Thursday, January 24, 2008

Siapa selepas Sharlinie ?



Ayuh bersatu mencari Sharlinie !!
Semua dirayu membantu mencari adik Sharlinie yang hilang dari kawasan kediamanya di Taman, Medan, P.Jaya. Orang ramai boleh membantu dengan mencetak semula risalah ini dan edarkan/lekatkan ditempat awam. Menghubungi segera polis jika terlihat suspek.
Siapa lagi selepas ini ??
Kita pernah digemparkan dengan Trajedi Kehilangan Adik Nurin yang berakhir dengan penemuan mayatnya dalam keadaan amat mengerikan. Semenjak akhir akhir ini kadar jenayah semakin menjadi-jadi dan seolah tidak terkawal…Persoalanya siapa lagi akan jadi mangsa selepas ini ? Mungkinkah ia anak kita atau diri kita sendiri menjadi mangsa jenayah kejam…?
Jaga anak anda !!
Ibu bapa dinasihati menjaga dan sentiasa memerhatikan anak – anak, jangan nanti menyesal!!! Tetapi juga timbul persoalanya kenapa anak –anak yang perlu terpenjara dirumah? Apa yang kita kehendaki yang penjenayah yang dipenjara dan anak-anak mendapatkan hak mereka membesar dalam keadaan aman dan sihat.
Keadaan kos sara hidup yang menekan memaksa ibu bekerja! Memaksa ibu/bapa membuat kerja lebih masa/kerja tambahan untuk menyara keluarga. Apa pilihan yang kita ada? Ibu duduk di rumah atau bapa tidak bekerja lebih masa untuk memberikan tumpuan lebih kepada keluarga sedangkan kos hidup, harga barang dan semuanya terus meningkat…???
Malaysia sudah tidak selamat ?
Indeks jenayah terbaru melaporkan secara purata tiap hari lebih dari 8 orang wanita dirogol. Kejadian tembak, serangan ala Mafia, bunuh dan rogol dikawasan rumah banyak berlaku. Kita perlu hidup dalam keadaan tertekan dan berhati – hati. Adakah Malaysia sudah tidak selamat ?
Dalam rakyat ketakutan, Polis membazirkan tenaga anggota polis. Laporan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Imej Polis (SDPIP) turut menyatakan mengenai pembaziran guna tenaga anggota polis yang digunakan sebagai alat politik. Cawangan Khas menggunakan buget terbesar PDRM sedangkan tumpuan utama cawangan tersebut ialah tujuan politik.
keADILan mendesak hentikan pembaziran guna tenaga Polis untuk tujuan politik khususnya untuk kepentingan Barisan Nasional dan Polis harus menumpukan sepenuh tenaga kepada keselamatan orang awam. keADILan juga mendesak Suruhanjaya Polis (IPMC) seperti yang dicadangkan oleh laporan SDPIP segera diwujudkan.

Nota kaki :
Pada 16 Jan 2008, keADILan telah melakukan inisiatif bagi membantu keluarga Sharline mencari kana kanak itu. 8,000 ribu poster/risalah telah dicetak. Bermula jam 9.30 pagi satu taklimat telah diberikan oleh Badrul Hisham (saya) di Pejabat keADILan Negeri Sembilan mengenai Prog. sesi taklimat dihadiri beberapa aktivis parti. Satu upacara ringkas dilakukan iaitu 5,000 risalah telah diserahkan kepada saudara Zainuddin yang akan bermotosikal secara solo dari seremban ke Kuala Lumpur. Zainuddin yang berpengalaman membuat ekspedisi solo 'belia benci rasuah' yang telah bermotosikal seluruh negara menemui semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menyerahkan memorandum Rasuah Musuh No. Satu Negara sempena menjelang ulang tahun kemerdekaan ke 50 Malaysia.

Kali ini Zainudin akan mengedarkan sendirian 5,000 poster / risalah di R & R sepanjang lebuh raya dan dijadualkan berakhir di KL sentral pada petangnya.

Selepas upacara ringkas itu, kumpulan kami bergerak ke pasar besar seremban untuk memulakan edaran dan membuat sidang media di pasar besar seremban. antara yang hadir dlam sidang media di pasar besar seremban ialah Saudara Norazizi Aziz, Pengarah Pusat Aduan Rakyat NS, Tn. Hj Taufek Abd. Ghani (Ketua Dewan Pemuda Pas NS), Sdr. Yau, dari kelab penyokong pas, dan beberapa aktivis pas dan keadilan di NS. Sambutan hangat di kalangan peniaga dan pengunjung pasar menggambarkan betapa prihatinya masyarakat Malaysia.

Hujah keselamatan yang kami bawa benar benar menarik minat...ramai yang ditemuai bersetuju dengan desakan mewujudkan IPMC dan polis hentikan tindakan merelakan diri mereka dipergunakan untuk tujuan politik.

No comments:

Post a Comment