Saturday, December 19, 2009

Kenakan cukai GST untuk jadikan Malaysia negara maju...?

"Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) bertujuan meletakkan ekonomi negara pada tahap yang sama dengan negara maju dan sesuai dengan peredaran zaman."

Itulah ayat palik lawak bangang yang keluar dari mulut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Dalam kenyataanya yang dilaporkan oleh laman berita MyStar (BM) dia juga berkata berkata, pelaksanaan GST memberi kelebihan, terutama kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat, ia tidak membebankan rakyat !!


Hahahahaaaaa.... gelak ...gelak... letak cukai pada rakyat agar negara boleh jadi negara maju kerana kebanyakan negara maju kenakan cukai barangan.... BANGANG !!!! Cukai tak akan membebankan rakyat ?

Rakyat seharusnya menyanggah kenyataan bangang ini kononya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan tidak akan membebankan rakyat.

Kenyataan menteri itu sebagai tidak masuk akal, pengenalan CUKAI akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan.

3 comments:

  1. memang BANGANG punya menteri ...
    tapi apa nak hairan..
    dah mcm tu UMNO ajar menteri dia ...klu kat sabah hampir semua menteri UMNO bangang..
    cuba teliti betul2 profile diorg..hampir semua ada digree...tapi sebenarnya digree yg dibeli..sebb mcm datuk bung moktar tu hanya pas tingkatan 3..itu aku dpt info dr saudara dia yg tinggal di kg bilit kinabatangan sabah

    ReplyDelete
  2. Pemerhati1:00 PM

    Sudah terang lagi bersuluh!
    BN ni bodoh ke apa? Ingat rakyat bodoh ke apa?
    Tarik balik cukai GST!
    Kalau tidak rasakanlah akibatnya di PRU13 nanti!

    ReplyDelete
  3. GST hanya wajar dikenakan pada barangan mewah bukan barang keperluan asas.

    ReplyDelete