Tuesday, August 04, 2009

Anwar terima keris Pusaka Dato Meor Abdul Rahman


Siapa tidak kenal Dato' Meor Abdul Rahman, antara pendekar Melayu yang ternama pengasas dan Mahaguru Silat Seni Gayong.

3 Ogos lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dianugerahkan dengan keris pusaka milik Dato Meor Abdul Rahman yang disimpan oleh Cikgu Majid Mad Isa, bekas Guru Kanan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dan Pengasas Pusaka Gayong Malaysia. Menurut Cikgu Majid penganugerahan ini bagi menyempurnakan wasiat Dato Meor Abdul Rahman yang inginkan keris pusaka tersebut disampaikan kepada Anwar Ibrahim bila tiba masa sesuai.

Sebelum ini Anwar telah diangkat sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Silat Seni Gayong dalam satu Majlis penuh istiadat dua tahun lepas.

untuk membaca lanjut dan melihat ganbar sila klik sini.

No comments:

Post a Comment