Thursday, January 24, 2008

BN tak malu perkuda

berikut ialah email yang singgah minggu lepas dalam mailbox chegubard@gmail.com.
................................................................................................................................................................
Assalamualaikum Chegu Bard,


Saya di sini ingin mendedahkan bukti pembabitan secara terang-terangan Majlis Perbandaran Subang Jaya dalam pilihanraya umum yang akan datang. Malam tadi (Malam 1 Muharram) saya selaku kakitangan sebuah syarikat utiliti telah diarahkan oleh boss saya untuk menghadiri satu mesyuarat untuk mendengar permasalahan masyarakat dalam Dun Kinrara.Mesyuarat dihadiri oleh YDP MPSJ Dato Adnan Md Ikhsan, Timbalan YDP, Adun Kinrara, YB Dr Kow,jawatankuasa penduduk mengikut zon agensi2 kerajaan dan syarikat utiliti seperti SYABAS, IWK dan TNB.Tujuan saya menghadiri mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan aduan dan maklumbalas dari penduduk mengenai perkhidmatan kami.

Apa yang menarik perhatian saya ialah ucapan aluan oleh Dato Adnan. Salah satu isi kandungan ucapannya dengan ceria menyatakan bahawa "Untuk pilihanraya umum yang akan datang semua balairaya dan dewan orang ramai di bawah pentadbiran MPSJ akan digunakan sebagai Bilik Gerakan Barisan Nasional". Tanpa rasa bersalah beliau membuat pengumuman tersebut sambil tersenyum lebar. Ucapannya ini disambut dengan tepuk sorak oleh ADUN dan wakil2 jawatankuasa pendudukyang menghadiri majlis tersebut.Mesyuarat menjadi seperti kempen pilihanraya dengan kehadiran beberapa kakitangan perempuan MPSJ yang memakai vest UMNO.

Saya tidak kisah sekiranya syarikat kami dilanyak bertubi2 oleh penduduk, ADUN dan MPSJ sendiri kerana memang dah jadi tanggungjawab kami untuk menerima segala aduan dan kritikan demi kesejahteraan penduduk.Tetapi apa yang terjadi malam tadi memang tak diduga,yang ada hanyalah 4 atau 5 aduan untuk syarikat utiliti, selebihnya ucapan ampu mengampu dan permintaan yang tidak masuk akal dari jawatankuasa penduduk kepada ADUN dan YDP MPSJ. Masa 3 jam yang diluangkan malam tadi (8PM - 11PM) bagi saya hanya berlalu kosong tanpa sebarang faedah.Badan letih,hati pun sakit.Lebih baik duduk di surau dan masjid menghadiri majlis sambutan maal hijrah.

Dalam ucapan akhir oleh ADUN sendiri pula merayu masyarakat memberikan sokongan kepada beliau dalam pilihanraya yang akan datang.Memang jelas Barisan Nasional gunakan semua harta dan agensi kerajaan untuk kepentingan politik mereka.Memang semua dibangunkan oleh kerajaan, tapi sumber duit tu sendiri datang daripada pembayar cukai,dalam ertikata lain, wang rakyat.

Regards
naim

No comments:

Post a Comment