Friday, March 08, 2013

Berapa banyak lagi nak beralah... ?!

Ini semua kerja syaitan yang bertopeng !

che'GuBard sudah banyak kali beralah demi perjuangan dan kemenangan PR. Berundur banyak meredah duri, memijak kaca sambil tersenyum.

Walau apa pun mereka mahu melihat semangat muda duduk terlentang pasti mereka kecewa.

che'GuBard terus meredah bersama adik beradik SAMM menyusun gerakan. Kami tak pernah kecil hati walaupun ada yang tubuh konon NGO 'nombor dan warna' dan istihar dalam mesyuarat bahawa mereka bertindak atas arahan Anwar Ibrahim untuk 'shadow' atau menyekat SAMM.

Kami terus buat kerja, kami mulakan bersama jelajah itu bila susah dan dalam keadaan cukup payah. namun bila sedikit mewah punya kenderaan besar satu panggilan telefon pun tidak diberi tahu - tahu kenderaan gah itu dibaling di Kota Bharu, ramai bertanya mana SAMM, bukankah ketika awal SAMM bersama tidak ada apa berlaku. Kami pernah membuat larian Kelantan ke Kajang hanya untuk memastikan semuanya selamat. Bila ditanya adik beradik diingatkan senyum !

Ada pula membawa cerita konon SAMM kaya raya bila bersama jelajah itu, tetapi kami cuma tersenyum dan apabila kami disingkirkan mengapa yang mendengki tidak mendampingnya.

SAMM ya kami anak jalanan bodoh dan susah tetapi kami memegang pepatah tua N.Sembilan "datang nampak depan, pergi nampak belakang" kami hadir mahu sama menumbang regim. Adakah salah kami berjuang tidak berpaksi individu, tidak menjilat dan tidak memuja tak tentu hala.

Politik haram jadah ini pernah mengundang PDRM ambil kesempatan merampas komputer sehingga menyebabkan seorang adik beradik SAMM terjejas pendapatan hanya kerana mereka berseronok mencipta akaun twitter palsu, itupun che'GuBard sabar.

SAMM terus menongkah arus kami lakukan segala terdaya. Kami ditekan di dua buah negeri anak muda bakal calon yang mahu bersama diugut menjauh agar tidak tercicir nama.

Terbaru seorang anak muda dipanggil seorang nama hebat hanya untuk memperjelas hubungan dengan che'GuBard dan SAMM jika mahu nama terus tersenarai.

Ini semua politik haram jadah !

Teruslah menjual buku, menjaja barang dari China untuk menghidupkan gerakan anak muda kerana che'GuBard percaya revolusi bermula dari panas terik mentari bukan sejuk pendingin hawa.

Bila che'GuBard marah hangpa kata yang sudah tu sudah, tapi politik haram jadah hangpa bila nak sudah !!!

Ya, Allah teguhkan hati ini, sejukkan hati ini, sabarkan hati ini............. tetapi ketahuilah kesabaran ada hadnya.

4 comments:

  1. Anonymous9:42 AM

    Orang2 pkr ni chegu bnyk sgt yg haramjadah abbey tu allah xbantu utk seng meng prangai bangsat terlalu bnyk.. Tapi apa nk kata pkr Kan serpihan umno jadi mana2 insan yg mcm chegu ni yg ada dlm keadilan memg akn mengancam mereka...

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:18 AM

    ni mesti azmin ni.....

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:45 AM

    Pemikiran mereka masih umno...sabar che'GuBard...Mereka akan menerima balasan atas tipu daya mereka sendiri...

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:39 AM

    Bro,

    Aku kenal Bard ni dari tahun 1999 lagi aku walaupun tak berapa ngam dgn dia tapi akutahu perjuangan diamacam mana. ko sanggup ke berhenti kerja demi perjuangan? aku tak sanggup tapi Bard sanggup.... Aku rasa dari komembangsatkan orang yg beno2 nya ko tu yang bangsat. Memang PKR serpihan UMNO.. utk pengetahuan kaumunafik aku kalau masuk Umno balik, lagi pun UMNO dah nak ghuyub dah tak ada siapa pun teringin kecuali org banggangmacam ko

    ReplyDelete