Friday, October 07, 2005

Sah PLKN Alat Umno Kumpul Sokongan

Sejak dari awal Angkatan Muda Malaysia meragui pelaksanaan PLKN. Pelaksanaan tersebut diragui kerana:
1. dilaksanakan secara tergesa gesa
2. perbelanjaan yang terlalu tinggi
3. modul pelaksanaan dirahsiakan
Keraguan kami dikongsi majoriti rakyat Malaysia termasuklah golongan ibu bapa yang bakal menghantar anak mereka memasuki latihan ini. Bantahan ini disuarakan melalui parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan juga secara individu.
Namun atas keangkuhan penguasa latihan ini tetap dijalankan walaupun jelas terbukti MLKN sendiri seperti belum sedia sepenuhnya. Ibu bapa terpaksa terus menghantar anak mereka kerana di ugut akan dikenakan tindakan undang undang.
Rentetan dari keangkuhan (penguasa) maka banyak kes yang melibatkan kelailaan pihak pengurusan (MLKN) termasuklah melibatkan keselamatan pelatih, bukan sedikit kes rogol, cabul, salah laku jurulatih mahupun pelajar malah sehingga mengakibatkan kematian telah dilaporkan.
Pelaksanaan modulnya juga kelihatan seperti dirahsiakan, tiada siapa di luar MLKN yang mengetahui modul lengkap mengenai PLKN ini. Terbaru ialah pelatih PLKN mula dilatih menggunakan senjata api tanpa pengetahuan ibu bapa.Belum lagi isu ini dapat dijelaskan kepada ibu bapa maka muncul lagi satu bukti bahawa kerisauan ramai bahawa pemerintah bakal menggunakan PLKN untuk mengukuhkan kedudukan politik telah terbukti.
Gambar Akhbar Metro Ahad 25 September di muka 14 menjadi bukti bahawa Umno menggunakan khidmat negara untuk merekrut remaja bagi menyokong Umno. Jelas dalam gambar itu menunjukkan pelatih PLKN turut menyambut Timbalan Presiden Umno dalam satu program UMNO Bahagian Pekan.PLKN telah memakan dan bakal terus membazirkan wang ratusan juta wang rakyat.
Sehingga kini tidak ada sebarang laporan lengkap mengenai hasil PLKN dan apa yang telah jadi kepada pelatih yang telah menjalani latihan.Pembaziran ini makin parah jika program ini hanya untuk membrain wash remaja untuk menyokong Umno dan memastikan kontraktor pro UMNO terus mendapat kontrak jutaan ringgit dari program ini.Angkatan Muda Malaysia menyesali kejadian tersebut. MLKN di tuntut tampil segera menjelaskan perkara ini.

1 comment:

  1. Anonymous3:28 PM

    assalamualaikum saudara - sememang sejak dahulunya saya memang tidak pernah ' senang ' dengan perdekatan dan komitmen UMNO untuk membela orang orang Melayu - tidak ada satu keinginan serius selain daripada program untuk mencari ' nama ' dan ' publisiti ' ( saya merupakan antara ribuan pemuda yang terlibat secara terus dalam program pembinaan insan - dan komited untuk melihat pembanggunan ilmu ). Dan saya sependapat dengan saudara dahulunya sehinggalah saya sendiri menjadi Jurulatih dan terlibat secara terus dalam program dan seterusnya pentadbiran Program Khidmat Negara. Sebenarnya seterus setahun saya bersama PLKN - saya mengirakan ini merupakan satu platform terbaik untuk mendidik insan / remaja( sebab buat masa ini tidak ada altenatif yang lebih baik )....pemasalahan yang saudara sertakan itu hanya merupakan 1:1000 daripada segi kebaikannya. Walaupun saudara menyatakan ianya dijalankan dengan tergesa - gesa tapi proses pembaikan berjalan terus dan kuanliti jurulatihnya dikemaskini daripada masa ke masa...saya harap dengan matlumat ini kita sama - sama fikirkan kesinambungan program ini.........

    ReplyDelete