Friday, October 05, 2012

Bolehkah dipercayai sistem AES jika JPJ bercanggah dengan Menteri

Kenyataan Umum
5 Oktober 2012

AES terus tidak dipercayai, angka saman Menteri dan JPJ pun bercanggah






Sejak dari awal sistem saman yang diswastakan yang dikenali sebagai AES diragukan dari perbagai segi. Syarikat yang dilantik sebagai operator sudah pasti mengejar jumlah saman yang tinggi untuk memperoleh komisyen yang tinggi kerana jumlah komisyen dan nilai peratusan meningkat berdasarkan jumlah saman yang dikutip. Saman sudah jadi bahan perdagangan yang mengkayakan 'kroni' yang memperolehi hak mengendalikan saman tersebut.

Terbaru ialah merujuk kepada satu 'posting' yang dibuat oleh page Facebook Kempen Anti Saman Ekor (KASE) di wall, Facebook nya dengan jelas memamarpakn percanggahan kenyataan Pengarah JPJ melalui keratan akhbar dan jawapan menteri kepada pertanyaan Ahli Parlimen Tanah Merah melalui jawapan bertulis mengenai jumlah imej kesalahan yang dirakam.

Ketua Pengarah JPJ nyatakan sebanyak 2,952 imej dirakam pada 23 & 24 September 2012 dalam taklimat khas kepada media selama hampir dua jam tetapi Kementerian Pengangkutan dalam jawapan kpd YB Tanah Merah di Dewan Rakyat maklumkan sebanyak 3,344 imej dirakam pada tempoh yg sama iaitu pada 23 & 24 September 2012. Kita percaya dan yakin kesemua nombor ini dibekalkan oleh syarikat pengendali sistem saman ini. Bayangkan dalam dalam memberikan angka ini sahaja sudah bercanggah bagaimana kita boleh mempercayai sistem AES ini. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) amat bersetuju dan bersama dengan KASE dalam perkara ini.

SAMM mendesak supaya ada ahli parlimen yang bangkit bertanyakan soalan ini di parlimen. Ada dua kemungkinan sama ada Menteri berbohong atau syarikat tersebut membekalkan maklumat salah kepada menteri. Jika menteri berbohong maka tindakan serius harus diambil dalam kerangka disiplin dewan dan jika syarikat tersebut bohong atau salah maka sistem AES perlu dihentikan segera kerana jutaan pemandu diluar sana akan terinaya.

SAMM juga mulai hari ini akan menyiarkan semula maklumat kedudukan kamera AES yang diperolehi dari peguam KASE sebuah jawatankuasa menangani isu saman ekor yang dipengerusikan oleh YB Datuk Mahfuz Omar. Maklumat lanjut boleh dilayari di http://www.anakmudamalaysia.com

klik sini untuk lokasi kamera AES

Sebuah motor polis RM20,000 ?

Dalam kesempatan ini juga SAMM ingin membangkitkan satu perkara berkenaan pembentangan bajet oleh Perdana Menteri. Kelihatan satu usaha serius dalam memperkasa organisasi PDRM apabila satu peruntukan besar diperuntukan. Ini sesuatu yang baik namun seperti biasa baik dipermukaan tetapi rasuah dan penyelewengan terselindung di dalam.

Didalam belanjawan disebut dengan jelas regim akan menubuhkan unit bermotorsikal meronda kawasan perubahan. Untuk itu regim mengumumkan akan menyediakan 1,000 unit motorsikal dengan memperuntukan RM20 juta. Ini membawa maksud sebuah motorsikal berharga RM 20,000. Bayangkan keadaan jenayah makin meruncing, setiaphari pasti ada kes jenayah seperti bunuh berlaku, namun atas kesengsaraan rakyat regim terus membuat untung dengan membeli motorsikal RM20,000 sebuah. Siapakah jutawan yang akan kaya dari hasil tersebut dan menteri mana yang akan meraih keuntungan dengan korporat terbabit pasti akan tampil membantu jentera pilihanrayanya.

Sekali lagi diharap ada ahli parlimen yang berani membangkitkan perkara ini dalam perbahasan dan rakyat membuka mata. Tolak saja regim zalim yang menggunakan derita rakyat untuk membuat untung. Kemalangan jalanraya diguna membuat untung menswastakan sistem saman hingga syarikat swasta untung berjuta setahun, kes jenayah berleluasa digunakan untuk meraih komisyen membeli motor polis.

Sekian.













Mohd Yaser Sheikh Abdul Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan

1 comment:

  1. Anonymous2:14 PM

    What's up to ɑll, the contеnts existing at this web pawge are genuinely awesome for people expeгience,
    well, kkeep up the good wkrk fellows.

    Feel free to surf to my homepage ::kitchen remodel north bay area california maps

    ReplyDelete