Thursday, September 13, 2007

Penyelewengan punca krisis kewangan kerajaan tempatan

Merujuk kepada laporan akbar New Straits Times 13 September 2007. Reactions to Auditor-General's report: 'Local councils short of money', Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui bahawa kebanyakan Kerajaan Tempatan dalam Negeri Sembilan sedang dilanda masalah kewangan yang teruk.

Dalam Laporan yang sama juga beliau mengatakan ini kerana perbelanjaan mengurus dan membaik pulih semakin meningkat tetapi malangnya kadar cukai taksiran tetap kekal dan ramai pembayar cukai masih tidak mebayar cukai taksiran.

Kenyataan Mohamad Hassan ini merupakan respon kepada Laporan Audit Negara terbaru yang mendedahkan bahawa banyak kawasan kotor kerana kontraktor yang menguruskan pembersihan dan pembuangan sampah tidak dibayar. Laporan Audit itu telah mengenengahkan kes Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang gagal menjelaskan hutang RM 17 juta kepada Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM) syarikat yang menguruskan operasi pembersihan dan pembuangan sampah. Tunggakan tersebut mengakibatkan operasi syarikat tersebut terganggu seterusnya memberikan kesan terhadap kebersihan dan keselesaan penduduk setempat.

Perkembangan ini amat dikesali. Di tegaskan kerajaan Negeri harus mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan ini. Melalui komen Mohamad jelas beliau cuba lari dari tanggungjawab dengan menyalahkan pembayar cukai dan membohongi fakta.

Fakta kos yang naik dan cukai yang kekal adalah salah.
Tahun 2006 contohnya Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan telah menaikkan cukai pintunya sebanyak 85.19%. Begitu juga kenaikan dikenakan dihampir semua kerajaan tempatan . Begitu juga beberapa cukai baru turut diperkenalkan.

Apa yang berlaku sehingga banyak kerajaan tempatan mengalami krisis kewangan yang teruk ini ialah kelemahan pengurusan, salah urus dan penyelewengan yang berleluasa.

Ahli Majlis yang duduk dalam setiap majlis perbandaran yang terdiri dari pemimpin politik Barisan Nasional jelas tidak mampu memastikan pengurusan yang efisyen dan jujur. Malah kehadiran mereka yang rata rata tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan pengurusan pembandaran hanya melemahkan dan memparahkan lagi penyelewengan.

Sebelum 1970 ahli Majlis Kerajaan Tempatan dipilih terus oleh pengundi. Maka dalam pilihanraya tersebut pembayar cukai dapat memilih sendiri wakil mereka yang difikirkan layak untuk menguruskan pembandaran setempat. Mereka yang dipilih terdiri dari mereka yang wibawa dan sudah pasti akan bekerja sebaik mungkin kerana bertanggungjawab terus dengan undi pembayar cukai.

Namun selepas 1970, selepas BN/Perikatan kalah teruk dalam Pilihanraya Peringkat Kerajaan Tempatan, Pilihanraya itu diharamkan. Maka ahli majlis dipilih berdasarkan kuota parti politik komponen Barisan Nasional. Maka penuhlah mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan dengan ketua - ketua cawangan dan Jawatankuasa Bahagian parti BN. Contohnya Majlis Perbandaran Seremban dalam website rasminya dengan jelas menyebut 17 kerusi diperuntukkan untuk mewakili orang awam dari dari 23 jumlah penuh ahli Majlis. Amat menarik disebut dengan jelas pecahan 17 yang mewakili orang awam itu ialah :

UMNO - 7 orang
MCA - 4 orang
MIC - 2 orang
Gerakan - 2 orang
Dewan Perniagaan Melayu - 1 orang
Parti Progresif Rakyat - 1 orang

malah Menteri Besar Negeri Sembilan mempunyai rekod melantik adik beradiknya sendiri untuk duduk kerusi ahli Majlis Kerajaan Tempatan dalam Negeri Sembilan dan jika diteliti semua Majlis Tempatan pasti akan bertemu kejadian sebegitu rupa juga. Lihat sahaja di Kelang bagaimana Ketua Umno Bahagian, anaknya dan menantu mampu menjadi ahli Majlis dalam satu masa.

Maka mereka yang menduduki kerusi ahli Majlis dan menikmati perbagai elaun dan kemudahan selaku ahli Majlis ini tidak mewakili undi pembayar cukai tetapi sebaliknya mewakili kedudukan politik mereka. Maka sudah pasti semua tindakan mereka akan berpaksikan untuk memastikan kedudukan politik mereka terus terjamin untuk terus berada di kerusi tersebut penggal akan datang. Maka yang akan dijaga ialah sekutu politik mereka bukan majoriti pembayar cukai. Atas dasar ini mereka tidak boleh mengelak tuduhan bertindak bias dalam banyak tender, lulusan lesen dan sebagainya.

Bersangkutan dengan itu juga sudah pasti mereka sentiasa akan akur dengan tuan politik mereka. Maka siapa yang bakal menyekat perbelanjaan yang tidak perlu seperti bunting, banner dan lampu jalan gambar menteri besar setiap kali menjelang perayaan yang menelan belanja besar mengunakan dana kerajaan tempatan. Sudah pasti diantara mereka tidak mampu menahan malah mungkin menggunakan pengaruh yang ada untuk menyeleweng perbelanjaan berlebihan dana kerajaan tempatan untuk majlis - majlis yang tidak perlu seperti sambutan menteri atau pemimpin Umno.

Maka dapat dirumuskan di sini krisis kewangan yang berlaku dalam Majlis Penbandaran (bukan sahaja dalam Negeri Sembilan) adalah disebabkan penyelewengan dan kelemahan pengurusan bukan kerana kekurangan sumber kewangan atau cukai yang rendah.

Jawapan yang pasti buat menjawab perkembangan ini ialah mengembalikan demokrasi kepada kerajaan tempatan. Pembayar Cukai seharusnya diberikan hak semua untuk memilih siapa yang layak menguruskan wang cukai mereka dalam perihal perbandaran. Kerajaan seharusnya berani untuk memberikan Hak yang pernah dirampas pada tahun 1970 ini kerana itu sahaja jawapan yang ada untuk mengembalikan intigeriti dan efisiensi Kerajaan Tempatan.

Jangan sampai bandar yang kotor mengakibatkan rakyat menderita dengan penyakit yang tidak sepatutnya wujud. Kesempatan ini juga diambil untuk menyampaikan hasrat untuk melihat Kerajaan PAS Kelantan mendahului Kerajaan Negeri lain untuk berani mengembalikan hak memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan kepada pembayar cukai.

2 comments:

  1. Anonymous11:31 AM

    Harap artikel ini membuka mata .... org atas pagar yg tak nampak selama ini....

    bagus cikgu teruskan menulis ...

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:42 AM

    cikgu jangan syok sendiri...cikgu pun makan gaji., kebajikan & kemudahan yg diberi semua cikgu sapu..habis madu sepah cikgu sepahkan..adakah cikgu yg mudah lupa terhadap pemimpin yg berjasa atau cikgu berhenti sajalah jadi cikgu..jangan pandang sebelah mata.., penyelewengan ada dimana-mana, kerajaan BN, PKR, PAS MAHUPUN DAP. MB Kelantan Nik Aziz pun lantik menantu jadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan, tu TUAN GURU..camno ni...jawab!!!

    ReplyDelete