October 10, 2005, Malaysia Today
Sepanjang bulan Ramadhan ini, Angkatan Muda Malaysia mulakan penjelajahan ke seluruh negara bagi memberi penerangan dan pendedahan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai konspirasi Umno terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 melalui pengedaran buku '50 Dalil'.Kempen tersebut akan diketuai oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda, Badrulhisham Shaharin.Ianya bermula dari 18 September lepas dan dijangka akan selesai seluruh negara pada 2 November nanti.Angkatan Muda Malaysia yang mengadakan sidang media mereka pada 5 September lepas memberitahu, pengedaran risalah, 'Suara Rakyat 2' adalah sebahagian daripada kempen kesedaran bersangkutan dengan keputusan kes Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Anwar Ibrahim dalam kes samanya terhadap penulis buku tersebut."Risalah tersebut menjelaskan intipati penghakiman yang menyatakan bahawa buku itu bukan sahaja mengandungi fitnah tetapi juga wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim," jelas Badrulhisham lagi.Dalam kempen seumpama itu yang diadakan pada Mac lepas, Badrulhisham; Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Amizuddin Ahmad dan aktivis Umar Tan Abdullah ditahan polis ketika mengedar risalah mereka mengenai aktiviti Anwar Ibrahim yang mendapat tempat di mata dunia.Mereka dibawa ke Balai Polis Balik Pulau dan dibebaskan beberapa jam kemudiannya kerana gagal mengeluarkan sebarang dakwaan.Anggota polis yang menahan mereka pada ketika itu memberitahu bahawa mereka meerima laporan bahawa Badrulhisham dan yang lain membawa dokumen yang menyalahi undang-undang.Merujuk kepada kempen kedua yang dilakukan oleh Angkatan Muda, sayap Parti Keadilan Rakyat itu mengambil kesempatan mood bulan Ramadhan dengan tema ”Menyambut Kebenaran Sempena Ramadhan".Sidang media itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda, Faizal Sanusi dan exco Angkatan Muda Pusat, Zarerah Md Zaki."Kempen ini bakal meletakkan rakyat khususnya Melayu, tersedar mengenai fitnah besar yang menimpa negara kini telah terbukti," jelas Badrul.Menurut kenyataan media mereka, matlamat kempen tersebut adalah untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri menyatakan pendirian mengenai konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim yang dinyatakan oleh mahkamah.Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda Umno menganggap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu isu kecil dan pengedaran risalah mengenai pembebasan beliau, tidak akan menjejaskan parti itu. Begitu menurut sebuah laporan media 6 Oktober lepas yang melaporkan bahawa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Azimi Daim berkata, Umno sebuah parti yang besar, kukuh dan tidak akan ”pincang” dengan pengedaran risalah tersebut. ”Pemuda Umno tidak memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan kekuatan parti secara keseluruhannya," jelasnya pada pihak media.Namun Azimi tidak menafikan bahawa pengedaran risalah setengah juta memungkinkan ada pihak yang akan terpengaruh.Bagi Azimi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, rakyat sudah tahu bahawa pemecatan Anwar adalah keputusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Laporan itu juga memberitahu bahawa Azimi mendakwa Keadilan mengambil kesempatan daripada pembebasan Anwar untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa pemecatan Anwar kerana ”niat jahat pemimpin Umno”.

No comments:
Post a Comment