Thursday, January 31, 2008

Surat terbuka Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Sembilan

Kepada semua warga Negeri Sembilan

Salam sejahtera..

Angin pilihanraya makin terasa. Namun pengamalan demokrasi yang pincang di Malaysia tidak membenarkan sesiapa mengetahui tarikh pilihanraya kecuali Pengerusi Barisan Nasional. Namun berdasarkan banyak faktor keADILan menjangkakan parlimen bakal dibubarkan sekitar akhir Febuari dan pilihanraya akan diadakan sekitar awal Mac.

Negara diambang krisis. Rakyat tertekan dengan perbagai masalah seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak termasuk kenaikan harga perkhidmatan seperti tambang bas, tol dan elektrik. Tahap keselamatan dalam negara yang ditandakan oleh indeks jenayah yang tinggi juga menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan. Dalam masa kerajaan gagal menjamin keselamatan rakyat anggota keselamatan (polis) sering dipergunakan untuk tujuan menekan lawan politik BN. Rakyat hilang tempat mengadu.

Jika ruang demokrasi dibuka secara adil, pilihanraya diadakan dalam secara telus, ternyata BN akan kalah di banyak kawasan. Malangnya di Malaysia bukan satu rahsia pengendali pilihanraya SPR dipergunakan untuk memastikan kemenangan BN. Lebih lebih lagi dalam suasana BN tertekan kerana rakyat mula membuka mata membongkar kepincangan dan kelemahan BN.

Namun kita tetap juga yakin jika rakyat benar benar bersatu bersama bangkit, maka kerajaan yang ditunjangi parti yang penuh rasuah, salah guna kuasa, lemah, perkauman dan tidak mempedulikan rakyat bakal kalah di banyak kawasan.

Selama ini rakyat berdepan dengan banyak masalah tetapi amat sukar diketengahkan kerana media yang dikawal dan wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya lepas gagal bertindak. keADILan melihat kesempatan pilihanraya umum ini untuk bersama dengan rakyat mengenengahkan isu.

Antara tawaran keADILan ialah pendidikan percuma, khidmat kesihatan percuma, penurunan harga minyak dan gas, juga penurunan harga tol. Bukan setakat isu nasional, keADILan juga ingin mengenengahkan isu tempatan yang menghimpit rakyat menjelang pilihanraya ini. Untuk itu semua rakyat dijemput untuk menghantar apa jua isu dan permasalahan saudara ke alamat kami secara menulis email atau surat.

keADILan sudah bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 12 ini tetapi keADILan amat memerlukan sumbangan dan penyertaan rakyat dari perbagai segi. Bersama kita mengenengahkan isu rakyat menewaskan calon BN yang bakal memperkudakan segala jentera kerajaan dan membazirkan wang negara.

Sila daftar sebagai tenaga sukarelawan atau menyumbang barangan mahupun dari segi kewangan.Kami juga mengalukan jika ada yang sukarela membenarkan premis mereka dijadikan bilik operasi menjelang pilihanraya.

Alamat : Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan,
No. 433, Jln Tunku Antah, 70100 Rahang, Seremban.
Tel : 06 7677278 Fax: 06 7677280 h/p : 0176688404 / 0123696474
email : chegubard@gmail.com
akaun bank : Parti Keadilan Rakyat 0506 0024465 05 2 CIMB Bank


Sekian dan terima kasih. Bersama kita membina pasukan rakyat yang kuat menumbangkan kezaliman.

Ubah sebelum parah , ubah demi maruah

1 comment:

  1. Anonymous6:33 PM

    Lawan tetap lawan > alang2 lawan biar menang > pikat, tawan, menang

    ReplyDelete