Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.
Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu.
"Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.
Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak bertugas ketika itu.
"Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ. Lalu saya berjalan ke arah tandas... kemudian saya nampak seorang lelaki di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.
"Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif.
"Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang pun dalam lif tersebut.
ee..seram..kalau roh teoh boleh bercakap lagi,pasti dia akan bagitau apa kejadian sebenarnya.
ReplyDeleteTeam pencari hantu tentu berminat untuk menyiasat bangunan ini....
ReplyDeleteDia nak sambung kot... hari tu pi tak habis lagi buat statement. Banyak lagi rahsia ada dia simpan. Hahahaha. Kenapa tak pi rumah Chegubard dan bagi laporan. Hahaha
ReplyDeleteaku hari2 balik kul 11-12 malam tak penah pon pulak jumpa makhluk beng hock tu..tempat dia landing pun jadi port gua mlm2 isap rokok sebelum balik rumah..tak pyh buat cerita la bro..buat la citer lain..roh beng hock gi tasik shah alam ke..kesian org2 yang berniaga kat sini..tak pasal2 org kurang datang bawak anak2 shoping kat sini kalau citer tipu ni jadi buah mulut.
ReplyDelete