Wednesday, August 05, 2009

Jeff Oii harus lebih hati - hati bila keluar kenyataan

Merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.

Didalam kenyataannya, YB Ooi melemparkan kritikan hebat kepada Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada KEADILAN.

YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").

cheGuBard dengan keras mengecam kenyataan Jeff Oii yang langsung tidak menggambarkan mentaliti beliau sebagai seorang ahli parlimen Malaysia. Selaku Majlis Pimpinan Pusat, KEADILAN (komponen Pakatan Rakyat) dan selaku ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM). menyifatkan kenyataan Jeeff Oii ini hanya cubaan mencari populariti tanpa mengetahui latar isu dengan betul.

Jemaah Islah Malaysia @ JIM merupakan sebuah NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM. JIM bebas pengaruh politik tetapi selaku gerakan dakwah dan islah, JIM telah mengambil banyak sikap politik yang progresif dalam banyak isu dalam dan luar negara.

Merujuk kepada ‘track record’ Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah merupakan seorang jurutera yang mendapat kelulusan cemerlang. Berdasarkan latar belakang professional beliau serta kebolehan beliau, maka nama beliau telah diangkat untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Jeff Ooi mengambarkan yang beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan. Beliau harus mendapatkan nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Beliau seharusnya sedar bahawa setiap dari Ahli Majlis MPPP yang dilantik adalah berdasarkan kriteria- kriteria tertentu yang diputuskan oleh Parti yang diwakili mereka.

Ini bukanlah kali pertama Jeff Oii mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi tanpa ilmu seperti ini. che'GuBard memberikan amaran kepada Jeff Oii berhenti mengeluarkan kenyataan mencari populariti tanpa mendapat maklumat sebenar atau beliau akan hilang penghormatanh di mata anak muda progresif dalam negara.

5 comments:

  1. orang kedah12:09 PM

    salam,

    ini komen pertama saya di blog cikgu walaupun dah lama mengintai blog ini.

    Saya sokong cikgu tetapi apa punca si Jeff Oii bercakap begitu?Adakah DAP merasa sudah hebat dgn memerintah P.Pinang?

    ReplyDelete
  2. memang DAP hebat dari PKR,,,,,, dalam PKR yang hebat Anuar Ibrahim , Kak Wan dan jua anak beliau Nurul Izzah dan berapa kerat pemimpin yang ada di atas dan pemimpin bawah PKR,,,

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:30 PM

    Chegubard,
    I am sorry to tell you this! Kindly tell your Zulkili Noordin. I am running out of patience for his antics. My goodness! Hassan Ali has violated the rule of law. Rule of law is also the pillar of Islam.
    Know who are your real enemies. I fully support Jeff Ooi. Extremists of any kind does not have any standing under Malaysian sun. This guy should thank god that he's not in Singapore
    Malaysia is still a secular country even though Islam is state religion. Always remember!

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:50 AM

    Chegubard,
    Jeff Ooi has just retracted his statement on JIM. How about Zulkilfi Noordin? He's calling for the sacking of Ronnie Liu. So, shall we demand him to retract his statement on Ronnie Liu? Plus whole lot hosts of issues. Including manhandling the Bar Council Forum.
    Zulkilfi Noordin is a liability to Pakatan. As for Hassan Ali, saya kata dia memang talibarut UMNO. Tengoklah dia berjumpa dengan Khir Toyo. Apa macam? Ini Islam kah? Islam allows muslims to backstab people.
    Some of these people are hipocrites. We want Hassan Ali to go? We want Khalid Samad instead

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:36 AM

    bard ! tahniah aku sokong kamu.....

    ReplyDelete