Monday, September 24, 2007

Hakim kanan nafi bercakap dengan VK Linggam...

Setelah gempar dan betapa terpalitnya imej Institusi Kehakiman Negara secara khusus dan negara keseluruhan secara amnya akibat pendedahan bagaimana proses perlantikan dan urusan penghakiman boleh dijual beli perbagai usaha oleh Regim pemerintah dibuat untuk menyejukkan semula suasana.
Abdullah menyatakan perkara itu akan disiasat ikut prosedur biasa dan tidak perlu Suruhanjaya Siasatan Bebas. Najib pula melalut lebih jauh dengan mengatakan "ye kita akan siasat" tapi apa yang Najib nak siasat "kita akan siasat ketulenan video itu" dan siapa yang mendedahkan video tersebut boleh dikenakan tindakan kerana memburukkan badan kehakiman negara !!!!
Ini mengingatkan kita dengan ribuan laporan polis dan BPR yang mendedahkan korupsi dan kecurangan pemimpin BN yang menerajui regim pemerintah. Ezam contohnya ketika dia mendedahkan kertas siasatan BPR yang membuktikan bagaimana dua menteri kanan terlibat dalam korupsi, Ezam terus ditahan dan disiasat. Malah akhirnya Ezam didakwa dan dipenjara kerana mendedahkan kertas siasatan tersebut (bukan kerana fitnah tetapi kerana mendedahkan kertas siasatan yang benar). Malangnya dua menteri kanan itu terus menikmati keistemewaan dan perlindungan terus merompak kekayaan negara.
Usaha terbaru ialah kenyataan Nazri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri apabila beliau mengatakan Fairuz sudah menghubungi beliau dan menafikan bahawa beliau (Fairuz) yang bercakap dengan VK linggam dalam telefon itu. Tetapi Nazri tidak menyatakan bila Fairuz menghubungi beliau... tambah Nazri lagi perkara ini akan diserahkan kepada BPR dan Polis untuk siasatan....
Persoalanya ialah Kenapa Fairuz memerlukan orang ke tiga untuk menafikan perkara ini yang sudah diketahui umum. Dalam konsep negara demokrasi Malaysia Badan Kehakiman adalah bebas dan bertanggungjawab penuh kepada rakyat. Maka ketika imej Badan Kehakiman dan negara tercalar Fairuz perlu memberi penjelasan kepada kita rakyat yang membayar gaji serta apa yang dimilikinya sekarang ini...atau adakah Nazri hanay menipu fakta itu setelah tersentak dengan pertanyaan wartawan dan tidak tahu apa yang perlu dijawab, makanya dia menipu. Kerana berdasarkan surat jawapan balas kepada Malaysiakini, Fairuz hanya mengatakan 'no comment'.

persoalan lain yang muncul ialah ini jelas membuktikan konsep pengamalam demokrasi negara yang bercelaru. Dalam asas negara demokrasi konsep pemisahan kuasa menjadi asas penting.

Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “Separation of Powers” merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman.

Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.

Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu:

* Legislatif atau penggubal undang-undang
* Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang
* Kehakiman atau pelaksana undang-undang

Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman.

Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.

Sistem kehakiman adalah bebas daripada pengaruh eksekutif dan legislatif. Dalam erti kata lain, dalam konteks Malaysia Ketua Hakim Negara mempunyai autonomi untuk menjalankan tugas beliau dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak melainkan Yang DiPertuan Agong.

Justeru apa gerangan Menteri ini mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab kerana ’saya adalah menteri yang menjaga hal ehwal mengenai perundangan?’

Tidakkah ini memberikan gambaran jelas, bahawa memang wujud campurtangan eksekutif di dalam sistem kehakiman Malaysia? Apakah doktrin ini hanya sekadar bunga penyeri di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukan untuk amalan di bawah indikator demokrasi berparlimen?


sila baca juga beberapa link berkaitan isu ini.

2 comments:

  1. Anonymous11:55 AM

    ha..macam nie lah statement pemimpin muda.... itulah guna pegi belajar...

    bukan setakat emosi tapi statement yang berisi

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:35 PM

    alaaa..... orang2 bodo la.... semua bodo la.... berjangkit2 diorang nih... habislah korang.....

    ReplyDelete