Thursday, February 21, 2008

Siapa dia Khairy ?

Semalam di beberapa media utama yang dikuasai Umno/BN atau atau jaringan korporat kapitalisnya Khairy telah menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada 'cheguBard' malah tidak kenal akan siapa 'cheguBard'?

Beliau juga mengatakan bahawa beliau langsung tidak peduli akan cabaran untuk mengekori beliau dan menyatakan "saya tak kisah...kalau saya tidak bertanding dia kena ikut tak bertandinglah"

Semalam juga saya dihubungi beberapa wartawan untuk meminta respon saya mengenai perkara tersebut. Saya menyatakan memang saya tidak popular seperti Khairy. Kerana saya bukan menantu Perdana Menteri, saya tidak terpalit dengan tuduhan dan pendedahan keterlibatan sebagai agen asing (menggadaikan kedaulatan negara), saya bukan jutawan muda yang mengumpul harta dalam sekelip mata kerana sijil nikah saya.....

Kepada Khairy saya sekali lagi dengan rasa keinsafan dan menyedari betapa beliau yang bukan punya jawatan dalam kerajaan dan dengan hanya berbekal sijil nikah beliau memanjat tangga kuasa, ayuh jangan cakap besar turun ke pentas PRU ke 12 ini... anak Rembau amat - amat menantimu.

Begitu banyak pertanyaan , adakah saya melawan Khairy kerana semata kerana dendam ? Ingin saya tegaskan saya dan Khairy tidak punya sebarang masalah peribadi. Sasaran utama dalam PRU ini ialah menghentikan cubaan pembentukan Dinasti Abdullah yang lemah dan dikuasai oleh menantu dan anak yang tamak dan rakus. Ini bukan pertembungan peribadi malah lebih besar dari pertembungan dua parti. Ini misi menyelamatkan negara dari lebih parah. Ini pertembungan kebangkitan rakyat bersama ahli Umno bermaruah menentang Dinasti Abdullah.

Selain itu saya juga punya agenda tempatan dan nasional yang harus diketengahkan juga. Rembau punya banyak masalah berbangkit yang selama ini disapu dibawah permaidani. Rembau akan jadi pentas nasional.... mata sudah tertumpu pada Rembau tetapi adakah Khairy berani ?

Memang diakui sukar untuk membina jentera yang kuat dalam PRU ke 12 di kawasan Rembau, tetapi persepsi itu mula memudar apabila semakin ramai anak muda bersama. Semalam sahaja saya bertemu 6 kumpulan anak muda secara berasingan yang bersedia menggempur secara sukarela.

Semua rakyat Malaysia dijemput ke 'kenduri kecil' Perlancaran Bilik Gerakan keADILan PRU 12 Parlimen Rembau 22 Feb 2008, 8.30 malam bersebelahan Pejabat Daerah Rembau.


Politik Wang - Ingatan Mahathir

Sunday, February 17, 2008

Ribuan hadiri Pelancaran Jentera Rakyat Parlimen Rembau


Dalam keadaan diugut dan usaha sungguh sungguh Umno untuk menggagalkan Program Pelancaran Jentera Rakyat PRU 12 Parlimen Rembau lebih 1000 rakyat perbagai kaum tetap berhimpun untuk mendengar amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekan Rantau. Kehadiran orang ramai dalam majlis yang diadakan jam 4 petang itu luar jangkaan.

Sesiapa yang mahu menyumbang kewangan untuk Jentera Parlimen Rembau boleh terus masukkan wang ke akaun HongLeong Bank 19951001018 (atas nama Badul Hisham). Jentera di Rembau amat memerlukan kepakaran membuat risalah, billboard dan banner yang bagus dan senang difahami.

Lawan Khairy di Rembau, Badrul berazam sekat 'Dinasti Abdullah'

Wan Nordin Wan Yaacob (Harakahdaily)Fri Feb 15, 08 3:14:17 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Desas-desus yang menyatakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan menyebabkan ramai yang terpanggil untuk berhadapan dengan menantu Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi itu di sana.

Semuanya kerana geram denga sikap biadap dan angkuh Khairy yang dikatakan sering campur tangan dalam urusan kerajaan pimpinan bapa mertuanya.

Paling awal menyuarakan hasrat menentang Khairy ialah, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badru; Hisham Shaharin diikuti Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.



Selepas sahaja Badrul Hisham melaungkan cabaran kepada Khairy, media-media arus perdana turut membuat pelbagai spekulasi perkembangan kedudukan Khairy yang dikatakan akan bertanding di Rembau.

Beberapa hari sebelum pembubaran parlimen dibuat, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan mengesahkan ada menyenaraikan nama Khairy bertanding dalam pilihan raya kali ini di Negeri Sembilan.
Mahu atau tidak, Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semestinya akan merestui menantu kesayangannya bertanding di Parlimen Rembau kerana itulah kehendak Abdullah barangkali.

Mengulas kemungkinan kehadiran Khairy di Rembau, Badrul Hisham yang mungkin akan menentang Khairy di parlimen tersebut berkata, beliau bertekad mahu menghapuskan dinasti Abdullah dari terus menjadi orang penting dalam negara ini.
"Adat panglima bertempur secara jantan, walaupun di gelanggang lawan saya 'tawarkan' diri bertempur di Rembau mungkin bertembung dengan Khairy, menantu PM yang banyak mencatur urusan negara," ujar Badrul Hisham dalam satu komentarnya.

Begitupun beliau berkata, menginsafi bahawa beliau bukan yang terbaik. dan jika ada anak Rembau lain yang lebih baik mahu tampil ke depan Badrul Hisham mempersilakan.
"Yang penting usaha membentuk 'Dinasti Abdullah' harus dihentikan. Abdullah yang lemah dipergunakan oleh menantu yang rakus dengan bisikan anak yang tamak. Negara di ambang kehancuran. Kita perlu hentikannya di Rembau," ujarnya.

"Saya menyakini saya bukan keseorangan di sini, terima kasih kepada yang ada jiwa untuk sama turun membantu. Saya akui saya bakal berdepan kesukaran bukan sahaja ketika pilihan raya tetapi selepas itu saya pasti akan terus ditekan kerana dendam perlawanan (jika dia gagal di sungkurkan).

"Tapi saya tegas jika saya diberi mandat untuk turun saya sedia. Jika hendak jalan mudah saya pasti ikut jalan yang biasa orang ikut...jalan ini saya sedar jalan sukar sejak dari hari pertama saya memilihnya," ujarnya.

Beliau bertekad untuk menentang Khairy bukan kerana mahu mengejar jawatan (jika menang) sebaliknya mahu mengajar menantu Pengerusi BN yang sombing itu agar tidak berbuat sesuka hati ke atas negara yang dikuasai bapa mertuanya itu.

Friday, February 15, 2008

Ayuh realisasikan manifesto rakyat !!!

Tarikh PRU ke 12 sudah diketahui. Debaran bakal calon sama ada dari parti 'penguasa' dan parti alternatif juga semakin kencang.

Seperti yang diketahui umum saya telah menawarkan diri untuk bertanding di Rembau bukan kerana kerusi itu tetapi kerana ingin menghentikan sesuatu yang bakal memburukkan lebih negara ini. Saya punya pilihan lain jika mahu bertanding, selaku MPT parti saya ditawarkan beberapa kerusi yang punya jentera lebih lengkap dan 'agak' selamat. Namun seperti yang saya tegaskan kepada teman - teman....dalam perjuangan ini kita jangan meminta tetapi jika keadaan memaksa kita perlu turun juga.

Saya bukan politisi...politik dunia yang asing bagi saya mulanya. Semangat 'bara' anak muda dalam suasana hujung 1998 telah menyebabkan saya tersedut dalam ruang politik ini. Sekolah 'politik' saya di lapangan...saya terpaksa belajar matang sendirian. Di sini mengenal sahabat dan kawan juga erti perjuangan. 16 kali tubuh ini pernah di belasah tersumbat dalam tahanan polis. Namun ketika 'keletihan' saya sering renungkan....inilah jalan perjuangan...inilah jalan yang dipilih..tidak ada yang memaksa....saya melangkah kaki dengan tenang meninggalkan hari terkahir sebagai seorang guru juga merupakan 'pilihan' saya. Dalam perjuangan ini saya lihat sendiri apa erti derita rakyat....dan saya juga paham melihat 'kebutaan' majoriti.

Adat panglima bertempur secara jantan..walaupun digelanggang lawan. Saya 'tawarkan' diri bertempur di Rembau mungkin bertembung dengan Ketua Pemuda UMNo Rembau merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Pusat merangkap menantu PM yang banyak mencatur urusan negara.

Menginsafi saya bukan yang terbaik. Jika ada anak Rembau yang lebih baik mahu tampil ke depan kita sama persilakan. Yang penting usaha membentuk Dinasti Abdullah harus dihentikan. Abdullah yang lemah dipergunakan oleh menantu yang rakus dengan bisikan anak yang tamak. Negara di ambang kehancuran. Kita perlu hentikannya di Rembau.

Saya menyakini saya bukan keseorangan di sini .... terima kasih kepada yang ada jiwa untuk sama turun membantu. Saya amat menghargainya...terima kasih bro. Rocky dan kawan - kawan bloggers juga...saya akui saya bakal berdepan kesukaran bukan sahaja ketika pilihanraya tetapi selepas itu saya pasti akan terus ditekan kerana dendam perlawanan (jika dia gagal di sungkurkan). Tapi saya tegas jika saya diberi mandat untuk turun saya sedia...jika hendak jalan mudah saya pasti ikut jalan yang biasa orang ikut...jalan ini saya sedar jalan sukar sejak dari hari pertama saya memilihnya.

Kepada yang sudi membantu bersama khususnya dalam membuat (design and print) risalah, poster, banner dan seumpamanya diharap tampil bersama.

Demi perjuangan rakyat Malaysia saya serahkan diri ini. Bersama merialisasikan Menifesto Rakyat

Wednesday, February 13, 2008

Parlimen bubar...Abdullah penipu...

Sah ... 12.30tengahari tadi PM, Abdullah Badawi telah mengumumkan pembubaran parlimen setelah bersungguh sungguh menafikanya apabila ditanya oleh wartawan semalam.

Baca penafianya semalam dalam Utusan Malaysia (klik) dan di Malaysiakini.com (klik)

Abdullah memulakan kempen Pilihanraya Umum ke 12 dengan MENIPU.... ia akan terus menipu...

Dengan rasa rendah hati saya merayu teman - teman khususnya anak muda sertai pertempuran PRU ke 12 di Rembau.... Jentera Rakyat Malaysia (termasuk ahli Umno bermaruah) melawan keluarga Abdullah Badawi.....

Telefon bimbit saya ; 0176688404 atau hubungi teman saya Azizi 0123696474

Saya juga merayu bantuan dana untuk gerak kerja pilihanraya. A/c Bank Hong Leong 19951001018.

Dalam mood perayaan tahun baru Cina Abdullah dalam keadaan menipu membubarkan parlimen...ini masanya keluarga ini 'diajar' erti kuasa rakyat.

Satu lagi maklumat mengatakan ketika menjawab isu pilihanraya di Bangi semalam Abdullah benar-benar tidak tahu bila tarikh pilihanraya kerana dia belum diberitahu...Abdullah hanya tahu apabila diberitahu oleh Khairy yang pulang dari Johor....

mana satu Abdullah mulakan kempen pilihanraya dalam keadaan menipu atau serba tak tahu....???

Tuesday, February 12, 2008

Angin PRU 12 makin terasa

Berita 1: KJ bakal berdepan jentera rakyat di Rembau
Kalau benar bagai dikata Khairy Jamaluddin akan bertanding di parlimen Rembau, menantu Abdullah Badawi itu akan berdepan, bukan sahaja pembangkang tetapi juga daripada jentera rakyat termasuk daripada kelompok pemimpin dan penyokong Umno sendiri yang menentang pentadbiran Abdullah dan menantunya itu.

Difahamkan kaum Tionghua Rembau, Negeri Sembilan juga bersedia menyediakan deposit dan dana pilihan raya kepada bakal calon penentang Khairy.

Sementara kaum India pula menunjukkan mood yang cukup tinggi untuk menolak pemimpin UMNO-BN itu. Bahkan, kerusi yang secara tradisinya ditandingi PAS itu juga mungkin akan diserahkan kepada Badrul Hisham Shaharin yang mewakili keADILan.
untuk bacaan lanjut sila klik

Berita 2: PKR eyeing 13 seats in NS
Opposition party PKR is eyeing two parliamentary and 11 state seats in Negeri Sembilan in the coming general election, said the party’s state chief Kamarul Baharin Abbas.

kamarul baharin abbasAccording to Bernama report, Kamarul was reported as saying that the two parliamentary seats were Kuala Pilah and Telok Kemang. He also listed Pertang, Palong, Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Rantau, Chuah, Linggi and Port Dickson as the state seats which the party wanted to contest.
for read more pls click here

Berita 3 : Blogger to take on PM Son In law
A blogger, Badrul Hisham is ready to face the PM Son In Law in any seats for the next general election. Read the news from Bernama click here...

Rocky did a comparison between Chegubard Son In Law. Click here.

Monday, February 11, 2008

Angin pilihanraya makin kencang

News 1 : MB Negeri Sembilan didakwa cuba gagalkan lawatan Anwar ke Rantau
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan didakwa memangggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan kaedah menggagalkan lawatan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke kawasan Dun Rantau yang dijadualkan 15 Februari ini.
sila klik untuk membaca lanjut ;

News 2 : Badrul Sedia Cabar Khairy Di Mana Sahaja
SEREMBAN, 11 Feb (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin berkata beliau sedia bertanding menentang Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di mana sahaja dalam pilihan raya umum.
"Hasrat saya ini telah mendapat respon positif secara lisan dari pucuk pimpinan PKR," katanya kepada Bernama hari ini.
sila klik untuk membaca lanjut ;


News 3 : Tanah wakaf juga disapu oleh kuncu-kuncu UMNO/BN setelah semua tanah rezab kerajaan di sapu oleh mereka.

Sudah terdapat orang melayu beragama Islam, berani memohon bagi menjalan aktiviiti perniagaan (bengkel baiki kereta) di atas tanah rezab kubur orang Islam di Jalan Bypass Port Dickson.

Pagar telah didirikan dan tiang-tiang sudah di tegakan.

Asal tanah tersebut telah di gazzetkan sebagai tanah wakaf untuk perkuburan orang Islam di sekitar pekan Port Dickson dan Jln Seremban.

Mereka (ahli-ahli UMNO) telah memohon melalui wakil rakyat YB Faisal dan MB N9 yang meluluskannya, dengan menguna kuasa VETO nya meluluskan projek tersebut dan membelakangkan Masjid Jamek Port Dickson, JAINS dibawah Jabatan Mufti N9 dan Pejabat Tanah Port Dickson.

Tanah wakaf tersebut adalah di bawah kelolaan Masjid Jamek Port Dickson, yang mana pihak masjid tersebut telah berusaha menghalang aktiviti-aktiviti ini, secara bermesyuarah dengan pemilik bengkel tersebut, dan enggan meninggal tempat tersebut.

Mesyuarat antara AJK Masjid Jamik dan Masjid Khariah Kg Paya telah di adakan, persetujuan telah dibuat,

1. Menghantar surat bantahan kepada MB, salinan kepada Pejabat Teranah Port Dickson, JAINS, Pegawai Daerah dan Jabatan Mufti N9. (Sudah dikeluarkan) dan jika tidak berhasil,

2. Menanda tangani surat bantahan oleh semua penduduk yang bermastautin di sekitarnya akan diserahkan kepada MB N9 dan jika masih gagal, maka

3. Piket akan diadakan berhampiran tapak perniagaan tersebut ditepi jalan Bypass Road, bagi meraih perhatian dan simpati orang awam dan akhbar tempatan.

Ini boleh di kategorikan SALAH GUNA KUASA MB terhadap tanah wakaf di N9.

Harap dapatlah kita menghalang perkara saperti ini berlaku dan ini adalah yang pertama kali berlaku dalam Malaysia setelah 50 tahun Merdeka

Thursday, February 07, 2008

CNY bersama Tian di Parlimen Rembau





Sehari sebelum Tahun Baru Cina, Tian Chua telah sudi menghabiskan masa kira kira 5 jam untuk bertemu pengundi berbangsa cina di dalam kawasan Parlimen Rembau. Bermula jam 9.30 pagi di Kampung Baru Paroi. Di Paroi selain jentera keADIlan kumpulan kami turut disertai oleh Ketua DPPNS, Taufek dan Setiausaha PAS Rembau, Hassan Thamby. Kedatangan kami beserta pajero Sdr. Marvin yang memainkan lagu-lagu tahun baru cina dengan speaker besarnya menarik perhatian masyarakat cina setempat. Apabila dibisik-bisik bahawa kemungkinan keADILan bertanding di Parlimen Rembau, masyarakat cina yang ditemui begitu gembira.

Selepas Kampung Baru Paroi, saya bersama Tian Chua sempat berkunjung ke beberapa pejabat media berbahasa cina untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Editor dan kakitangan akhbar yang dilawati begitu terkejut dan terharu dengan kehadiran kami.

Jam 11.45 pagi kami tiba di pekan Rantau. Suasana di Pekan Rantau seumpama sudah bermula kempen pilihanraya. Ratusan bendera BN dan Umno sepanjang pekan Rantau. Menurut pengarah pilihanraya keADILan Rantau, Aisah Lamsah menyatakan bendera - bendera Umno dan Bn ini kerana MB N.Sembilan (yang juga ADUN Rantau) terkejut dengan kemampuan keADIlan membuka bilik gerakan ditengah - tengah pekan Rantau. Memang diakui susah untuk mendapatkan rumah kedai untuk dibuat bilik gerakan kerana mereka takut 'mungkin' diugut oleh keluarga dan penyokong MB di Rantau. Namun apabila pengarah pilihanraya keADILan Rantau yang merupakan seorang wanita mampu membuka bilik gerakan dan memulakan gerak kerja pilihanraya telah mencemaskan Umno.

sampai sahaja kami dipekan Rantau 11.45 pagi itu, kami disambut oleh kira kira 20 orang jentera parti yang terdiri dari Melayu, Cina dan India. Sambutan orang ramai yang ditemui apabila kami berjalan dari kedai ke kedai amat menggalakkan....tetapi ramai peniaga yang mengatakan bahawa mereka menyokong dari belakang...undi pasti akan diberi kepada keADILan tetapi untuk ke depan mereka takutkan ugutan jentera MB N.Sembilan.

Pagi ini (9 Febuari 2008) sebelum mesyuarat khas keADILan N.Sembilan saya mendapat maklumat bahawa MB N.Sembilan selepas lawatan Tian Chua telah memanggil mesyuarat khas dengan mengeluarkan arahan khas agar dibuat apa sahaja untuk menggagalkan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rantau 15 Febuari ini.

Menurut sumber tersebut Mohamad Hassan mengatakan buat apa sahaja cuma 50 orang sahaja yang akan sambut Anwar. Kenyataan sombong Mohamad ini akan disambut sebagai cabaran....saya sendiri bersedia mengepalai jentera persiapan program tersebut. Mohamad kami janji kau pasti terkejut...

Rakyat Negeri Sembilan di jemput untuk bersama dalam Perhimpunan Perdana 'Pelancaran Jentera Rakyat' Parlimen Rembau 15 Febuari 2008, 4.00 petang, di Bilik Gerakan DAP, Taman Ekar, Rantau. Bersama pada hari tersebut ialah YB Antony Loke, Pengerusi DAP N.Sembilan.

Tuesday, February 05, 2008

Khairy lari ....?

Signal yang hampir jelas dan positif telah diperolehi dari pimpinan atas sebagai respon surat terbuka saya untuk diturunkan berhadapan dengan menantu Perdana Menteri khususnya di kerusi dalam Negeri Sembilan.

Kerja kerja di bawah juga sedang berjalan lancar. Agak memeranjatkan pagi tadi mendapat makluman sekumpulan masyarakat cina yang terdiri dari pengundi dalam Parlimen Rembau bersedia mengumpulkan wang bagi membiayai wang pertaruhan (deposit) bagi saya berdepan dengan menantu Perdana Menteri di Parlimen Rembau. 9 Febuari pertemuan dengan kumpulan ini akan diadakan.

Melalui sumber yang rapat dengan Khairy telah mengesahkan dia telah mengetahui mengenai kewujudan surat terbuka cabaran buat beliau tetapi sehingga kini beliau masih tidak 'berani' memberikan sebarang respon mengenainya. Tetapi pagi tadi dari sumber yang belum boleh disahihkan mengatakan Khairy kemungkinan lari dari kerusi Parlimen Rembau....

Adakah ia benar.... tidak mungkin anak muda segagah Khairy takut dengan cabaran anak muda biasa seperti saya sehingga ada kemungkinan lari ke kawasan lain... atau dia sudah merasakan jentera Umno Rembau itu sendiri tidak mampu dijinakkan...?

Namun sehingga kini persiapan untuk menunggu menantu Perdana Menteri bertanding di mana-mana kawasan dalam NS...sedang hebat dijalankan....

Thursday, January 31, 2008

Surat terbuka Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Sembilan

Kepada semua warga Negeri Sembilan

Salam sejahtera..

Angin pilihanraya makin terasa. Namun pengamalan demokrasi yang pincang di Malaysia tidak membenarkan sesiapa mengetahui tarikh pilihanraya kecuali Pengerusi Barisan Nasional. Namun berdasarkan banyak faktor keADILan menjangkakan parlimen bakal dibubarkan sekitar akhir Febuari dan pilihanraya akan diadakan sekitar awal Mac.

Negara diambang krisis. Rakyat tertekan dengan perbagai masalah seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak termasuk kenaikan harga perkhidmatan seperti tambang bas, tol dan elektrik. Tahap keselamatan dalam negara yang ditandakan oleh indeks jenayah yang tinggi juga menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan. Dalam masa kerajaan gagal menjamin keselamatan rakyat anggota keselamatan (polis) sering dipergunakan untuk tujuan menekan lawan politik BN. Rakyat hilang tempat mengadu.

Jika ruang demokrasi dibuka secara adil, pilihanraya diadakan dalam secara telus, ternyata BN akan kalah di banyak kawasan. Malangnya di Malaysia bukan satu rahsia pengendali pilihanraya SPR dipergunakan untuk memastikan kemenangan BN. Lebih lebih lagi dalam suasana BN tertekan kerana rakyat mula membuka mata membongkar kepincangan dan kelemahan BN.

Namun kita tetap juga yakin jika rakyat benar benar bersatu bersama bangkit, maka kerajaan yang ditunjangi parti yang penuh rasuah, salah guna kuasa, lemah, perkauman dan tidak mempedulikan rakyat bakal kalah di banyak kawasan.

Selama ini rakyat berdepan dengan banyak masalah tetapi amat sukar diketengahkan kerana media yang dikawal dan wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya lepas gagal bertindak. keADILan melihat kesempatan pilihanraya umum ini untuk bersama dengan rakyat mengenengahkan isu.

Antara tawaran keADILan ialah pendidikan percuma, khidmat kesihatan percuma, penurunan harga minyak dan gas, juga penurunan harga tol. Bukan setakat isu nasional, keADILan juga ingin mengenengahkan isu tempatan yang menghimpit rakyat menjelang pilihanraya ini. Untuk itu semua rakyat dijemput untuk menghantar apa jua isu dan permasalahan saudara ke alamat kami secara menulis email atau surat.

keADILan sudah bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 12 ini tetapi keADILan amat memerlukan sumbangan dan penyertaan rakyat dari perbagai segi. Bersama kita mengenengahkan isu rakyat menewaskan calon BN yang bakal memperkudakan segala jentera kerajaan dan membazirkan wang negara.

Sila daftar sebagai tenaga sukarelawan atau menyumbang barangan mahupun dari segi kewangan.Kami juga mengalukan jika ada yang sukarela membenarkan premis mereka dijadikan bilik operasi menjelang pilihanraya.

Alamat : Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan,
No. 433, Jln Tunku Antah, 70100 Rahang, Seremban.
Tel : 06 7677278 Fax: 06 7677280 h/p : 0176688404 / 0123696474
email : chegubard@gmail.com
akaun bank : Parti Keadilan Rakyat 0506 0024465 05 2 CIMB Bank


Sekian dan terima kasih. Bersama kita membina pasukan rakyat yang kuat menumbangkan kezaliman.

Ubah sebelum parah , ubah demi maruah

Tuesday, January 29, 2008

Faizal Tahir 'versi' PROTES !!!

Pagi ini che'GuBard ketawa sendirian ...nasib baik Era ada di pejabat untuk teman gelak. Tajuk artikel ini merupakan tajuk email seorang teman yang diterima pagi ini......dibawah merupakan keratan email tersebut.

Ten minutes later, I saw Dr. Nasir, V Selvam (above) escorted to the truck. This was followed by other PSM leaders - Rani and Saraswathy. More people filled up the truck before it sped off. However, it returned to collect more people arrested, such as Chegubard, member of KeADILan’s Supreme Council (below).

badrul_small.jpg
Chegubard was unfazed. He led the crowd with shouts of “Hidup Rakyat” while still on the edge of the truck. He even delighted us with his version of Faizal-Tahir-throwing-t-shirt (minus the body baring) by flinging his yellow t-shirt towards the crowd, as four burly officers pushed him inside the Black Maria.

teman tersebut telah memetik artikel tersebut dari blog Eliwong sila klik untuk membaca lanjut

ada juga beberapa email dari teman - teman yang mencadangkan agar laporan terhadap anggota Polis yang mencarut dan memukul dilanjutkan ke Bahagian Tatertib Polis. Malah ada email dari seseorang yang mengaku orang dalam Polis juga yang turut marah dengan kejadian tersebut dan berasa malu. Katanya anggota polis tersebut yang dikenali sebagai 'Misai Gemuk' memang sering kurang ajar. Dalam email tersebut dia turut memberikan no. plat motosikal Honda EX5 yang sering Misai Gemuk gunakan iaitu BDR 5070.

Nampaknya rakyat sudah buka mata. Dalam PDRM sendiri sudah mula sedar. InsyaAllah che'GuBard akan berbincang dengan beberapa orang teman untuk mengambil tindakan lanjut.

Mengenai 'bagaimana che'GuBard boleh lepas ?' satu sahaja jawapanya 'anak muda perlu berani dan faham undang undang...' Polis sendiri tidak faham undang undang..polis hanya ikut arahan..bukan ikut undang undang...

Semua anak muda dijemput ke Bengkel undang - undang dan anak muda 9 Feb. 2008, 3 petang di Pejabat keADILan Negeri Sembilan. Bengkel anjuran Seketeriat Bertindak Anak Muda Malaysia ini diadakan dengan sokongan Majlis Peguam Malaysia dan Suaram. Peserta bengkel ini akan diperkasakan dengan hak sebagai warga Malaysia.

Monday, January 28, 2008

Rayuan Pilihanraya

Pilihanraya semakin hampir.....

Saya menerima ratusan sms, email dan panggilan telefon mengenai surat terbuka saya menawarkan diri dan memohon mandat, dokongan dari Presiden PAS,keADILan dan DAP serta ketua umum keADILan untuk diturunkan bertemu dengan menantu Perdana Menteri merangkap Penasihat JPM dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Sehingga kini saya telah mendapat isyarat 'positif' dari pimpinan mengenai surat tersebut. Cuma surat terbuka saya kepada Khairy sendiri masih belum terjawab. Mungkin bagi Khairy yang mampu memperkudakan semua jentera kerajaan dan yang telah berjaya mengumpulkan kekayaan melalui hubungan rapat dia dengan Perdana Menteri melihat cabaran tersebut terlalu kecil untuk dijawab.

Melalui teman - teman dalam Umno usaha memastikan dimana Khairy turun sudah mula dibuat. Malah kesediaan teman - teman dalam Umno yang mahu membantu demi melihat Khairy kecundang di Negeri Sembilan yang 'kononya' negeri kelahiranya mengejutkan.

Saya tidak mahu digelar cakap besar dan tidak memahami realiti. Menawarkan diri bertemu Khairy bukan untuk gimik dan publisiti. Tetapi kerana kesedaran dan menyedari bagaimana rakusnya Khairy terlibat dalam menghancurkan negara demi kepentingan peribadi dia perlu disekat dan lebih lebih lagi jika beliau berani menjadikan pilihanraya melalui kerusi di Negeri Sembilan sebagai batu loncatan beliau.

Melawan Khairy yang bakal menabur wang dan memperkudakan jentera kerajaan bukan satu tugas mudah. Saya dengan ini merayu teman - teman anak muda untuk turut sama membantu membentuk satu jentera rakyat yang benar - benar kuat. Saya merayu sumbangan tenaga, bahan seperti kertas, kain pemidang, cat, mesin fax, kerusi, meja dan kayu bendera dan seumpamanya. Untuk segala sumbangan bahan -bahan sila hubungi 0176688404 (Badrul) atau 0173696474 (Azizi) atau email chegubard@gmail.com. Sebarang bantuan kewangan pula boleh disalurkan ke akaun Hong Leong Bank no akaun 199 - 51 - 00101 - 8

Sunday, January 27, 2008

Polis makin hilang maruah....

Pada 26 Januari 2008 yang lepas kira – kira jam 3.30 petang saya bersama Mohd Azif Mohd Aris, Ketua Angkatan Muda Sepang telah sampai ke Jalan Ampang. Kehadiran polis bersama kenderaan Polis yang dalam jumlah yang luar biasa telah menyebabkan Jalan Ampang dan kawasan sekitarnya sesak.

Kenderaan yang dipandu Azif telah diletakkan berhampiran Restoran Nasi Kandar Pelita, Jalan Ampang. Ketika baru berjalan sekitar 150 meter dari kenderaan saya terdengar jeritan “tangkap budak tu….tangkap budak tu…dia suspek juga..tangkap cepat”

Sebaik sahaja saya cuba menoleh mencari punca suara itu, dua orang anggota polis merentan kedua tangan saya yang kemudian di ekori oleh beberapa orang anggota yang lain. Beberapa anggota polis menendang dan menumbuk kepala saya.

Saya di bawa ke trak polis, saya bertanya kenapa saya ditahan, tiada yang menjawab sebaliknya saya terus di tolak ke naik. Saya yang tidak puas hati terus menjerit “Hidup rakyat!!..Hidup Rakyat..!!”

Beberapa orang anggota polis telah naik ke trak dan cuba menolak saya ke dalam kandang yang berpagar dalam trak. Seorang anggota Polis yang bervest kuning telah menerjah ke dalam trak sambil menendang dan memukul saya. Dia juga mencarut dan memaki hamun seperti hilang akal. Dia menjerit “Fuck you !!...Pukimak engkau !!..Babi Komunis !!”. Perkataan itu disebut berulang ulang kali. Ramai yang berada di tempat kejadian menyaksikan kejadian tersebut.

Kejadian tersebut juga terakam dan di siarkan di http://www.youtube.com/watch?v=lkuysxjsP7Q&eurl=http://chegubard.blogspot.com/ dengan jelas kejadian yang dimaksudkan dan anggota polis terbabit boleh dilihat pada minit ke “1.54’ tanyangan video tersebut.

Dalam trak yang sama juga terdapat ramai tahanan lain antaranya ialah Dr. Nasir Hashim (Presiden PSM) dan Syed Jaymal (wartawan Malaysiakini). Kami dibawa ke IPK KL. Sampai di perkarangan IPK KL, seorang pegawai polis berpangkat L/Kopral dengan tiba tiba memohon maaf dan merayu agar kami tidak ganas.

Dia berkata “ Encik – encik saya betul betul mohon maaf saya tak salah bukan saya yang tangkap…saya juga cari makan…harap encik – encik semua jangan kasar dan ganas…turun dan jalan perlahan ikut anggota polis…..”

Serentak dengan itu kami ketawa….Dr. Nasir terus menyindir sambil berkata berkata “Takpa lah saudara ..kami tahu polis hanya makan gaji …ikut arahan ….bukan ikut undang undang…kami ni bukan pengganas..kami takkan lari, kami bukan penakut..kalau kami penakut kami tak turun bela rakyat lawan BN yang zalim…kalau kami nak mengganas kami tak pilih jalan aman ini…”

Kami ditempatkan di cafeteria, IPK KL. Semua yang belum dirampas kad pengenalan diminta menyerahkan kad pengenalan.

Seorang anggota polis mendekati saya meminta diserahkan kad pengenalan. Saya menegaskan tidak akan menyerahkan kad pengenalan atau memberikan sebarang kerjasama sehingga ada pegawai polis menjelaskan kenapa saya ditahan.

Beberapa minit datang seorang pegawai polis berpangkat c/inspector dia mengatakan saya boleh tidak menyerahkan kad pengenalan tetapi harap bagi kerjasama dengan memberikan nama. Saya sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak akan berkerjasama selagi saya tidak diberitahu kenapa saya ditahan dan diperkenalkan pegawai yang menahan saya. Pegawai Polis yang bertanyakan nama saya itu mengatakan beliau tidak terlibat dalam operasi hanya menjadi pegawai perakam. Saya menegaskan kalau tak tahu dan tak ada kena mengena jangan sibuk…saya tak nak cakap dengan orang yang tidak tahu…

Selepas beberapa minit datang sekumpulan anggota polis mengugut untuk membuat pemeriksaan dan merampas kad pengenalan. Saya menegaskan kepada mereka bahawa mereka tidak ada hak membuat pemeriksaan ke atas saya. Saya hanya menyerahkan barang – barang jika saya di lokap. Saya memberitahu jika mereka nak juga membuat pemeriksaan perlu mengeluarkan borang selongkar dan perlu ada pegawai kanan yang menandatangani borang tersebut. Mereka kelihatan keliru dengan penegasan saya dan mengatakan “ok kami akan Tanya bos kami dahulu”

Ketika yang sama S Arutchelvan dibawa terus ke lokap polis.

Lebih kurang jam 5.20 petang saya bangun dan berjumpa dengan salah seorang pegawai polis menyatakan saya ingin membuat laporan polis. Mereka meminta saya tunggu kerana semua pegawai sibuk. Jam 5.40 petang saya sekali lagi bertemu dengan pegawai polis menyatakan saya hendak membuat laporan polis. Pegawai tersebut menyatakan “nak buat report pasal apa…? Nanti lepas semua selesai baru buat report…boleh buat dekat mana mana balai..?”

Tindakan polis jelas tidak memahami dan menghormati undang-undang. Tahanan berhak membuat laporan inikan pula saya yang tidak pasti lagi statusnya. Saya terus dengan suara yang tinggi meminta hak saya untuk membuat laporan polis.

Jam 5.45 petang saya dibenarkan menulis sendiri laporan polis. Saya telah membuat aduan terhadap OCPD Dang Wangi, pegawai yang membuat tangkapan dan pegawai polis yang memukul dan mengeluarkan kata kata kesat. Dalam laporan tersebut saya juga menjelaskan mengenai tangkapan saya yang tidak mengikut prosedur dan mencabuli hak saya. Saya menjelaskan juga saya tidak akan memberikan sebarang kerjasama.

6.30 petang saya dipanggil bertemu dengan Pegawai (3paku) bernama Izani. Beliau memperkenalkan diri sebagai Pegawai Penyiasat terhadap laporan Polis saya dan akan merakamkan percakapan saya.

Sehingga jam 9.00 malam saya dihalang meninggalkan bangunan IPK KL tanpa diberikan sebarang alas an saya sudah hilang sabar !!

Saya berjumpa dengan pegawai penyiasat laporan polis saya, Izani. Saya meminta penjelasan kenapa saya ditahan. Beliau meminta saya bersabar sekejap untuk dia rujuk ke bosnya. Beliau minta saya tandatangan dokumen ….tanpa melihat apa dokumen tersebut saya menegaskan dengan suara tinggi saya tidak akan beri sebarang kerjasama !!

Jam 10.00 malam saya dipanggil Izani dia mengatakan saya akan dihantar ke Hospital untuk pemeriksaan doktor. Saya berkeras tidak mahu kerana saya tidak cedera. Saya dibawa berjumpa ‘bos’ kepada Izani yang memakai tanda nama Chan. Dia mengatakan akan ‘kononnya’ bertindak terhadap report saya. Saya mengatakan saya tak peduli semua itu tetapi apa yang saya hendak tahu sekarang kenapa saya ditangkap…?? Saya katakana saya sudah hilang sabar jika tidak ada alas an munasabah dan masih gagal perkenalkan siapa yang menangkap saya saya akan balik sekarang.

Chan dengan selamba mengatakan “ok anda dilepaskan tanpa syarat”….. Saya benar benar terperanjat…… apa sudah jadi dengan Malaysia…….???

Thursday, January 24, 2008

Siapa selepas Sharlinie ?



Ayuh bersatu mencari Sharlinie !!
Semua dirayu membantu mencari adik Sharlinie yang hilang dari kawasan kediamanya di Taman, Medan, P.Jaya. Orang ramai boleh membantu dengan mencetak semula risalah ini dan edarkan/lekatkan ditempat awam. Menghubungi segera polis jika terlihat suspek.
Siapa lagi selepas ini ??
Kita pernah digemparkan dengan Trajedi Kehilangan Adik Nurin yang berakhir dengan penemuan mayatnya dalam keadaan amat mengerikan. Semenjak akhir akhir ini kadar jenayah semakin menjadi-jadi dan seolah tidak terkawal…Persoalanya siapa lagi akan jadi mangsa selepas ini ? Mungkinkah ia anak kita atau diri kita sendiri menjadi mangsa jenayah kejam…?
Jaga anak anda !!
Ibu bapa dinasihati menjaga dan sentiasa memerhatikan anak – anak, jangan nanti menyesal!!! Tetapi juga timbul persoalanya kenapa anak –anak yang perlu terpenjara dirumah? Apa yang kita kehendaki yang penjenayah yang dipenjara dan anak-anak mendapatkan hak mereka membesar dalam keadaan aman dan sihat.
Keadaan kos sara hidup yang menekan memaksa ibu bekerja! Memaksa ibu/bapa membuat kerja lebih masa/kerja tambahan untuk menyara keluarga. Apa pilihan yang kita ada? Ibu duduk di rumah atau bapa tidak bekerja lebih masa untuk memberikan tumpuan lebih kepada keluarga sedangkan kos hidup, harga barang dan semuanya terus meningkat…???
Malaysia sudah tidak selamat ?
Indeks jenayah terbaru melaporkan secara purata tiap hari lebih dari 8 orang wanita dirogol. Kejadian tembak, serangan ala Mafia, bunuh dan rogol dikawasan rumah banyak berlaku. Kita perlu hidup dalam keadaan tertekan dan berhati – hati. Adakah Malaysia sudah tidak selamat ?
Dalam rakyat ketakutan, Polis membazirkan tenaga anggota polis. Laporan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Imej Polis (SDPIP) turut menyatakan mengenai pembaziran guna tenaga anggota polis yang digunakan sebagai alat politik. Cawangan Khas menggunakan buget terbesar PDRM sedangkan tumpuan utama cawangan tersebut ialah tujuan politik.
keADILan mendesak hentikan pembaziran guna tenaga Polis untuk tujuan politik khususnya untuk kepentingan Barisan Nasional dan Polis harus menumpukan sepenuh tenaga kepada keselamatan orang awam. keADILan juga mendesak Suruhanjaya Polis (IPMC) seperti yang dicadangkan oleh laporan SDPIP segera diwujudkan.

Nota kaki :
Pada 16 Jan 2008, keADILan telah melakukan inisiatif bagi membantu keluarga Sharline mencari kana kanak itu. 8,000 ribu poster/risalah telah dicetak. Bermula jam 9.30 pagi satu taklimat telah diberikan oleh Badrul Hisham (saya) di Pejabat keADILan Negeri Sembilan mengenai Prog. sesi taklimat dihadiri beberapa aktivis parti. Satu upacara ringkas dilakukan iaitu 5,000 risalah telah diserahkan kepada saudara Zainuddin yang akan bermotosikal secara solo dari seremban ke Kuala Lumpur. Zainuddin yang berpengalaman membuat ekspedisi solo 'belia benci rasuah' yang telah bermotosikal seluruh negara menemui semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menyerahkan memorandum Rasuah Musuh No. Satu Negara sempena menjelang ulang tahun kemerdekaan ke 50 Malaysia.

Kali ini Zainudin akan mengedarkan sendirian 5,000 poster / risalah di R & R sepanjang lebuh raya dan dijadualkan berakhir di KL sentral pada petangnya.

Selepas upacara ringkas itu, kumpulan kami bergerak ke pasar besar seremban untuk memulakan edaran dan membuat sidang media di pasar besar seremban. antara yang hadir dlam sidang media di pasar besar seremban ialah Saudara Norazizi Aziz, Pengarah Pusat Aduan Rakyat NS, Tn. Hj Taufek Abd. Ghani (Ketua Dewan Pemuda Pas NS), Sdr. Yau, dari kelab penyokong pas, dan beberapa aktivis pas dan keadilan di NS. Sambutan hangat di kalangan peniaga dan pengunjung pasar menggambarkan betapa prihatinya masyarakat Malaysia.

Hujah keselamatan yang kami bawa benar benar menarik minat...ramai yang ditemuai bersetuju dengan desakan mewujudkan IPMC dan polis hentikan tindakan merelakan diri mereka dipergunakan untuk tujuan politik.

setengah juta wang rakyat hangus sempena lawatan Timbalan Presiden UMNO ke NS

Satu laporan Polis bernombor 001523/08 telah dibuat pada 24 Januari jam 11pagi di Ibu Pejabat Polis Seremban. Laporan yang dibuat oleh che'GuBard (MPT keADILan) itu dibuat keatas YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YDP Maj. Perbandaran Seremban, YDP Maj. Perbandaran Nilai dan YDP Majlis Daerah Jempol kerana menyalahgunakan dana dan kemudahan awam dalam sambutan politik sempena lawatan Timbalan Presiden Umno ke Negeri Sembilan pada 24 dan 25 Januari 2008.

keADILan NS punya bukti bagaimana hampir RM500,000 wang dana rakyat yang seharusnya membantu rakyat susah di Negeri ini dibazirkan hanya untuk tujuan kosmetik sempena lawatan Najib Tun Razak.

che'GuBard turut di iringi Norazizi (Pengarah Pusat Aduan Rakyat NS), Haridass (co ordinator Hindraf NS), Amiruddin (Ketua AMK Teluk Kemang) dan beberapa aktivis termasuk ahli DAP.

Cabaran buat menantu PM

BADRUL HISHAM SHAHARIN;
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),
Parti Keadilan Rakyat

Tarikh : 20 Januari 2008

Khairy Jamaluddin,
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,

Saudara ;

CABARAN BERTEMU DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 12.

Salam sejahtera ke atas saudara dan keluarga.

Kebelakangan ini rakyat makin hidup terhimpit. Negara kini umpama diambang krisis. Harta negara berlegar dikalangan tertentu yang terus mewah sedangkan rakyat terbiar susah.

Angin pilihanraya semakin terasa. Namun seperti biasa dalam pengamalan sistem demokrasi 'ala Malaysia' kita cuma mampu meneka-neka bila tarikh pilihanraya dalam keadaan pemerintah (BN) sentiasa ketakutan menyembunyikan tarikh sebenar.

Pilihanraya kali ini dijangka akan menjadi pilihanraya terhebat dan paling kotor dalam sejarah negara. Ini kerana sokongan rakyat terhadap parti – parti alternative semakin meningkat dan protes terhadap kegagalan serta korupsi BN semakin membara.

Seperti diketahui umum saudara cuba menonjolkan diri sebagai watak penting dalam percaturan BN. Umum juga mengetahui bagaimana saudara menggunakan kedudukan rapat saudara selaku menantu Perdana Menteri untuk meraih keuntungan politik dan kewangan. Kini saudara menjadi jutawan muda paling berkuasa dalam negara.

Saudara juga sudah tentu menyedari bahawa bapa mertua saudara merupakan Perdana Menteri yang paling lemah pernah negara ini miliki dan kelemahan ini dipergunakan oleh saudara serta teman – teman saudara sepenuhnya untuk meraih keuntungan peribadi.

Sehubungan dengan itu saya dengan rasa rendah diri atas nama tanggungjawab anak muda terhadap negara mencabar saudara dalam pilihanraya umum ke 12 ini.

Kerusi P128 Seremban, kerusi bandar yang bersifat campuran mungkin menjadi medan sesuai untuk saudara menguji porpulariti dan keangkuhan kenyataan dan tindakan saudara selama ini.

Dan jika saudara tidak mempunyai keberanian untuk bertemu di kawasan Bandar dan campuran seperti Parlimen Seremban, saya juga bersedia mengikuti saudara ke mana – mana parlimen khususnya dalam Negeri Sembilan.

Saya dengan ini juga mencabar agar saudara menasihatkan bapa mertua saudara mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal (sekurang kurangnya 60 hari sebelum pilihanraya) seperti amalan negara – negara demokrasi lain bukan hanya pengumuman mengejut seolah mendapat ilham dari mimpi.

Jika saudara mempunyai keberanian menyahut cabaran ini diharap saudara juga mampu untuk menamakan kawasan pilihanraya yang bakal saudara tandingi lebih awal. Saya juga menyakini berdasarkan ilmu dan pengalaman yang saudara timba dari universiti terbaik dunia mampu memahamkan saudara makna sebenar demokrasi dan dengan maruah saudara mampu turun ke gelanggang pilihanraya dengan prinsip asas demokrasi memulangkan kepada rakyat untuk menghakimi segala tindakan selama ini dan tawaran masa depan.

Salam perjuangan ;

bacaan lanjut sila klik sini

BN tak malu perkuda

berikut ialah email yang singgah minggu lepas dalam mailbox chegubard@gmail.com.
................................................................................................................................................................
Assalamualaikum Chegu Bard,


Saya di sini ingin mendedahkan bukti pembabitan secara terang-terangan Majlis Perbandaran Subang Jaya dalam pilihanraya umum yang akan datang. Malam tadi (Malam 1 Muharram) saya selaku kakitangan sebuah syarikat utiliti telah diarahkan oleh boss saya untuk menghadiri satu mesyuarat untuk mendengar permasalahan masyarakat dalam Dun Kinrara.Mesyuarat dihadiri oleh YDP MPSJ Dato Adnan Md Ikhsan, Timbalan YDP, Adun Kinrara, YB Dr Kow,jawatankuasa penduduk mengikut zon agensi2 kerajaan dan syarikat utiliti seperti SYABAS, IWK dan TNB.Tujuan saya menghadiri mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan aduan dan maklumbalas dari penduduk mengenai perkhidmatan kami.

Apa yang menarik perhatian saya ialah ucapan aluan oleh Dato Adnan. Salah satu isi kandungan ucapannya dengan ceria menyatakan bahawa "Untuk pilihanraya umum yang akan datang semua balairaya dan dewan orang ramai di bawah pentadbiran MPSJ akan digunakan sebagai Bilik Gerakan Barisan Nasional". Tanpa rasa bersalah beliau membuat pengumuman tersebut sambil tersenyum lebar. Ucapannya ini disambut dengan tepuk sorak oleh ADUN dan wakil2 jawatankuasa pendudukyang menghadiri majlis tersebut.Mesyuarat menjadi seperti kempen pilihanraya dengan kehadiran beberapa kakitangan perempuan MPSJ yang memakai vest UMNO.

Saya tidak kisah sekiranya syarikat kami dilanyak bertubi2 oleh penduduk, ADUN dan MPSJ sendiri kerana memang dah jadi tanggungjawab kami untuk menerima segala aduan dan kritikan demi kesejahteraan penduduk.Tetapi apa yang terjadi malam tadi memang tak diduga,yang ada hanyalah 4 atau 5 aduan untuk syarikat utiliti, selebihnya ucapan ampu mengampu dan permintaan yang tidak masuk akal dari jawatankuasa penduduk kepada ADUN dan YDP MPSJ. Masa 3 jam yang diluangkan malam tadi (8PM - 11PM) bagi saya hanya berlalu kosong tanpa sebarang faedah.Badan letih,hati pun sakit.Lebih baik duduk di surau dan masjid menghadiri majlis sambutan maal hijrah.

Dalam ucapan akhir oleh ADUN sendiri pula merayu masyarakat memberikan sokongan kepada beliau dalam pilihanraya yang akan datang.Memang jelas Barisan Nasional gunakan semua harta dan agensi kerajaan untuk kepentingan politik mereka.Memang semua dibangunkan oleh kerajaan, tapi sumber duit tu sendiri datang daripada pembayar cukai,dalam ertikata lain, wang rakyat.

Regards
naim

Saturday, January 19, 2008

Satu lagi aksi mengejut Anak Muda

Selama lima minit, sekumpulan enam orang yang menamakan diri mereka 'Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia', membawa kain rentang yang tertulis 'Mahathir mudah lupa' di depan kompleks mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Kain rentang tersebut, yang merujuk kepada sajak Dr Mahathir 'Melayu mudah lupa' yang dideklamasikan beliau sewaktu perhimpunan agung Umno 2001 - menggelikan hati orang ramai yang lalu-lalang di situ, termasuk para peguam.

Jurucakap kumpulan tersebut, Mohd Yunus Ali membaca satu kenyataan yang menyebut bahawa Dr Mahathir mendakwa beliau tidak ingat atau terlupa maklumat ketika beliau berkuasa, ketika disoal peguam dan anggota suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam.

“Beliau juga menafikan yang beliau kenal peguam Datuk VK Lingam ketika berkuasa," kata Mohd Yunus.

Kes saman Mirzan

Sambil mempertikaikan perkara itu, Mohd Yunus (foto) berkata, laporan media pada tahun 1999 menunjukkan kemungkinan wujud hubungan antara keluarga Dr Mahathir dengan Lingam.

Mohd Yunus kemudiannya mengedarkan kepada pemberita dua laporan media pada tahun 1999, yang melaporkan bahawa anak Dr Mahathir, Datuk Mirzan, telah menggunakan khidmat guaman Lingam untuk mewakilinya dalam dua kes saman fitnah.

“Dr Mahathir mempunyai ingatan yang terpilih...kita hadir di sini untuk mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak lupa dan beliau (juga) tidak boleh lupa," kata Mohd Yunus.

Di samping itu, kata Mohd Yunus lagi, rakyat Malaysia tidak lupa dakwaan rasuah, salahguna kuasa, tekanan terhadap hak asasi manusia dan mengekang kebebasan akhbar sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Pada 4 Januari lalu, kumpulan yang sama telah menghantar cenderahati simbolik berupa dua biji bantal kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya (foto).

Keterangan Dr M

Antara lain, suruhanjaya diraja itu menyiasat kebenaran kandungan klip video Lingam itu, yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai bukti wujudkan campurtangan dalam pelantikan hakim.

Bila ditanya oleh suruhanjaya tersebut semalam berhubung pelantikan hakim-hakim, Dr Mahathir menjawab beberapa kali bahawa beliau tidak ingat atau tidak tahu mengenai perkara-perkara tertentu.

Dr Mahathir juga berkata, beliau hanya mengenali Lingam selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada tahun 2003.

Kenyataan Dr Mahathir semalam juga merupakan kali pertama beliau memberi keterangan berhubung tindakan-tindakannya sewaktu menjadi perdana menteri, di mahkamah terbuka.

berita dipetik dari Malaysiakini.com

Surat terbuka buat Anwar, DAP, keADILan dan PAS

Tarikh : 17 Januari 2008

Kepada ;

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat

YB Tn Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Semalaysia

YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

YB Saudara Karpal Sigh
Presiden Parti Tindakan Demokratik (DAP)

SURAT TERBUKA ; MEMOHON MANDAT DITURUNKAN BERTEMU DENGAN MENANTU LELAKI PERDANA MENTERI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 12.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

Angin pilihanraya semakin terasa. Namun seperti biasa dalam pengamalan sistem demokrasi ala Malaysia kita cuma mampu meneka-neka bila tarikh pilihanraya dalam keadaan pemerintah (BN) sentiasa ketakutan menyembunyikan tarikh sebenar.

Pilihanraya kali ini dijangka akan menjadi pilihanraya terhebat dan paling kotor dalam sejarah negara. Ini kerana sokongan rakyat terhadap parti – parti alternative semakin meningkat dan protes terhadap kegagalan serta korupsi BN semakin membara.

Antara watak penting dalam percaturan BN ialah menantu Perdana Menteri sendiri iaitu Khairy Jamaluddin. Beliau dilaporkan merupakan jutawan muda paling berkuasa di Malaysia. Beliau dilaporkan menggunakan sepenuhnya kedudukan beliau sebagai orang paling hampir dengan PM untuk meraih keuntungan politik dan kewangan. Ini memburukkan keadaan negara dan lebih parah lagi PM iaitu bapa mertuanya merupakan PM yang paling lemah yang Malaysia pernah ada.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO ini dilaporkan bercita – cita menjadi PM paling muda Malaysia. Untuk itu beliau sudah pasti akan cuba mendaki tangga politik sepantas mungkin sementara bapa mertuanya masih bergelar PM dan Presiden UMNO.

Kelibat menantu PM ini amat tidak disenangi ramai , termasuk kalangan UMNO sendiri. Ia dilihat sebagai beban UMNO dan negara ini. Melalui kedudukanya juga ia cuba menonjolkan imej menjadi juara anak muda, namun sebenarnya ia silap. Anak Muda Malaysia tidak sebodoh dan tidak semuanya tamak seperti teman-teman muda sekelilingnya.

Khabar angin kuat yang di dengar dari teman – teman dalam UMNO bahawa melalui Pilihanraya kali ini menantu Perdana Menteri ini sedang membetulkan posisi peribadinya sendiri. Beliau dijangka turun bertanding pilihanraya untuk menduduki kerusi penting kerajaan.

Sehubungan dengan itu menginsafi masa depan negara ini, saya dengan rasa rendah hati menawarkan diri untuk diturun mewakili anak muda progresif Malaysia (atas lambang keADILan) di mana sahaja kerusi yang menantu PM ini diturunkan. Kenyakinan dan kediaan ini dibuat bukan untuk menunjuk sifat bongkak dan sombong tetapi ia melalui perkiraan teliti setelah bertemu ramai teman - teman. Malah tidak keterlaluan di sini dikatakan akuan sokongan juga wujud dikalangan teman dalam parti komponen BN dan Umno itu sendiri.

Beliau merupakan Ketua Pemuda Renbau, maka untuk merialisasikan cita cita besar politik secara logiknya sudah tentu beliau akan turun bertanding di Negeri Sembilan.

Kerusi P128 Seremban, kerusi bandar yang bersifat campuran mungkin menjadi medan sesuai untuk menantu Perdana Menteri ini menguji porpulariti dan keangkuhan kenyataan dan tindakanya selama ini.

Dan jika beliau tidak mempunyai keberanian untuk bertemu di kawasan Bandar dan campuran seperti Parlimen Seremban, saya juga bersedia mengikuti beliau ke mana – mana parlimen khususnya dalam Negeri Sembilan.

Salam Perjuangan.

sila klik sini untuk bacaan lanjut

Thursday, January 17, 2008

Upset with MB, Kirby workers walk out

This morning after discussing with the Negeri Sembilan Menteri Besar(Chief Minister), Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan for more than an hour, ten workers of Ladang Kirby walked out and refused to sit in when the Chief Minister was giving his press conference.

The meeting started just after 10.30am, with a number of tense moments. The Chief Minister (MB) refused to allow group spokesperson Comrade S.Arutchelvan to participate in the meeting. He was then escorted out by two police officers. The workers protested but went on to discuss under protest. The MB said that he has no power our Plantation Giant Sime Darby and offered the workers an option to buy Council Houses at Senawang. The workers instead put forward a demand of housing at the plantation and even asked for 5 acres of land. The MB said that he cannot invoke the Land Acquisition Act as the State cannot pay the Plantation owner at market rates.

The workers then, truly disappointed left the meeting room while the MB went to hold a Press Conference with the media and the Plantation owners. The National Union of Plantation Workers (NUPW) was present but remained silent while MIC State Exco also remained silent during the entire meeting. JERIT’s coordinator E.Parames was also refused to the meeting though her name has been submitted much earlier as a member of the delegation.

read more at PSM official site

Musim hantu - hantu keluar !!!

Please forward this to as many people as you can for their information.
BERSIH received a call from someone who tried to register as a voter at a post office but was told she was already registered in Kelantan.

Sharmila was born in Subang Jaya, went to school there and her MyKad states her Subang residential address, but these details appeared under her name.

Daerah Mengundi : Kg Wakaf Zain

DUN: Salor

Parlimen: Kubang Kerian

Malaysians, even if you are not registered as a voter, do check the EC website ( http://daftarj.spr.gov! .my) to see if a phantom is voting in your place. Please inform us at BERSIH (tel: 03-79806571; email: info@bersih.org) if you have come across similar problems.

read more also at Amin's Blog

Monday, January 07, 2008

MB Negri Sembilan makin terhimpit


Kebangkitan rakyat menolak BN makin dirasai di Negeri Sembilan. Selepas kegusaran melihat lawatan DSAI disambut lebih 1000 masyarakat India di Jeram Padang (Pekan Rompin) 28 Disember lepas. 5 Januari lepas pula menyaksikan lebih 300 pekerja Ladang Kirby berkumpul menyuarakan bantahan mereka di depan Pejabat Menteri Besar NS. sila klik untuk terus membaca.

MB NS mempunyai alasan untuk berasa cemas kerana menjelang pilihanraya ini kerusi beliau sendiri seolah tidak selamat memandangkan perubahan undi cina dan India yang berlaku secara mendadak. Malah beberapa masalah dalaman UMNO di Negeri Sembilan juga akan menyebabkan kedudukan beliau lebih tidak selamat.

klik baca mengenai memo pekerja ladang Katorina dan Kirby

PM mengantuk disorong bantal !!!

11.30pagi : memaklumkan kehadiran seperti yang telah dimaklumkan dalam surat kepada Pejabat PM sehari sebelum itu. Saya dipanggil masuk ke Pejabat Pengawal dan diminta menyerahkan Kad Pengenalan. Sementara butiran peribadi direkodkan saya diminta bercakap dengan Pegawai dari JPM melalui telefon. Pegawai tersebut tidak mahu turun kebawah dan mengambil 'memo'.Sementara di luar teman - teman (seramai kira kira 20 orang) yang mengiringi mula mempamerkan banner dan poster yang dibawa. Pada masa ini anggota Polis mula ramai dan anggota cawangan khas (SB) berlumba dengan wartawan mengambil gambar.11.50 pagi keluar dari Pejabat Pengawal terus mengadakan sidang Media. Antara soalan wartawan ialah apa isi kandung utama 'memo' anak muda kepada PM ? dan apakah harapan penganjur terhadap PM dan apa tindakan selepas ini ini jika PM tak balas 'memo' ? Saya menjawab "Kita tak harap PM jawab memo ini kerana sebelum ini pun berkilo2 memorandum dihantar tetapi PM buat pekak dan tak balas..."Wartawan, SB dan beberapa orang yang berada di kawasan sekitar terkejut malah ada yang tertawa apabila melihat 'memo' itu berupa hadiah berbentuk bantal kepala dan bantal peluk.
oleh kerana tiada Pegawai JPM yang 'berani' mengambil bantal tersebut bagi pihak PM maka ia diletakkan ditangga masuk. semakin ramai pegawai polis berkumpul, seolah panik dan tidak tahu mahu membuat apa dengan hadiah anak muda kepada PM itu.Mungkin terlalu panik lelaki berpakaian merah ini berlari masuk ke dalam Pejabat Pengawal dan keluar semula dengan alat pengesan BOM.semakin ramai anggota polis dan kenderaan Unit Pengesan Bom mula kelihatan tiba, digambar juga kelihatan dua anggota unit pengesan Bomhampir lebih 30 minit selepas kami beredar semua kelihatan panik dan tidak berani menyentuh hadiah istimewa buat PM itu. Mungkin bosan pengawal yang bertugas yang telah masuk kedalam pejabatnya keluar dan mengambil bantal serta mengutip poster yang dihadiahkan.

PUTRAJAYA 04 Jan 2008 – Kebiasaannya orangramai yang tidak berpuashati dengan pihak kerajaan akan menghantar delegasi mereka berserta dengan memorandum bantahan kepada pihak berkenaan tetapi hari ini sekumpulan 15 orang anak muda telah menghadiahkan sebiji bantal dan bantal pelok kepada orang nombor satu Malaysia – Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.


Ini yang terjadi pagi tadi di hadapan pintu masuk ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.


Kumpulan yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin secara simboliknya telah menghadiahkan sebiji bantal dan sebiji bantal pelok yang diletakkan di pintu masok JPM sebagai protes di atas ketidakcekapan PM dalam menangani segera masalah yang melibatkan kepentingan rakyat.


Katanya lagi parti-parti politik, NGO dan orangramai telah menghantar beratus-ratus pucuk memorandum berhubung degan pelbagai isu kepada PM tetapi dukacitanya PM tidak langsung mengambil sebarang tindakan untuk menangani isu-isu tersebut.

Tegasnya lagi PM bagaikan 'tidor' sepanjang masa dan seperti 'tidak tahu' apa yang sedang berlaku disekeliling.


Kumpulan tersebut turut disertai oleh kalangan anak muda yang bergiat dalam bidang seni, penulis dan bloggers serta aktivis sosial dan kemasyarakatan.


Selain dari bantal mereka juga telah membawa kain rentang yang berbunyi 'Harapan Terakhir Anak Muda kepada Perdana Menteri' " Teruslah Tidur Wahai P.M"


Kain rentang itu juga menunjukkan Dollah sedang tidor semasa menghadiri mesyuarat MT UMNO, Kabinet, OIC, mesyuarat APEC dan juga dalam persidangan Parlimen.


ditulis oleh ABDUL RAZAK BIN ISMAIL Koordinator, LABOUR RESOURCE CENTRE (LRC)

gambar dari ; Malaysiakini.com


p/s : cheGuBard telah mendapat berratus email, panggilan telefon dan sms memberikan perbagai respon mengenai 'event' tersebut. InsyaAllah esok akan jawab.







Thursday, January 03, 2008

Memorandum Sempena Tahun Baru ; Harapan Anak Muda kepada seorang PM

Kenyataan Media
Seketeriat Bertindak Anak Muda Malaysia
3 Januari 2008

Kebelakangan ini, ramai mula mempertikaikan keupayaan daya saing negara. Malah ini diperhebatkan lagi dengan tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat. Protes terang terangan atas perbagai alasan juga semakin kuat kedengaran dari menuntut demokrasi sehingga menuntut keadilan dan kesamarataan. Semua ini terkait rapat dengan kritikan bahawa kepimpinan negara yang lemah. Adakah itu benar ?

Sehubungan dengan itu sempena tahun baru 2008, beberapa kumpulan anak muda dan juga anak muda progresif atas nama individu telah secara serius bertemu dan membincangkan mengenai permasalahan yang dihadapi termasuk cabaran mendatang. Maka kami atas nama Seketeriat Bertindak Anak Muda Malaysia telah bersetuju untuk menghantar satu memorandum sempena tahun baru kepada Perdana Menteri Malaysia, untuk menunjukkan bahawa anak muda Malaysia juga serius memikirkan mengenai negara.

Memorandum yang bertajuk "Harapan Anak Muda kepada seorang PM" itu akan dihantar kepada PM pada 4 Januari 2008 (Jumaat) jam 11 pagi dihadapan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Setiausaha PM sudah pun dimaklumkan mengenai perkara ini.

Semua anak muda progresif dan pihak media dijemput untuk bersama menyaksikan penghantaran memorandum yang dijangka akan menjadi kejutan pembukaan tahun 2008 yang mana tahun ini akan menyaksikan penglibatan aktif anak muda Malaysia dari perbagai golongan dan latar belakang ke arah memacu negara.

sekian dan terima kasih