Thursday, January 03, 2008

Memorandum Sempena Tahun Baru ; Harapan Anak Muda kepada seorang PM

Kenyataan Media
Seketeriat Bertindak Anak Muda Malaysia
3 Januari 2008

Kebelakangan ini, ramai mula mempertikaikan keupayaan daya saing negara. Malah ini diperhebatkan lagi dengan tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat. Protes terang terangan atas perbagai alasan juga semakin kuat kedengaran dari menuntut demokrasi sehingga menuntut keadilan dan kesamarataan. Semua ini terkait rapat dengan kritikan bahawa kepimpinan negara yang lemah. Adakah itu benar ?

Sehubungan dengan itu sempena tahun baru 2008, beberapa kumpulan anak muda dan juga anak muda progresif atas nama individu telah secara serius bertemu dan membincangkan mengenai permasalahan yang dihadapi termasuk cabaran mendatang. Maka kami atas nama Seketeriat Bertindak Anak Muda Malaysia telah bersetuju untuk menghantar satu memorandum sempena tahun baru kepada Perdana Menteri Malaysia, untuk menunjukkan bahawa anak muda Malaysia juga serius memikirkan mengenai negara.

Memorandum yang bertajuk "Harapan Anak Muda kepada seorang PM" itu akan dihantar kepada PM pada 4 Januari 2008 (Jumaat) jam 11 pagi dihadapan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Setiausaha PM sudah pun dimaklumkan mengenai perkara ini.

Semua anak muda progresif dan pihak media dijemput untuk bersama menyaksikan penghantaran memorandum yang dijangka akan menjadi kejutan pembukaan tahun 2008 yang mana tahun ini akan menyaksikan penglibatan aktif anak muda Malaysia dari perbagai golongan dan latar belakang ke arah memacu negara.

sekian dan terima kasih

1 comment:

  1. Inilah semangat anak muda yg mahu kita dengar, ini tidak produk/kesan perlaksaanaan AUKU yg nyata membantutkan pemikiran2 para mahasiswa/anak muda..mmg ini yg kerajaan mahukan?? dan terbukti berjaya...The student only talking crap! crap! crap! that's only they knows...!!!! mereka hnaya bercakap tentang isu permaslahan kolej, permasalahan bas ke fakulti, permasaalah cinta buta di kampus, permasalash keluar masuk kampus, permasalahan hutang ptptn.....all that craps?????that why the world university rangking that Malay U's listed was downnnnnnn!!! down!!!! and down!!!!!inilah kesan perlaksanaan AUKU yg membantutkan pemikiran....


    mereka tidak mahu ambil tahu dan membincangkan tentang isu yg lebih besar dan mematangkan? berkenaan salah laku kepimpinan tertinggi, rasuah, kepentingan negara dan berbagai lagi faktor kesan yg akan terjadi...jika negara terus menerus berada dalam keadaan sekarang,

    mereka tidak mahu mencarik alternatif ntuk mendengar/cari berita2 lebih adil, hanya satu sumber iaitu televisyen RTM, TV3, Astro yg dikontrol kerajaan.....

    Pengakuan Skandal sex banyak mencalar kepmpinan peringkat tertinggi..seterusnya sedikit sebanyak Konsep Islam Hadhari menjadi satu persoalan yang sukar dijelaskan...Malam tahun baru dipaparkan di kaca TV dengan adegan produk2 terbaru keluaran Islam Hadhari menari-nari, muda-mudi di konsert penuh maksiat..inikah moral yg mahu dipertahankan oleh Iman Islam Hadhari???


    sila ke: http://apa-saje.blogspot.com/ untuk mendownload poster2 perang psikologi menjelang pilihanraya umum 2008!!!!!!!!


    http://apa-saje.blogspot.com/
    http://apa-saje.blogspot.com/
    http://apa-saje.blogspot.com/

    ReplyDelete