Monday, October 29, 2012

Pembelaan AES oleh MP Kota Belud menyerlahkan sikap mengampu tanpa mengkaji

Kenyataan Umum SAMM

29 Oktober 2012

Merujuk kepada laporan Sinar Harian (klik sini) bertarikh 27 Oktober 2012 yang menyiarkan komen Ahli parlimen Kota Belud YB Datuk Abdul Rahman Dahlan membela pelaksanaan AES.

Setelah meneliti laporan berita tersebut jelas Rahman Dahlan sendiri tidak memahami AES. Menurutnya pelaksanaan AES dapat elak polis amal rasuah kerana menurutnya operasi saman perangkap laju tidak wujud polis duduk dalam semak samun dan polis juga dapat elak potensi menerima rasuah.

Dia juga mengatakan AES dapat mengurangkan kemalangan kerana sistem berteknologi tinggi ini ditempatkan di kawasan risiko tinggi kemalangan. Malah Rahman dalam kenyataannya cuba memusing fakta dengan mengatakan penolakan terhadap AES merupakan pembelaan terhadap persalah trafik.

Ini satu hujah dangkal oleh ahli parlimen Bn.

Mudah untuk mematahkan hujah Rahman Dahlan ini.

  1. Rahman Dahlan jelas punya tanggapan negatif terhadap anggota polis pangkat biasa yang terlibat operasi di jalanraya dengan mengatakan merekalah punca indeks persepsi rasuah khususnya dikalangan polis meningkat. Tahu atau tidak kamu polis berpangkat rendah ini antara yang paling kurang rasuah dan korupsi tetapi pegawai atasan polis yang melindungi kegiatan jenayah besarlah yang mencorak kuat perspsi indeks rasuah terhadap pasukan polis.
  2. Mungkin terlalu ghairah nak mengampu lupa mengkaji. AES ini bukan dibawah PDRM khususnya Trafik. AES sistem dibawah kawalan JPJ. Walaupun AES wujud trafik akan terus membuat operasi, memasang kamera perangkap laju seperti biasa kerana AES dibawah JPJ bukan Trafik.
  3. AES berteknologi tinggi ? Sejak dari awal kecekapan AES ini dipertikaikan,  Jelas sistem ini lemah dan penyelarasan berada pada tahap minima. Bayangkan syarikat boleh membekalkan maklumat berbeza mengenai imej kesalahan yang dirakam. Ketua Pengarah JPJ nyatakan sebanyak 2,952 imej dirakam pada 23 & 24 September 2012 dalam taklimat khas kepada media selama hampir dua jam tetapi Kementerian Pengangkutan dalam jawapan kpd YB Tanah Merah di Dewan Rakyat maklumkan sebanyak 3,344 imej dirakam pada tempoh yg sama iaitu pada 23 & 24 September 2012. (percanggahan angka imej kesalahan dirakam Menteri tipu atau ditipu klik untuk baca lanjut. Maklum balas dan sumber dalaman pula mengatakan bahawa sistem pengesanan kamera AES ini pula terdapat kelemahan dari segi membezakan beberapa nombor yang keluhatan hampir sama. Ini akan lebih merumitkan. Berapa banyak pemandu tidak bersalah akan mendapat surat saman, mungkin selepas itu ada ruang untuk membantah dan menyatakan alibi bukan ditempat kejadian kesalahan dirakam tetapi ia tetap akan menyusahkan pemandu yang tidak bersalah.
  4.  Hujah AES mampu mengurangkan kemalangan juga mengarut berdasarkan lokasi kamera AES itu ditempatkan. Secara kasar melalui pemerhatian  SAMM hampir 40 % kamera AES diletakkan dijalan jalan berhad laju 60 atau 80 km/j. Bukan di lokasi yang sering terjadi kemalangan. Ini satu tindakan mengarut dan sengaja mencari untung dengan memperbanyakkan saman. malah beberapa sumber menyatakan kemalangan hampir berlaku kerana 'kilat' cahaya kamera AES yang tiba-tiba memancar kuat cukup menyilaukan.
  5. Mendesak AES dihentikan bukan membela pesalah trafik tetapi ia adalah usaha untuk mengelakkan kroni tertentu terus kaya memunggah kekayaan dengan menyusahkan rakyat terbanyak. 
  6. AES bukanlah satu idea baru tetapi idea lama yang ternyata gagal. Melalui Carian SAMM satu keratan Utusan Malaysia Ogos 2007 telah membuktikan bahawa ketika itu lagi sistem seumpama AES sudah dibangkitkan tetapi ditolak kerana ia satu sistem yang gagal menangani kemalangan jalanraya.(klik sini untuk membaca lanjutkeratan Utusan tersebut)
  7.  Kemalangan jalan raya tidak boleh ditangani dengan hanya sistem kamera AES tetapi ia perlu perlibatan semua. Contohnya kerana tidak ada gaji minima munasabah pemandu Bas atau kenderaan kormersial akan cuba mengejar masa untuk membuat sebanyak mungkin trip bagi menampung kehidupan kerana itu keletihan mereka mungkin boleh merisikokan nyawa ramai. Berapa ramai pula pesalah jalan raya yang dilindungi kerana rasuah masih berleluasa, kenderaan yang tidak sepatut berada dijalanraya terus boleh digunakan kerana rasuah juga. Itu belum lagi keadaan jalanraya yang tidak baik seperti berapa banyak kenderaan mengalami kemalangan di lebuhraya kerana lopak air bertakung, jika di negara yang kesedaran hak rakyat tinggi mungkin sudah beribu saman kepada pengendali lebuhraya kerana pengguna membayar tol tetapi lebuhraya berlopak air sehingga akibat kemalangan.
 Sekalilagi SAMM menegaskan AES perlu dihentikan segera. Jika regim ini terus berkeras untuk melaksanakan sistem yang jelas akan memangsakan dan mengainaya pemandu ini maka semua pemandu Malaysia diseru menggunakan undi anda untuk menghukum rejim yang tidak mahu mendengar suara rakyat ini. Jika rakyat bosan maka tidak boleh disalahkan mereka nanti jika ada pemandu yang akan mula merosakkan kamera AES di tepi jalanraya seperti menyembur cat di muka kamera tersebut.
Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

1 comment:

  1. Anonymous10:58 PM

    kadangkala belaku kekeliruan bila mana tidak terdapat papan tanda kadar had laju di sesuatu kawasan jalan raya yang diletakkan kemera AES tersebut... mungkin had laju di kawasan tersebut 50km/j atau 60km/j..dan pemandu memandu 80km/j, sudah tentu pemandu kereta tersebut disaman.. Yeah!! nampak kan permainan die? haha..
    Adakah wajar, utk rakyat diMalaysia yg demokrasi ini untuk memandu dgn had laju 40km/j ke 50km/j shj sebagai langkah berhati-hati? untuk jalan raya yang tiada lorong memotong, boleh menyebabkan kemarahan utk pemandu kenderaan yang berada diblakang kenderaan yg bergerak mcm siput itu...
    Mungkin, pemandu2 yg selalu mengunakan jalan berkenaan boleh dikenakan saman berulang kali...
    Sememangnya tragis...
    Saya menulis perkara ini, oleh kerana pengalaman dikenakan saman berulang kali oleh kemera perangkap had laju sebelum ini... caranya tetap sama... dan ramai rakan2 yg mengalami perkara ini...
    Yahh...! tahun lepas baru shj menglangsaikan saman2 yg beribu2... saman yang tibe2 wujud, dr tahun berkenaan, juga 2,3,4 tahun sblm nye..tiba2 wujud slps belanjawan 2012..haha.. diskaun 50% konon nye... yahh!!
    apa tujuan nyaaaa...?
    saya sokong, AES perlu dihentikan segera!!!
    TolongLah..saya ni bukan org kaya...

    ReplyDelete