Thursday, October 18, 2012

Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan



http://www.jkr.gov.my/tender/index.php
Semakan di laman web JKR menunjukkan setakat 13 September 2012 tender kerja-kerja bangunan hospital Rembau masih belum dikeluarkan. Yang ada hanyalah kerja-kerja tanah. Sedangkan laporan akhbar pada 7 Mac 2008, Mohamad Hasan berkata hospital Rembau akan dibina pada tahun tersebut (2008). Juga laporan akhbar 29 Mac 2012 Menteri Kesihatan berkata tender kerja bangunan akan dibuka pada hujung Mei 2012.
JANJI DITEPATI
HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK REMBAU
7 MAC 2008
Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah..
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012
Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini,".
PEMBINAAN HOSPITAL REMBAU BERMULA APRIL INI
25 JAN 2012
Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong. Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
TANAH HOSPITAL REMBAU RM22 SEKAKI
15 MAC 2012
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012
Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.

No comments:

Post a Comment