Tragedi UPM yang didedahkan Malaysiakini semalam merupakan antara siri yang memalukan Malaysia. Sebenarnya apa yang berlaku tersebut sering berlaku cuma kali ini ia menjadi sedikit gempar kerana yang ditindas berani melawan. Secara peribadi tahniah buat anak - anak muda itu.
Cumaapa yang ingin dikatakan ialah apa yang berlaku di UPM dan hampir semua IPTA tempatan khususnya menjelang Pilihanraya Kampus ini ialah menifestasi apa yang belaku dalam demokrasi negara.
Di IPTA-IPTA yang lain seperti UUM dan UiTM, Naib Cencelor telah memainkan peranan sebagai agen-agen UMNO untuk memastikan pelajar-pelajar yang menentang UMNO menerima akibatnya seperti dibuang universiti atau digantung daripada pengajian.
Badan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Unit Keselamatan telah memainkan peranan untuk membungkam pelajar-pelajar yang berfikiran kritikal. Universiti sekarang ini mahu dijadikan seperti kilang-kilang yang melahirkan robot-robot. Sesiapa sahaja yang kritikal dan melawan arus haruslah ditindas dan disenyapkan.
Selepas menyiarkan petikan berita dan video terbitan Malaysiakini semalam ada beberapa email respon yang diperolehi merupakan perkembangan kurang sihat. Acuan pemikiran penjajah yang dilaksakan Umno berjaya ?
Ada email yang diterima antaranya berbunyi .... ini politik cina.... budak cina di University sudah melampau... anak melayu harus berani ...dan banyak lagi....
Amat menyesali respon-respon ini.... ini bukan isu bangsa ...ini isu pusat intelektual negara yang dipondankan oleh Umno. Sedarlah kerana kerakusan Umno menunggang HEP IPTA maka IPTA terbaik negara kini menjunam ke tangga 200 senarai university dunia.....sebagai bangsa Malaysia yang punya maruah kita harus malu !
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan anak muda mahasiswa yang punya maruah haruslah melakukan sesuatu. Jika tidak ramai lagi pelajar yang menjadi mangsa. SMM harus pecahkan politik perkauman dan selamatkan masalah perkauman didalam kampus. Jika SMM berjaya, rami pelajar-pelajar universiti akan dapat melihat contoh yang baik tentang sebuah masyarakat kampus yang berbilang kaum.
Hanya apabila pelajar kampus bersatu, barulah mereka akan kuat. Pelajar Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan haruslah kembali dibenarkan tinggal sebilik. Alasan solat dan ibadat adalah alasan cetek. Semua kolej di universiti mempunyai surau. Jadi tak timbul masalah tak boleh sembahyang.
Jika tidak dimulakan dari sekarang, usaha aktivis mahasiswa hanya akan menjadi sia-sia. Insiden di UPM akan dilihat sebagai masalah pelajar Cina dan bukannya masalah pelajar. Pelajar Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan harus duduk semeja untuk mencapai satu penyatuan. Buangkan perbezaan. Jangan terperangkap dengan politik perkauman anjuran UMNO, MCA dan MIC.
Anak muda harus berani menegur apa yang dilihat pincang. Mahasiswa merupakan agen peransang bangsa. Mahasiswa yang ketakutan dan mandul akan melahirkan ganerasi yang pondan dan bacul.
Maaf jika bahasa agak kasar tetapi ia melambangkan kerisauan hati ini.ps : terima kasih Amin dan Malaysiakini. che'GuBard mendesak pulangkan segera barang mahasiswa yang dirampas. !!!
No comments:
Post a Comment