Saturday, October 08, 2005

Umno tidak gentar dengan pengedaran risalah pembebasan Anwar ?

Muda Mohd Noor (Malaysiakini.com)

Pergerakan Pemuda Umno menganggap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu isu kecil dan pengedaran risalah mengenai pembebasan beliau, tidak akan menjejaskan parti itu. Sebaliknya, Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, Umno sebuah parti yang besar, kukuh dan tidak akan `pincang’ dengan pengedaran risalah tersebut. “Pemuda Umno tidak memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan kekuatan parti secara keseluruhannya. “Mungkin ada orang yang terpengaruh tetapi jumlahnya kecil,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedar 500,000 risalah mengenai pembebasan Anwar sejak dua minggu lalu.
Memang tidak dinafikan jumlah 500,000 risalah tersebut sememangnya jumlah yang kecil. Namum dalam keadaan kewangan yang terbatas hanya itu yang mampu diusahakan. Walaubagaimanapun, kami yakin bahawa orang ramai yang mendapat risalah tersebut mula mengikuti saranan yang tertera pada risalah itu. Ramai yang telah membuat salinan dan mengedarkan sendiri kepada jiran dan rakan - rakan pejabat mereka. Ini dari respon yang kami terima mengatakan banyak salinan risalah dalam bentuk fotokopi teredar di pejabat - pejabat khususnya pejabat kerajaan.
Azimi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah berkata, risalah itu perlu diedarkan kepada ahli parti pembangkang dan bukannya kepada rakyat.
Dengan jumlah yang kecil (1/2juta) risalah ini di edarkan di tempat - tempat awam terutamanya di kawasan kubu kuat UMNO (seperti Pekan dan Kepala Batas). Risalah ini juga dihantar melalui terus ke rumah dan pejabat kakitangan kerajaan dan pemimpin UMNO peringkat pertengahan.
Pemecatan Anwar Katanya, ini kerana rakyat sudah tahu bahawa pemecatan Anwar adalah keputusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. “Pemecatan itu dibuat dengan sokongan penuh Majlis Tertinggi (MT) dan dibuat sebelum mahkamah membebaskan Anwar,” katanya.
Ucapan Dr Mahathir dalam Perhimpunan UMNO 1999 menyatakan bahawa beliau terpaksa memecat Anwar berdasarkan laporan siasatan awal polis terhadap 'Buku 50 dalil...'. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa buku 50 Dalil itu fitnah dan ditulis memenuhi konspirasi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ini juga bermakna pemecatan tersebut tidak ada kena mengena dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Islam Hadhari yang diperkenalkannya.
Mungkin Abdullah Ahmad Badawi tidak terlibat dalam pakatan jahat itu tetapi perlu di ingat beliau mendapat tempat tersebut di saat kemuncak fitnah konspirasi jahat itu melanda negara. Apabila mahkamah membuktikan Anwar bersih maka ahli Umno dan Rakyat Malaysia amnya akan menunggu sejauh mana Islam hadhari berani berdepan dengan kebenaran yang tiba.
Azimi mendakwa PKR mengambil kesempatan daripada pembebasan Anwar untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa pemecatan Anwar kerana ‘niat jahat pemimpin Umno’.
Ya memang kesempatan ini perlu diambil. keputusan mahkamah tersebut mencabar sejauh mana jati diri orang melayu islam di negara ini mampu menerima kebenaran itu apabila ia datang. Ini bukan persoalan seorang ahli Umno di pecat dari jawatan tetapi pemimpin kanan negara di pecat dan di aibkan oleh satu pakatan jahat dalam kerajaan.
Semalam Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya mengedar 500,000 risalah bagi menjelaskan mengenai pembebasan Anwar supaya rakyat mendapat maklumat lengkap mengenainya. Menurut Badrul Hisham, risalah tersebut diedarkan untuk menerangkan bahawa mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan pemenjaraan beliau hanya konspirasi ciptaan buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.’
Akhirnya rakyat mula sedar kesalahan Anwar hanyalah cuba membela dan mempertahankan hak rakyat dalam sebuah kerajaan yang penuh korupsi dan amalan kronisma.

No comments:

Post a Comment