Monday, September 17, 2007

Hina jalur gemilang ?

Tiba - tiba gempar (gempa di Selatan Sumatera) juga tidak boleh mengalihkan kegemparan ghairah 'pemuda Umno' yang tiba - tiba dikerah berjihad menganyang pengkhianat negara. Siapa pengkhianat yang dimaksudkan ? Dia ialah pemuda bertopi keledar uamh membakar jalur gemilang. Apa jihad yang dimaksudkan ? kutip tandatangan dan kecam pembangkang.

Pertama sekali sebagai bangsa Malaysia yang cerdik dan bermaruah sudah tentu kita perlu berfikir dengan matang mengenai perkara ini.

Fakta pertama yang perlu difikirkan ialah dengan melihat apa dia jalur gemilang ? baca petikan tulisan Hishamuddin Rais. Tulisan ini mungkin ia terlalu provokatif tetapi harus difikirkan.
Secara rumusanya Hishamuddin Rais mengatakan Jalur Gemilang itu ialah hanya bendera tanpa roh kerana ia hanya duplikasi bendera Amerika yang langsung tidak membayangkan budaya, sistem sosial dan peradaban setempat.
Baiklah kita ketepikan hujah Hishamuddin Rais dan mengangkat dan mengagungkan Jalur Gemilang sebagai panji kedaulatan tanah air. Maka ada lagi fakta yang perlu difikirkan.
Apa maksud penghinaan ? Cuba lihat gambar dibawah ini adakah ia bukan penghinaan atau menunjukkan semangat patriotik.... ?

Ia adalah gambar petikan Majalah yang mendapat permit KDN dan diedarkan ke seluruh negara ? Gambar tersiar pada tahun 2005 dan hingga kini majalah tersebut masih mendapat permit cetakan dan tiada tindakan sebarang tindakan jihad dari pemuda Umno. Banyak lagi contoh kejadian seperti ini yang tidak dipedulikan kerana tidak memberikan kelebihan politik kepada pemuda Umno....
Kedua di Melaka (di siarkan juga oleh TV3) bagaimana (lebih dari satu) Majlis Perbandaran menggantung di hampir di selurub kawasan perbandarannya Jalur Gemilang 'palsu'. Jalur Gemilang yang digantung ialah 15 jalur dan Bendera Melaka yang digantung pula salah kedudukan warnanya. Ketika menghadiri Pelancaran Amal Merdeka pada 1 September 2007 yang lepas che'GuBard ada mengambil gambar tetapi gambar tersebut terlalu gelap untuk disiarkan.
Karam Sigh telah pun mendedahkan perkara ini melalui Buliten Utama dan turut mendedahkan bahawa jalur gemilang itu ditempah dengan harga murah dari China. Dalam laporan berita itu juga disiarkan kekesalan peniaga jalur gemilangbumiputera 'berdaftar' yang diketepikan peluang mereka apabila Kerajaan mengagigkan kontark menempah jalur gemilang kepada kroni yang tidak berpengalaman.
Makanya sudah tentu kontrak tersebut diperolehi secara rasuah. Ditempah oleh kontraktor yang tidak berpengalaman dan ketika tempahan yang salah datang ia tidak boleh ditolak kerana 'komisyen' telah diambil awal. Maka Melaka menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke 50 Tanah Melayu dengan jalur gemilang palsu..... Adakah itu bukan satu penghinaan kepada negara dan rakyat disiksa dengan rasuah ?
Ini merupakan sebahagian dari 'peruntukan besar' kepada kroni Umno sempena merdeka.
Ramai yang tidak mengetahui di Parlimen baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan Dato' Dr Awang Adek ketika menjawab soalan menjelaskan bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM100 juta untuk mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

Ini termasuklah kos perbelanjaan kos kempen bendera, konsert, jamuan, perbarisan dan kos-kos berkaitan dan Anggaran asal perbelanjaan bagi sambutan tersebut di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah RM74 juta, tetapi perbelanjaan tambahan RM18.25 juta menjadikan keseluruhannya mencecah RM93 juta,katanya yang dipetik daripada akhbar Suara KeADILan.

Menurut laporan juga, Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisaan memperuntukkan sejumlah RM7.2 juta untuk semua kawasan Parlimen dan difahamkan kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM38 juta untuk sambutan kemerdekaan tahun 2006,manakala untuk 2005 berjumlah RM35 juta.

Antara kos-kos yang dibazirkan sewaktu sambutan kemerdekaan baru-baru ini ialah ialah sejumlah RM 3 juta bagi Pelancaran Sambutan ulangtahun Kemerdekaan dan Menaikkan Jalur Gemilang di Melaka pada 17 Ogos lalu.

Bagi Sambutan Ambang Merdeka (menunggu detik 12 tengah malam) yang dijalankan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM8.9 juta untuk tujuan tersebut manakala pada keesokan harinya iaitu Perbarisan Hari Merdeka besar-besaran di tempat yang sama sejumlah RM26 juta telah dibelanjakan.

Diikuti pula dengan Sambutan Merdeka pada malam yang sama di Stadium Merdeka yang menelan belanja RM17 juta manakala RM 4 juta diperuntukkan untuk Penutupan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan di Kuching, Sarawak.Sebagai rekod Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sebanyak RM8.5 juta!
Dan yakinlah hampir kesemua perbelanjaan tersebut sudah tersedia komisyen pihak tertentu. Adakah ini bukan pengkhianatan kepada negara dan rakyat ?
Ketiga fakta yang ingin dikongsi ialah mengenai siapa pembakar bendera itu dan adakah dia dihantar malam itu untuk menghadirkan diri dalam rusuhan polis terancang tersebut khusus untuk membakar jalur gemilang ?
Tulisan saya terdahulu mengenai bagaimana OCPD Baling 'kantoi' dalam pembohongan memburukkan pembangkang kerana merusuh mungkin boleh dirujuk. Amin Iskandar @ Black mengaitkan bagaimana SB diperkudakan sepenuhnya oleh Umno untuk mencetuskan keganasan dalam tiap demonstrasi aman ketika kemuncak Reformasi (1998/1999). atau pun untuk fakta ini juga boleh rujuk puluhan buku tulisan Saari Sungip (Pak Abu Urwah) mengenai bagaimana telatah dan permainan lakonan/penipuan SB ini.
sambung bahagian seterusnya ...........

2 comments:

  1. lol....ni majalah lucah ke apa???

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:12 PM

    Ni klau d indonesia, pasti ad nyawa yg sdh mlayang. Sbb indonesia m'ganggap bendera sbgai simbol kdaulatan, yg dperolehi dpd p'tmpahan drah ribuan nyawa m'nuntut kmerdeka'n. Mereka m'hargai sang saka merah-putih spt nyawa sndiri... Mngapa kta d Malaysia tdk m'pnyai smangat nasional spt ini?

    ReplyDelete