Wednesday, August 03, 2011

Kroni Imelda Rosmah beli rumah mewah di US ?

Jho Low beli kondo mewah, berdekatan dengan 'jeweller' kesukaan Rosmah

Ingatkah anda dengan Jho Low? Selain Paris Hilton, Jho Low juga rapat dengan Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri Najib Razak. Ahli perniagaan berusia 29 tahun dari Pulau Pinang itu didakwa baru baru ini telah membeli sebuah kondominium serba mewah di New York dengan harga yang sangat tinggi dan mengundang rasa ingin tahu di kalangan ejen ejen hartanah di sana.

Kebetulan pula, kondo mewah yang dibeli itu terletak cuma 10 minit berjalan kaki daripada tukang emas kesukaan Rosmah, Jacob&Co, di mana Rosmah didakwa membeli sebentuk cincin ‘ cushion-cut’ bernilai RM24.4 juta (AS$8 juta )

Dan dalam kes Rosmah yang tidak begitu gemar bersenam dan suka dibawa dengan kereta, Jacob&Co yang terletak di 48, East 57th Street itu cuma 3 minit jauhnya dengan kereta limousine mewah.

Hubungan perniagaan

Jho juga mempunyai hubungan samada secara langsung atau tidak langsung,dengan beberapa pelaburan pelaburan penting dan entity-entiti kewangan.

Ini termasuklah projek kebanggaan Najib, 1Malaysia Developent Berhad berjumlah RM15 billion, Terengganu Investment Authority yang bernilai RM10 billion, UBG yang merupakan bekas cabang perbankan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, dan firma minyak Timur Tengah PetroSaudi.

Ini bukan artikel untuk membongkar segala ‘kekotoran’ dalam urusan-urusan perniagaan tersebut. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata 1MDB cumalah dalang politik Najib untuk menaikkan Taib dan kroninya.

Beberapa sumber dari industri kewangan berkata kertas kerja yang kompleks yang mengelilingi firma firma ini pasti akan memberikan cara yang ideal untuk menyalurkan ‘wang haram’ melalui rangkaian ini.

Entiti yang mana

Berbalik kepada cerita yang asal. Beberapa hari yang lalu, New York Post melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia yang suka berparti dan dikenali sebagai seorang yang membelanjakan wang seperti wang Monopoly itu telah membayar AS$31 juta untuk sebuah ‘penthouse’ mewah di Time Warner Centre – amaun yang paling tinggi yang pernah dibayar di penempatan mewah itu.

Sebuah perbadanan yang dikaitkan dengan Taek Jho Low - yang pernah bergaul rapat dengan Lindsay Lohan, Megan Fox dan Paris Hilton- membeli kondominium mewah itu kira-kira dua minggu lalu, sumber memberitahu NY Post.

Sumber-sumber yang terlibat dalam urusniaga New York itu juga mengesahkan bahawa nama Low dikaitkan dengan entiti yang membeli kondominium mewah itu. Seorang jurucakap bagi Low tidak membalas panggilan apabila dihubungi untuk pengesahan.

Jadi, entiti apakah ini? Sehingga Jho sendiri memberitahu kita atau menunjukkan rekod-rekod harta yang rasmi, tiada siapa yang akan tahu. Walau bagaimanapun, ia mungkin menjadi sebuah entiti yang berada di dalam kumpulan firma yang paling dikaitkan dengan Jho.

Berharga lebih daripada AS$ 6,400 kaki persegi, rakyat New York masih tidak dapat mempercayai pada harga yang dibayar untuk kondominium itu. Ia adalah yang paling termahal yang pernah dibayar untuk sebuah unit di 25 Columbus Circle. Unit yang berkenaan juga mempunyai latar belakang yang hebat – penyanyi megastar Jay-Z pernah tinggal di situ.

NY Post melaporkan bahawa " sekumpulan wanita Asia yang jelita diikuti oleh lelaki lelaki berpakaian sut" melawat kondominium mewah itu yang terletak di tingakt 76 beberapa kali semasa rundingan itu berjalan.Low sendiri melawat harta itu dua tahun lalu, apabila ia mula-mula diletakkan di pasaran untuk dijual.

Kondo sebesar 4825 kaki persegi yang dimiliki oleh Todd Wagner, yang megasaskan Broadcast.com dengan pemilik Dallas Mavericks Mark Cuban. Wagner membeli kondo itu untuk AS$ 27 juta pada tahun 2007 daripada pelabur hartanah Michael Hirtenstein, yang telah menyewa apartmen it kepada Jay-Z.

Kecenderungan berbelanja

Ini bukan kali pertama Low membeli harta bertrofi di Mnhattan. Menurut NY Post, tahun lepas, Low membayar harga mencecah AS $ 33 juta untuk kondo mewah yang pernah dimiliki oleh Donald Trump pada 1 Central Park West.

Sembilan bulan selepas Low membeli kondo tersebut, beliau menjualnya untuk hanrga AS$30 juta – kerugian yang berjumlah AS$3juta.

Sebelum dia membeli kondo di West Central Park itu, Low membayar AS$100,000 sebulan di Imperial Park, yang terletak di 56 West Street .

Low juga membelanjakan AS$50,000 sebulan untuk ahli-ahli rombongannya untuk tinggal di pangsapuri yang lain

Pada masa yang sama, Low juga membelanjakan wang lebih daripada AS$100,000 beberapa malam di tempat tempat terkenal untuk berparti di kota itu.

Selepas cara perbelanjaan yang tinggi Low menjadi tajuk utama akhbar, beliau tenggelam di bawah radar - sehingga baru-baru ini.

Juga ditemui di kelab kelab malam, Low juga telah memberitahu ahli ahli kelab dan parti di New York bahawa dia akan berada di St Tropez untuk berparti dan membelanjakan jumlah wang yang besar.

Menaikkan harga untuk menampung tabungan

Cerita cerita kekayaan yang hebat seperti ini amat sukar untuk difahami oleh rakyat Malaysia.

Tetapi begitu banyak wang yang telah hilang melalui rasuah - RM888 bilion sejak tahun 2000 - ia tidak begitu sukar untuk melihat sikap segelintir orang yang membuang $ 100,000 malam semata-mata untuk parti. Bagi mereka, ia bukan jumlah yang banyak, mungkin cuma lumayan!.

Laporan Sarawak juga telah mendedahkanberita yang menarik perhatian.. Seorang lagi rakyat Malaysia yang kaya raya telah membelanjakan RM14.5 bilion pada kapal layar serba mewah dengan dihiasi dinding emas dan dipenuhi platinum. RM14.5 bilion hanya untuk berpiknik di laut! Siapakah lelaki ini? Akan menarik juga jika mendapat tahu siapa dia.

Sementara itu, tidak hairanlah bahawa kerajaan Najib telah meramalkan kebankrapan negara menjelang 2019.

Fikirkanlah, jika golongan elit pemerintah tidak dibenarkan menaikkan harga barangan keperluan pengguna, bagaimana mereka boleh mengisi semula tabung mereka untuk membeli lebih banyak kondo mewah dan kapal layar?

- Malaysia Chronicle

1 comment:

  1. Anonymous3:27 PM

    Bro chegubard.Kau memang macan aljuburi jugak.Kaki auta jugak.

    ReplyDelete