ACP Rashid dari Ibu Pejabat PDRM menerima Nota Penghargaan |
Kenyataan Media
9 Mac 2013
NOTA PENGHARGAAN BUAT ANGGOTA KESELAMATAN DI PERBATASAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah ormas anak muda dalam rangka lawatan kerja ke Sabah bagi menyelaraskan gerak kerja (pecutan akhir) anak muda dalam menghadapi pusingan penting sebelum PRU ke 13.
9 Mac 2013
NOTA PENGHARGAAN BUAT ANGGOTA KESELAMATAN DI PERBATASAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah ormas anak muda dalam rangka lawatan kerja ke Sabah bagi menyelaraskan gerak kerja (pecutan akhir) anak muda dalam menghadapi pusingan penting sebelum PRU ke 13.
Siri lawatan kerja
SAMM ke Sabah (8 -10 Mac 2013) kali ini menyaksikan tinjauan 'zon
konflik' seperti Lahad Datu, Sempoerna dan kawasan sekitar sebagai
antara agenda utama.
Hari ini che’GuBard dan delegasi SAMM Kebangsaan bersama teman penggerak
SAMM Sabah berada di Lahad Datu untuk menghantar nota sokongan dan
penghargaan terhadap anggota keselamatan khususnya PDRM dan ATM yang
bertungkus lumus dan menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan
negara. Nota sokongan penghargaan tersebut telah diterima oleh ACP
Rashid sebagai wakil pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu dan
sekitar.
Bagi SAMM kita mungkin boleh berbeza pandangan tetapi ia adalah pertembungan politik domestik demi mencari jalan dan pendekatan terbaik untuk menyelamatkan negara. Namun dalam isu keselamatan dan kedaulatan tidak ada kompromi sama sekali dan semua usaha ke arah itu (sokongan) adalah wajib didokong oleh semua pihak.
Lawatan SAMM ini juga menyampaikan sedikit bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya mereka yang terjejas dengan krisis atau trajedi yang berlaku. Tujuan lawatan ini juga untuk bersama penggerak anak muda setempat membincangkan keperluan, tindakan dan sumbangan khususnya ketika krisis dan fasa ‘post crisis’.
Kejadian di Sabah ini seharusnya dijadikan pengajaran berguna. SAMM berpendirian kita juga punya faktor penarik krisis ini kerana beberapa kelemahan khususnya dalam isu pemberian warganegara secara mudah.
Banyak persoalan timbul, antaranya ialah ;
1. Bagaimana sejumlah besar penceroboh boleh membolosi sempadan negara ?
2. Adakah pasukan keselamatan kita telah diberikan arahan dan matlamat tugasan yang jelas semasa menjalankan operasi sejak awal ?
3. Adakah pasukan keselamatan kita diberikan kelengkapan yang mereka perlukan untuk mempertahankan sempadan dan diri mereka ? Adakah perlatan yang dibekalkan berfungsi dengan baik ?
4. Adakah peristiwa ini kerana kegagalan risikan keselamatan ? Adakah ini kesan daripada jumlah anggota yang terhad dan beban tugas yang tinggi telah tertumpu kepada kerja risikan untuk kepentingan politik domestik pihak tertentu hingga tumpuan kepada risikan keselamatan negara terjejas ?
5. Mengapa anasir bersenjata ini sejak dari awal tidak dianggap sebagai ancaman besar sehingga membiarkan ia berlarutan hingga tiga minggu sebelum bertindak dan adakah kerajaan telah tersalah anggar ancaman dari awal ?
Menginsafi ini bukan masa sesuai menuding jari, SAMM menyeru semua pihak agar mampu membuang ego politik domestik agar duduk semeja bagi membincangkan perkara ini. Hentikan menunggang isu ini untuk kepentingan politik kepartian semata – mata.
SAMM berpendirian badan perundangan tertinggi negara, Parlimen Malaysia harus bersidang membincangkan isu ini dan mencari jalan keluar. Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim harus kembali ke meja persidangan demi negara.
Persidangan khas parlimen ini juga akan menjadi panduan arah tuju yang
betul kepada semua rakyat dalam mendepani isu ini. Sidang khas ini
sesuai dengan semangat dalam negara demokrasi konsep pertanggungjawaban
institusi negara terhadap kabinet harus kepada institusi tertinggi iaitu
parlimen.
Kepada anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban SAMM merakamkan takziah dan berbanggalah kamu punya anggota keluarga yang berani di barisan depan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Rakyat diseru menghargai pengorbanan mereka.
Kepada semua keluarga besar pasukan keselamatan negara, kamu perajurit tanah air berjuanglah segala dokongan dan doa kami buat kalian.
Salam tabik hormat.
Sekian.
che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Kepada anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban SAMM merakamkan takziah dan berbanggalah kamu punya anggota keluarga yang berani di barisan depan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Rakyat diseru menghargai pengorbanan mereka.
Kepada semua keluarga besar pasukan keselamatan negara, kamu perajurit tanah air berjuanglah segala dokongan dan doa kami buat kalian.
Salam tabik hormat.
Sekian.
che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Bobby Lewat
Penyelaras SAMM Sabah
No comments:
Post a Comment