Pilihanraya Kecil Permatang Pasir akan bermula dengan hari penamaan calon pada 17 Ogos 2009 . Begitu singkat notis yang dikeluarkan oleh SPR . Tidak mengapa , cepat atau lambat , PRK tetap akan berlaku . Suasana panas politik mutakhir ini mungkin menyemarakkan suasana PRK Permatang Pasir . Kerusi yang digeruni oleh UMNO / BN kerana semua mengetahui Permatang Pasir berada di dalam Parlimen Permatang Pauh . Permatang Pasir adalah kubu PAS. Permatang Pauh kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan . Sudah pastinya sedikit sebanyak menjatuhkan moral untuk UMNO / BN untuk menang . PRK Penanti baru-baru ini UMNO terlalu takut dan bacul sehinggakan tidak berani untuk meletakkan calon . Pelbagai alasan Najib Razak termasuk pimpinan UMNO dicipta bagi memberitahu bahawa UMNO tidak perlu menyertai PRK tersebut . Kali ini UMNO /BN bakal menghadapi kekalahan buat sekian kalinya lagi.
PRK Manek Urai tetap UMNO / BN kalah kepada 'Tok Peraih Ikan' dari PAS . Walaupun majoritinya sangat sedikit , tetapi yang pasti UMNO "kalah" ! Paling malu Pengarah Pilihanraya UMNO/BN di Manek Urai . Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyidin Yasin . Kali pertama ditugaskan sebagai Pengarah Pilihanraya hingga sanggup merasuah para pengundi di Manek Urai akhirnya UMNO / BN tetap kecundang !
Muhyidin yang sudah malu dengan kekalahan UMNO , tertekan dengan kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat mengeluarkan serangan kepada anwar secara peribadi dengan menyatakan "Anwar Pengkhianat". Anwar dilabel sebagai pengkhianat kepada orang Melayu !
Benarkan Anwar seorang 'pengkhianat' ? Pengkhianat kepada Melayu atau pengkhianat kepada UMNO ? Kalau Anwar pengkhianat kepada UMNO , semua orang sudah mengetahui . Anwar bukan lagi ahli UMNO . Maka adalah wajar Anwar mengkhianati UMNO supaya UMNO kecundang dalam pilihanraya akan datang . Pakatan Rakyat akan memimpin Malaysia tercinta ini .
Pengkhianatan apa yang Anwar lakukan terhadap orang Melayu ? Adakah kerana mempertahankan ketuanan rakyat , membentuk keadilan sosial , mendaulatkan istitusi Raja berperlembagaan , mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan , merakyatkan ekonomi , menentang akta zalim seperti ISA , mendesak pemansuhan PPSMI yang merugikan anak-anak bangsa , penentangan kepada rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN , menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dengan cadangan mengantikan Agenda Ekonomi Malaysia yang lebih progresif , adil dan efektif dan banyak lagi , sudah pasti yang akan diberikan keutamaan ialah orang Melayu , adakah ini semua dianggap sebagai pengkhianat ?
Bagaimana pula pengkhianatan pimpinan UMNO dan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu sehingga sanggup meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu serta menggunakan media menghina Raja-Raja Melayu , melacurkan bahasa Melayu melalui perlaksanaan PPSMI , menjual dan mengadaikan tanah rezab Melayu daripada 7 juta hektar yang digazetkan , kini tinggal 4 juta hektar , menjual BERNAS kepada syarikat daripada Hong Kong , penyelewengan Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan sama ada di peringkat negara dan negeri terhadap orang-orang Melayu .
Bagaimana pula dengan tanah orang-orang Melayu berkeluasan 51,170 hektar yang diserahkan oleh Muhyidin sewaktu menjadi MB Johor kepada Kerajaan Singapura dengan bayaran RM350 juta ? Sehingga sekarang Muhyidin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut . Pengkhianatan yang cukup nyata oleh Muhyidin . Siapa yang sebenarnya pengkhianat ?
Seperti biasa apabila satu ayat dilontarkan oleh pemimpin atasan maka Umno di peringkat lain seperti burung kakak tua akan ulang semula ayat tersebut. Antara kakak tua itu ialah Menteri Penerangan sendiri, Rais Yatim. Walaupun Rais Yatim yang pernah membakar jambatan dan mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sedar bahawa apa yang dikatakan Muhiyuddin Yasin itu tidak benar tetapi Rais tiada pilihan lain untuk kekalkan kedudukan ia perlu menjadi burung kakak tua.
KEADILAN cabar Rais Yatim selaku Menteri Penerangan jika benar saudara yakin akan hujah Anwar pengkhianat maka anjurkan debat terbuka untuk mencari fakta dan membantu orang Melayu mencari kebenaran, bukan penakut setakat bercakap sendirian di majlis rasmi kerajaan.
Apa kiranya kita temukan Anwar dan Muhyidin dipentas debat ? Dengan Tajuk "Siapa Pengkhianat : Anwar , Muhyidin atau UMNO ?". Biar rakyat menilai dengan fikiran yang terbuka . Disiar secara langsung di seluruh media elektronik . Rakyat pasti hendak tahu daripada hujah-hujah dan bukti Muhyidin apakah pengkhianatan Anwar kepada orang Melayu ? Saya kira tentu Pemuda UMNO bersetuju dengan cadangan saya . Dari melalak tidak tentu pasal dan menyokong membabi buta pemimpin mereka .
KEADILAN cabar Rais Yatim selaku Menteri Penerangan jika benar saudara yakin akan hujah Anwar pengkhianat maka anjurkan debat terbuka untuk mencari fakta dan membantu orang Melayu mencari kebenaran, bukan penakut setakat bercakap sendirian di majlis rasmi kerajaan.
Apa kiranya kita temukan Anwar dan Muhyidin dipentas debat ? Dengan Tajuk "Siapa Pengkhianat : Anwar , Muhyidin atau UMNO ?". Biar rakyat menilai dengan fikiran yang terbuka . Disiar secara langsung di seluruh media elektronik . Rakyat pasti hendak tahu daripada hujah-hujah dan bukti Muhyidin apakah pengkhianatan Anwar kepada orang Melayu ? Saya kira tentu Pemuda UMNO bersetuju dengan cadangan saya . Dari melalak tidak tentu pasal dan menyokong membabi buta pemimpin mereka .
No comments:
Post a Comment