KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan menganjurkan kempen kesedaran dan penerangan kepada orang ramai berhubung keputusan kes Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kes samannya terhadap penulis buku “50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri' sepanjang Ramadan ini.Kempen yang akan dijalankan peringkat nasional ini bertujuan mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai intipati penghakiman yang menyatakan buku ini bukan sahaja fitnah tetapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Anwar, kata Jurucakap Program, Badrul Hisham Shaharin.
"Mengambil kesempatan mood bulan Ramadan maka dengan tema “Menyambut Kebenaran Sempena Ramadan” kempen ini bakal meletakkan rakyat khususnya Melayu menyedari mengenai fitnah besar yang menimpa negara kini telah terbukti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media berhubung kempen kesedaran tersebut di Pejabat AMK, Jalan Thambypillay, Brickfield sebentar tadi.
Kempen ini akan dijalankan dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur, Seremban, Shah Alam, Port Dickson, Ipoh, Georgetown, Rawang, Alor Setar dan beberapa tempat tumpuan utama di negara ini.
Kempen juga mensasarkan pengunjung pasar Ramadan sebagai tumpuan mengedar risalah kesedaran, katanya.
Antara objektif dan matlamat kempen ini ialah, mewujudkan kesedaran rakyat mengenai keputusan mahkamah yang telah membersihkan Anwar, kata Badrul Hisham.
Selain itu program ini bertujuan meningkatkan perhatian rakyat untuk memberikan perhatian menunggu pendirian Kerajaan dan Islam Hadhari mengenai konspirasi menjatuhkan Anwar yang dinyatakan mahkamah, katanya.
Ianya juga bertujuan membentuk gelombang kesedaran dan menyediakan mood rakyat menyambut kepulangan Anwar sepenuh masa dalam Malaysia, katanya.
Program ini juga mendapat komitmen dan sokongan dari banyak badan politik dan badan bukan kerajaan yang lain, katanya.
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang jadual program boleh didapati dengan melayari laman: http://www.chegubard.blogspot.com atau menghubungi Che'gu Badrul Hisham di talian: (017-6688404/016-3242564).-wn.

No comments:
Post a Comment