Monday, September 17, 2007

Selamat Hari Jadi Sayang !

Semalam 16 September 2007 ialah ulangtahun pembentukan Malaysia, ramai yang tidak tahu mengenai tarikh tersebut, cheGuBard jarang lupa tarikh ini. Tapi aku selalunya aku lupa satu benda mengenai tarikh ini...cuma tahun ini benda yang sering lupa itu di ingat !

16 September 2007 ialah ulangtahun kelahiran isteri che'GuBard, Zarerah Hanim... entah apa salahnya 6 tahun lebih perkenalan dengan Era, tarikh hari jadi dia sering lupa. Bila jauh lagi ingat tapi bila dah dekat selalu lupa. Tapi tahun ini ingat cuma jarak yang terlalu jauh.

Terima Kasih kepada Azizi dan Azif yang mem passing amanah ke Azif untuk menghantar kek harijadi bagi pihak. Mereka suka panggil che'GuBard- Abuya...mungkin kerana cheGuBard sering sangat bercakap soal rufaqa dalam perjuangan. che'GuBard tak nak bagi komen pasal Ust. Ashaari sama ada betul atau salah tetapi gerakan yang dibawa amat menarik. Cuba dimusnahkan beberapa kali tetapi kerana konsep rufaqa yang ditanam dikalangan penggerak kelilingnya seolah amat liat melihat gerakan yang diterajuinya mati, secara peribadi ia amat menarik dikaji.

Makanya dalam gerakan 'pembaharuan' ini sewajarnya kita juga perlu ada rasa kasih dan penyatuan hati semasa jemaah gerakan. Maka tiada konsep suruh tetapi tolong, tiada konsep anak buah yang ada sahabat seperjuangan.

Semalam hampir berjam ruang teknologi dimanafaatkan ... chat dengan Era... che'GuBard sering lupa tarikh hari jadinya kerana tarikh hari jadi sendiri pun tak ingat. Mungkin keghairahan mengubah dunia menjadikan diri tidak termasuk dalam senarai lelaki romatik tetapi bukan maknaya tidak menghargai.

Cuma tahun ini memerhati dari jauh...rasa amat bertuah mempunyai isteri sekuat Era...
Jika ada insan yang harus dirakam kerana che'GuBard mendaki tangga kehidupan hingga ke tahap ini antara orang itu ialah Era... sepanjang pengenalan denganya ia bukan sekadar pemberi inspirasi tetapi membantu dalam gerakan dan dalam membuat beberapa keputusan politik penting. Ketika nak marah atau meluahkan rasa tak puas hati pun Era lah jadi mangsa mendengar apa yang aku marah atau leterkan..........

Kini Era sendirian.....mengandung anak sulung kami... dengan keadaan bapanya yang mengalami barah (last stage), ibunya yang mengalami parkinson...Era terus kuat.....dia berhenti kerja dan duduk dirumah menguruskan ibu bapanya.... Mujur sebulan lalu ketika Era semakin sarat.....Kak Ina balik ke Bangi untuk membantu.... Kiah juga prihatin dan membantu...Rizal walaupun dikritik banyak tetapi dia juga ada membantu... :)
Ketika pulang tempoh hari sepatutunya dua kali aku bawa Era ke klinik berjumpa doktor, tetapi cuma sempat sekali kerana jadual diubah sebab saat akhir Hassan Jab minta ceramah di Tasek Glugor. Ketika terima panggilan Hassan Jab, aku serba salah tetapi Era yang kata jangan hampakan kawan - kawan...

Era jarang minta apa - apa ...semasa mengandung pun dia langsung tak mengidam...kata Ust.Badrul Amin..mengandung anak perjuangan memang macam itu...Allah maha kuasa..maka sebab tu tak banyak ragam...
Era cuma minta nak bersalin di Hospital Swasta....dia dah pun senaraikan berpuluh alasan kenapa tak nak di hospital 'kerajaan'.... memang sedang mengalami himpitan kewangan tapi satu satunya permintaan Era aku tak mampu tolak.

Hanya sempat sekali bawa Era pergi jumpa doktor.. ..masih ingat lagi apabila doktor marah kerana Era tak ikut jadual pemeriksaan yang sepatutnya. Era cuma pandang aku.....aku tahu itu kerana ia terpaksa jaga mak ngan bapanya....dia tak tahu bawa kereta dan dalam keadaan mengandung aku yang tak benarkan dia naik motor..maka dia nak pegi naik apa....kehadiran kak Ina yang pindah ke Bangi amat melegakan.

Doktor juga tidak dapat mengagak tarikh sebenar Era bersalin...dew sepatutnya hujung Oktober atau awal November tetapi beberapa faktor mungkin menyebabkan ia bersalin awal....mungkin tiga minggu lebih awal !!! itu ebih merisaukan .... bagaimana untuk menyususn jadual pengajian dan pulang semasa Era bersalin.... erghhhh....

Doktor cuma minta dia banyak rehat sekarang ini. Darah tinggi mungkin kerana tekanan.... Era kena lebih tenang... kedudukan kandungan mungkin kerana dia banyak mengangkat berat dalam menguruskan bapa dan emaknya......
Hati meronta di kejauhan tapi apakan daya ...tiada pilihan lain selain dari menghabiskan kursus sarjana ini....Era mungkin bersalin seawal pertengahan bulan Oktober... selepas Eidulfitri....harap sempat pulang....
Apa pun Selamat Hari Jadi Sayang.............
Dalam perjuangan ini cheGuBard susah dari segi kewangan tetapi syukur dianugerah Allah keluarga yang memahami dan sahabat sejati.....serta kesihatan diri.
Pengorbanan paling penting dalam perjuangan itu bukan pengorbanan diri tetapi pengorbanan keluarga yang sedar dan memahami diri ini bukan milik mutlak mereka tetapi berkongsi bersama massa.

4 comments:

  1. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...
    dlm waktu inilah Tuhan menguji sekuat mana hati,perasaan&cinta korang suami isteri...
    kami doakan moga segalanya baik...
    k.erah mintak kat lyana duit raye
    tapi lyana ckp tggu baby kuar...sbb 'kak'lyana tak sabar2 nak pegang baby sorang ni...
    kalau tak de tukang jaga...lyana pun ok jugak tau....ADA BERANI???

    ReplyDelete
  2. Terharu tul baca... Bila dah jauh nie, benar2 menguji... Thanx ayang.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Jadi Era semoga berjaya dalam apa juga lapangan yang di ceburi. Saya tunduk hormat.

    Anuar Mohd Nor

    ReplyDelete
  4. Salam .... terima kasih atas penghargaan ...

    Anuar semoga saudara sihat hendaknya..risau mendengar dari teman mengenai kesihatan saudara..jaga kesihatan!

    Lyana awat lak kena 'kak' bukan makcik :P

    terima kasih keluarga dan kawan2 yang sentiasa menyokong dan memahami

    ReplyDelete