Kenyataan Terbuka
BERAPA KOS LAWATAN DR.MAHATHIR KE LAHAD DATU DAN SIAPA BIAYA ?
Pada minggulepas semua media melaporkan lawatan Dr.Mahathir Mohammad ke Lahad Datu. Lawatan ini bukan sahaja mendapat liputan meluas media dan blogger pro Umno tetapi turut memperkecilkan pemimpin politik lain khususnya Pakatan Rakyat dan NGO yang kononya tidak berani ke Lahad Datu.
Untuk pengetahuan semua SAMM antara NGO pertama yang hadir ke Lahad Datu seawal 9 Mac 2013. Kami mahu hadir lebih awal dari itu, namun email kami kepada pihak berkuasa seperti Bukit Aman tidak berbalas. Namun dengan perbelanjaan sendiri SAMM telah membuat keputusan menghantar delegasi ke Felda Sahabat terdiri dari SAMM dari semenanjung dan SAMM Sabah dan diketuai oleh che'GuBard sendiri.
sila klik sini untuk membacalanjut mengenai nota sokongan SAMM kepada anggota keselamatan.
Nota sokongan SAMM kepada anggota keselamatan |
Kami diminta menanti sebentar, sementara pegawai polis tersebut membawa pesanan kepada pegawai lebih atas, tidak lama selepas itu kami diminta keluar dari pusat media dan hanya dibenarkan berada di laluan masuk sahaja. Atas alasan keselamatan sedangkan beberapa orang yang berpakaian logo Bn sibuk keluar masuk. Ketua Polis Negara kelihatan keluar tergesa - gesa sebaik sahaja bertentang mata terus tunduk dan buat seperti tidak nampak. Namun che'GuBard dan teman - teman terus sabar menunggu dan sambil itu tidak menafikan ada ramai pegawai yang bertugas tetap datang menyapa mesra walaupun yang lain seperti takut dengan kehadiran kami.
Kemudian seorang pegawai berbaju biasa yang memperkenalkan diri sebagai ACP Rashid mewakili Perhubungan Awam Bukit Aman datang dan bersetuju menerima nota sokongan, seperti mahu berlari dia menerima dan berjalan pantas masuk semula. Ada maklumat juga wartawan yang hadir ada yang diminta jangan melaporkan mengenai kehadiran SAMM (yang mereka katakan pembangkang) ke Felda Sahabat.
Selepas itu kami beredar dan terus ke pusat pemindahan dan bertemu dengan beberapa saksi kejadian. Sambil makan tengahari sempat juga kami berbual dengan beberapa anggota polis yang berasal dari Semenajung.
Begitulah kerana beda politik kami dinafikan hak termasuk untuk menyatakan penghargaan kepada pasukan keselematan negara, namun che'GuBard meminta semua teman SAMM yang terlibat tenang kerana percaya semua ketakutan kerana tekanan politik bila melihat kehadiran SAMM. Kami tidak langsung menyebut perkara ini hinggalah apabila beberapa media pro Umno seolah membanggakan lawatan Dr. Mahathir sehingga memperkecilkan pemimpin politik dan NGO lain.
Apa kelayakan Mahathir naik helikopter tentera, mendapat kawalan keselamatan dan berapa semua perbelanjaan ? Kawalan ketat menyebabkan ramai anggota keselamatan terganggu rutin operasi. |
Persoalanya lawatan Dr. Mahathir ini mengapa disambut sebegitu, apa kelayakan dia menaiki helikopter tentera, tersedia jamuan makan khas untuknya, kawalan yang begitu hebat ? Berapa semua perbelanjaan bersangkutan lawatan Dr. Mahathir ke sana dan atas biaya siapa ?
Adakah Dr.Mahathir ingat dengan lawatanya ke Lahad Datu boleh membasuh dosanya menggadaikan kedaulatan dengan memberikan kad pengenalan mudah kepada warga asing untuk kemenangan politik Bn ? Projek Kad Pengenalan Dr.M lah yang menjadi punca utama kebocoran keselamatan di sempadan negara. Dr. Mahathir ialah antara pengkhianat yang menjadi punca kejadian Lahad Datu.
lawatan ke medan perang ? siap ada jamuan ? berapa kos jamuan dan siapa biaya ? |
Kad pengenalan diberikan atas dasar bersetuju mengundi Bn bukan atas dasar kesetiaan pada negara. Ramai yang punya kad warga negara dua negara contohnya mereka memegang kad pengenalan Malaysia tetapi masih menjadi warga Filipina dan ada kad pengenalan Filipina.
siap memberikan ucapan politik membersihkan imejnya |
Malah ketika dalam program 'Mahkamah Rakyat : Siapa dalang sebenar Lahad Datu' Hasnar menyebut dengan jelas dia bukan sahaja terlibat kes pemberian Kad Pengenalan tetapi dia juga dibawah arahan Dr.Mahathir terlibat mengumpul pendatang asing membuat kekecohan rusuhan pada 1986 di Sabah.
sila klik sini untuk membaca lanjut mengenai mahkamah rakyat.
Kesimpulanya Dr.Mahathir mungkin fikirkan dengan lawatan dia ke Lahad Datu yang penuh kawalan keselamatan dan sambutan mewah boleh mencuci dosa silamnya, namun ia menimbulkan persoalan baru iaitu wajib ada pihak yang tampil untuk menjelaskan kos lawatan Dr.Mahathir ? dan sesungguhnya lawatanya telah memperkukuhkan ingatan rakyat terhadap dosanya dan dialah antara punca trajedi Lahad Datu.
Sekian
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
No comments:
Post a Comment