Tuesday, March 05, 2013

Lawatan kerja SAMM ke Sabah, Lahad Datu masuk dalam agenda

Kenyataan Umum

5 Mac 2013


Lawatan Kerja ke Sabah, Lahad Datu masuk dalam agenda

Sejak diwujudkan secara rasmi 15 Disember 2012 yang lalu, SAMM Sabah terus memacu melangkah menyusun massa muda ke arah perubahan. Sabah 'tanah' yang subur bagi menyususn anak muda anarkis radikal politik untuk mengasak perjuangan mendesak perubahan.

8 - 10 Mac ini SAMM akan mengadakan lawatan kerja ke Sabah. 4 program umum dan 5 acara tertutup disusun sepanjang berada di sana.

Dalam jadual lawatan kerja tersebut Deligasi SAMM akan bersama komrad SAMM Sabah yang diketuai oleh Boby Lewat akan turut melawat Lahad Datu untuk berjumpa aktivis muda di sana. Kunjungan ke Lahad Datu juga bertujuan untuk berkunjung ke Bilik Operasi 'Ops. Sulu' untuk menghantar nota sokongan bagi prajurit negara yang bertungkus lumus dan menanggung risiko memastikan keselamatan dan kedaulatan negara. SAMM juga akan menyumbangkan bahan - bahan makanan ringan bagi anggota - anggota yang kebanyakan bertugas 24jam.
~ Yang kita lawan adalah isu politik domestik ke arah penambahbaikan pengurusan negara demi menyelamatkan masa depan anak cucu kita! Negara Malaysia tetap akan kita pertahankan & tindakan keselamatan yang menjurus kearah itu, kita akan beri sokongan sepenuhnya ~
SAMM juga akan berkunjung ke beberapa rumah penduduk yang susah untuk menyampaikan bantuan, Lahad Datu sememangnya kawasan dimana ramai yang terpinggir. Pertemuan tertutup anak muda di sana juga akan diadakan khususnya bagi membincangkan peranan anak muda pasca tempoh krisis.

Selain Lahad Datu lawatan kerja tersebut juga meliputi kawasan Kota Kinabalu, Papar, Silam, Pantai Manis,  Penampang dan kawasan sekitar. SAMM di Sabah bekerja rapat dengan APS sebagai rakan strategik.

SAMM mengalukan sesiapa yang ingin menyumbang dalam program kebajikan SAMM dalam siri lawatan kali ini.

Sekian dan terima kasih.


che'GuBard
Penyalaras SAMM Kebangsaan.

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

1 comment:

  1. Anonymous11:06 PM

    tahniah ...... kalaulah ini sosok ketua amk atau ketua dewan pemuda pasti Bn tak tidur malam... tapi...

    ReplyDelete