Kenyataan Anwar Ibrahim mengenai ada permintaan untuk KEADILAN letak calon di Permatang Pasir disambut gempita oleh media milik regim Bn. Umpama orang kelemasan yang akan capai apa saja isu untuk dimanipulasi.
Anwar berkata benar ...ada permintaan....apa salahnya ? Dalam Pakatan Rakyat kita bebas menyatakan pendapat, namun ia bakal diputuskan oleh Majlis Presiden yang dianggotai oleh semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Umno sekali lagi tidak selesa medan yang dipilih Allah untuk berlaku pertarungan bukan medan selesa bagi Umno. Namun kepada Pakatan Rakyat juga jangan cepat selesa.
Walaupun Umno Pulau Pinang yang diketuai oleh bukan anak Pulau Pinang kerana krisis dalaman dan kekurangan tokoh tempatan tetap bersikap bongkak dan sombong. Datuk Zahid Hamidi selaku pengerusi Umno P.Pinang mengatakan keyakinan akan menang di Permatang Pasir.
Di peringkat Bahagian Umno lebih realistik. Ketua Bahagian Datuk Jalil yang menyedari hakikat hampir mustahil untuk Umno menang telah umum tidak akan bertanding, sebaliknya Pemuda telah mencadangkan Ketua Pemuda Umno P.Pauh, Cikgu Zaidi untuk menjadi calon BN. Bagi Pakatan Rakyat yang kemungkinan besar akan menurunkan calon dari PAS akan berdepan dengan siapa sahaja yang diturunkan Bn, tetapi kalau Zaidi menjadi calon ia amat dialukan kerana mengikut 'bisik-bisik' anak tempatan punya banyak perkara tidak selesai denganya.
Zahid menyatakan isu pembangunan fizikal mungkin bukan isu utama sebaliknya tumpuan akan diberikan kepada isu spiritual. Apa pun isu Ahmad Zahid harus menjawab isu pertemuan dengan Menteri Pertahan Israel yang jelas mengkhianati umat Islam dunia dan rakyat pro kebebasan seluruh dunia, kedengaran juga cerita Amir Bazli mangsa jenayah Ahmad Zahid Hamidi juga akan muncul ketika kempen Pilihanraya nanti.
Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok juga sedang mengusahakan 'lawatan khas' bapa dan keluarga Altantuya ke kawasan pilihanraya itu nanti ketika kehangatan kempen.
No comments:
Post a Comment