 tahun baru 2010.

Guru politik adalah bekas calon Rembau selaku anggota MPP KEADILAN Chegubard dan bekas calon Rembia selaku Pengarah Pilihanraya KEADILAN Melaka Yusof Abdullah.

Chegubard: Kenapa masuk KEADILAN?

Dari mengenali diri sendiri, tujuan menyertai perjuangan politik dan Parti, sehinggalah membincangkan strategi pilihanraya, semua digalakkan untuk bersuara, bukan lagi membisu seperti biasa dalam mesyuarat.

Pencapaian terpenting pada akhir program yang dikelolakan dengan bajet sederhana ini adalah penubuhan AJK AMK Ranting Melaka Pindah. Faisal sebagai Ketua, Roslan sebagai Naib Ketua, dan Khairul sebagai Setiausaha.

Biro Kebajikan dan Sosial diwujudkan bagi meletakkan keutamaan dalam menyalurkan bantuan kepada penduduk miskin. Program seterusnya adalah program Gotong Royong dan Daftar Undi Baru pada 13 Februari 2010.

AMK Melaka Pindah sudah mula bergerak, tahniah! (petikan dari blog Ginie Lim)

9 comments:

  1. harap2 pru ke-13 nanti pkr dapat tembus melaka..teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:22 PM

    Badngang & Eicham,
    Ikutilah perkembngan semasa, PKR nak karam dah..apa lg yg kau harapkan dr PKR..jgn jd mangsa liwat anwar sudah la

    Nordin

    ReplyDelete
  3. nordin...

    nak karam tak semestinya karam...tapi kalau UMNGOK DAH BUSUK SAMPAI KE USUS tu yang parah tu ....

    BRO...jgn harap UMNGOK nak menang..kubu kuat kat sabah sarawak pun akan hancur...orang sabah dah sedar da..pemimpin UMNGOKK sabah je yg perasan masih kuat...

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:16 AM

    salam refomasi.....

    nordin, awak satu-satu(1)nya rakyat malaysia yang tak berakal .pegi jagalah telor PM tu nanti jadi telor tembeleng(busuk) engkau goreng masak cencalok pun sodap hahaha.......

    tamingsari

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:10 PM

    Jebat konon,musang jebat boleh la..

    org2 kanan PKR yg lebih mengetahui apa crite sebenar pun dah belah..tinggal macai2 mcm ko yg tak sekolah senang kena tipu je yg terjerit2 sokong anwar..

    PKR parti tong sampah umno je..isinya org kena pecat, org kecewa dan peliwat tegar je

    Samad

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:57 AM

    SETAKAT BERKURSUS TAK DA TINDAKAN TAK GUNA.KETIKA NI 36 LOT MILIK ORANG MELAYU DI PULAU SEBANG, ALOR GAJAH, SDG DLM PROSES AKHIR NAK DIRAMPAS, WARGA EMAS TERKONTENG2 CARI TEMPAT MENGADU, MANA NAK DUDUK LEPAS NI?, PAMPASAN TAK SEBERAPA, NAK CARI RUMAH LAIN TAK MAMPU BELI, DAH BIASA DUDUK WALAU RUMAH PAPAN TAPI BOLEH BERCUCUK TANAM TAPI SKRG TANAH DAH KENA RAMPAS, ADA "PKR" KESAH?

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:14 PM

    bukankah Umno yg nak gadaikan tanah melayu dan org miskin tu...? mcm kes yg sama di rembau... chegubard buat mcm2 tapi takdaya sebab kuasa umno yg diberikan oleh rakyat terlalu besr... rakyat perlku tolak umno dlm next election

    ReplyDelete
  8. Anonymous4:42 PM

    Alahai jang oii,
    PKR nak tolak UMNO hape, baru try sikit pkr dah nak terbarai..apo yg nak bela rakyat, rmhtangga sendiri pun tak terjaga.

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:32 PM

    apabila emosi mengatasi segala-galanya,inilah yg terjadi.sbg bangsa melayu sy bangga dgn bangsa sy tp inikah realiti yg patut sy banggakan?Melayu didalam PRK dan UMNO mengata,mengumpat dan menuduh sesama bangsa, mungkin kita semua sudah lupa pada sejarah utk mencapai kemerdekaan negara sendiri. sbg anak muda di Malaysia sesungguhnya sy keliru dan sedih dgn apa yg cuba ditonjolkan oleh kesemua bloggers yg menuduh,mencaci,menghina dan mengata sesama bangsa sendiri.tolonglah sy sudah penat dan letih..tp sy tahu perjuangan masih perlu diteruskan,,sy akan terus mencari dan menilai kesemuanya tanpa dipengaruhi oleh emosi..apa kuasa sy utk menghakim kesemua bloggers,kamu semua berhak untuk menulis.yang pasti sy sayangkan negara MALAYSIA!

    sy anak MALAYSIA

    ReplyDelete