Tuesday, February 05, 2008

Khairy lari ....?

Signal yang hampir jelas dan positif telah diperolehi dari pimpinan atas sebagai respon surat terbuka saya untuk diturunkan berhadapan dengan menantu Perdana Menteri khususnya di kerusi dalam Negeri Sembilan.

Kerja kerja di bawah juga sedang berjalan lancar. Agak memeranjatkan pagi tadi mendapat makluman sekumpulan masyarakat cina yang terdiri dari pengundi dalam Parlimen Rembau bersedia mengumpulkan wang bagi membiayai wang pertaruhan (deposit) bagi saya berdepan dengan menantu Perdana Menteri di Parlimen Rembau. 9 Febuari pertemuan dengan kumpulan ini akan diadakan.

Melalui sumber yang rapat dengan Khairy telah mengesahkan dia telah mengetahui mengenai kewujudan surat terbuka cabaran buat beliau tetapi sehingga kini beliau masih tidak 'berani' memberikan sebarang respon mengenainya. Tetapi pagi tadi dari sumber yang belum boleh disahihkan mengatakan Khairy kemungkinan lari dari kerusi Parlimen Rembau....

Adakah ia benar.... tidak mungkin anak muda segagah Khairy takut dengan cabaran anak muda biasa seperti saya sehingga ada kemungkinan lari ke kawasan lain... atau dia sudah merasakan jentera Umno Rembau itu sendiri tidak mampu dijinakkan...?

Namun sehingga kini persiapan untuk menunggu menantu Perdana Menteri bertanding di mana-mana kawasan dalam NS...sedang hebat dijalankan....

7 comments:

  1. amireform12:17 AM

    khairy anak muda yang bacul,beliau berselindung di bawah ketiak bapa mertuanya yang juga PM.kalau beliau benar-benar anak muda yang mempunyai karisma, kami anak muda malaysia yang inginkan perubahan mencabar beliau menyahut cabaran chegu bard,itupun kalau dia benar-benar anak jantan.

    ReplyDelete
  2. Zul Linggi4:44 AM

    Khairy Penakut Yea Yea! Khairy Penakut Yea Yea ! Kahiry Penakut Yea! Yea! Kahiry Penakut Yea! Yea! Takdo tolo!...Seantero Malaya mengaum bak singa lapar tapi menikus takut bila berdepan dengan pejuan keadilan...Pertembungan paling menarik abad ini...Pertembungan kuasa rakyat dengan koloni Dollah Anak Menantu Laknatullah!

    ReplyDelete
  3. budak sekolah rembau12:43 AM

    abang khairy penakut tak macam chegu bard,abang khairy penakut tak macam chegu bard,kee kee kee,tara berani kalu duduk dalam kain bapa mertua lu lah beb,jangan cakap besar je baru kena cabar sikit dah kecut tolo.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:42 AM

    khairy bertanding kat n9 mesti menangnye..memang la, mula2 cakap macam2... jentera umno tak nak bantu la, umno bahagian bergolak la..alih2 masa election result annouced, menang jugak..

    p/s : pengundi atas pagar yg memerhati lagi ramai dari pengundi dari sesebuah parti

    ReplyDelete
  5. Saya bersyukur dengan kesungguhan keADILan dalam usaha menidakkan BN dalam PRU12 kelak.

    Diharap segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum, para pelajar IPT, pejawat awam & swasta bersama2 mengembling tenaga dan usaha untuk menjayakan gelombang perubahan kepimpinan ini. Insyallah.

    Kepada KJ, jangan sibuk bermain politik sehingga leka dengan kuasa rakyat. Kuasa poliik tidak kekal.

    Kepada semua sahabat berbangsa cina, india, punjabi, khadazan, iban DLL, pastikan kejayaan rakyat ini.

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:40 PM

    bro bard... kalau lu rase die lari.. n lu ckup berani... kejarla... kalau lu rase tak larat nak kejar lu duk diam2 jek kt bkt chedang tuh... ok...

    ReplyDelete
  7. Stopa Slipa8:25 AM

    amireform... Saloh tu bukae KJ dok bowah ketiak DOLLOH...

    DOLLOH dok bowoh ketiak KJ...
    Tapi lor ni dok dohhh....

    DOLLOH dok bowoh ketiak JIN Tino...
    Hok dio nikoh baru baru ni...

    ooooorrrr sedap DOLLOH lor Ni....
    Buleh "GOTU" Jin Tino...
    Sukor DOLLOH lor ni....
    Pah ni mu tengok la...
    Kohor kuat tido Menate tu...
    DOLLOH DOLLOH... Bak por la mu jadi lagu tu...

    Heh DOLLOH.. nok royak bui...
    Esok kalu mu mati keh...
    Melaikat tanyo mu...

    MAR RABUKKA apa UGAMA mu..
    Nako nasihat lah sikit...

    Jangae jawab "ISLAM HADARI"
    Nyo bahae ko melekat Mukar Nakir tu masuk 7 lapih bawoh tanoh...

    Jawab nya begini:-
    ISLAM UGAMA KU
    Jangae dok buat pasa dok boh HADARI tu... Mu ingat Mukar Nakir tu cayo ko mu ko DOLLOH...

    Pasa tu KJ kena tanding lor ni...

    Insyallah, Mu MENANG BARD sekali ni.. Aku puok puok Kelate pakat doa kor mu BARD...

    ReplyDelete