Thursday, January 14, 2010

Buaya sekor pun tak boleh 'handle' ?

Buaya Di Port Dickson?



Dua hari lepas saya ada menerima email yang menceritakan seorang lelaki yang hampir-hampir menjadi mangsa kepada seekor buaya di Port Dickson.
Lalu saya mencari berita tentang kisah buaya di Port Dickson, manalah tahu email tu tipu sebab jarang ada buaya di air masin, lebih-lebih lagi di Malaysia.
Maklumat yang saya temui, sebelum ini memang pernah terjumpa kelibat buaya di Tanjung Tuan. Ianya dijumpai oleh Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng yang datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera.
Kelibat buaya tersebut berjaya dirakam Khoo. Bagaimanapun, tidak kedengaran pula ada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa. Dari itu, jika perkara ini benar, pihak berwajib digesa untuk mencari jalan penyelesaian mengenai perkara ini kerana ianya mengancam pengunjung dan pelancong yang mandi manda di Port Dickson.
Manalah tahu, nasib tak baik Isa Samad yang kena ngap dengan buaya tu disebabkan beliau pendek dan tak reti berenang.

petikan dari nadarakyat.

6 comments:

  1. Anonymous9:05 AM

    APa khabar buaya-buaya darat umno semua?

    ReplyDelete
  2. Alahai,...nak tunggu sampai ada kes putus kepala barulah 'KERA'jaan BN nak kalut! Sah la,...BN = Buaya Nation!

    ReplyDelete
  3. ni pun boleh jadi ka? dah takdak cita lain ka? hamPAS betol!!

    ReplyDelete
  4. salam sekadar berkongsi pengalaman.

    ni sama kes dengan harimau makan orang di Jeli, Kelantan sekitar 2000-2004 hampir bebelas orang mati baru nak bertindak, itu pon www + pencinta alam marah konon haiwan tu dah nak pupus, biar pon haiwan ni berlambak-lambak.

    ada teori kata harimau ini dilepas di sekitar sini untuk tujuan pembiakan. ada betul juga,sebab mana ada harimau duk lepak cari makan kat kawasan pelupusan sampah.

    last2 tok guru nik aziz suruh tembak. menyusahkan orang kampung, klu dah kes darurat macam ni, mana patut di utamakan dulu. binatang ke manusia?

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:29 AM

    ghostwritter ni mesti buaya umno yang jahat..sebab tu tak leh terima hakikat!!!pi tangkap buaya la ghost...dasar hantu betul la hang ni...jahat cam buaya!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:44 AM

    salam refomasi.........

    ghostwriter dah kena suap dgn bangkai itu sebab dia pun nak petahankan semua buaya2 yang serang orang..........

    ghostwriter ekau elok jadi gost buaya hahaha....

    ReplyDelete