Tuesday, August 23, 2011

Konvoi Kembara Ramadhan SAMM Johor mencapai matlamat

Selepas majlis Iftar dan Solat Maghrib di PASTI Bukit Besar, Muar bersiap nak gerak
Suasana di Maahad Tahfiz Batu Pahat. Anak - anak ini tidak lekang dari aktiviti menghafal ayat suci Al Quran. Kami singgah untuk sampaikan sedikit bantuan kewangan dan sumbangan bubur lambuk.
Sembang sementara bubur siap. Roslee sedang mengajar Lan pakai Blackberry sambil Anuar (Penyelaras SAMM Johor) terjelepuk keletihan
Tak banyak beza sama ada gitar solo atau kayuhan bubur lambuk solo
Shamkamikaze tetap stylo dengan gaya tersendiri.
Sedang taaruf di Asrama Puteri, Rumah Anak Yatim Batu Pahat.
SAMM Johor sudah mengorak langkah ke depan dengan catatan keanggotaan
paling tinggi setakat ini
Bubur di tangan abang baju hitam itu panas tetapi mungkin dia tak rasa panas apabila seronok bersembang dengan Shamkamikaze
Antara yang hadir dan tak lepas peluang bergambar, baju batik tengah ialah
ahli Parlimen Bakri YB Er Teck Hwa
Fauzi a.k.a Opie Poji penyelaras SAMM Pusat dengan gaya tersendiri mencedok bubur lambuk untuk agihan di tapak pasar Ramadhan berhampiran BP Mall
Sehelai kemeja SAMM sebagai tanda ingatan buat Sham Kamikaze setelah selesai program akhir Sembang Anak Muda lepas solat Tarawikh
Gambar sebelum bersurai dalam majlis Iftar di Muar
bersama 4 orang antara penggerak utama SAMM Johor
Ramai terkejut dengan kehadiran Sham Kamikaze di Pasar ramadhan untuk turut sama agih bubur lambuk
Pose ini idea Roslee Sharif yang minat sangat tengok pelita buluh
Dua periuk bubur habis hari tersebut

antara yang hadir dalam Tazkirah lepas Zuhor di Tongkang Pecah, Batu Pahat.
Antara penerima bantuan yang disampaikan oleh Sham kamikaze pada hari tersebut

Roslee cukup minat dengan pelita tersebut
layak dengan status sebagai antara gitaris terbaik negara, petikan gitar beliau cukup memukau.
Di Asrama perempuan Rumah Anak yatim Batu Pahat, selepas menyampaikan sumbangan kewangan dan bubur lambuk
Tiba lewat sedikit di tempat iftar, maka dengan gaya selamba datang dengan
air jagung di tangan
Di Asrama Lelaki, Rumah Anak Yatim Batu Pahat
sempat terlelap melepas letih, memang letih tapi seronok dan gembira Kembara berjalan lancar dan insaf apabila seharian berkongsi perbagai cerita sedih yang kurang bernasib baik dan kesungguhan golongan tertentu memainkan peranan memastikan rumah anak yatim mahupun sekolah tahfiz dijaga sempurna dengan sumber serba kekurangan.
Berkongsi ingatan selepas solat Tarawikh di Bakri

Bukan sekadar berjaya mengadakan program kembara tetapi SAMM johor berjaya mengeluarkan risalah dan sebanyak 2000 risalah berjaya diedarkan pada hari tersebut.
di hadapan rumah Anak Yatim islam Batu Pahat
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dan InayahNya SAMM Johor telah berjaya mengadakan program Konvoi Kembara Ramadhan SAMM Johor bersama Sham kamikaze dengan jayanya.

Bermula dengan Solat Zuhor berjemaah dan tazkirah khas bersama Sham Kamikaze. Surau di Tongkang Pecah yang selama ini lengang ketika solat Zuhor dipenuhi anak muda dari perbagai latar. masyarakat setempat dilihat menerima baik anak muda termasuk yang jeans dan baju ketat. Selepas itu kami sama ke tempat penyediaan bubur lambuk bersama menyediakan bubur dan setelah di masukkan ke dalam bekas hampir 1000 bekas dapat disediakan.

Sebelum bergerak mengedarkan bubur dan menyampaikan bantuan kami ke Surau berdekatan untuk sama solat jemaah Asar. Selepas itu sekumpulan terus bergerak ke Pasar ramadhan berdekatan BP Mall untuk memulakan pengagihan bubur lambuk serta risalah Buliten SAMM Johor.

Manakala sekumpulan lagi bersama che'Gubard dan Sham Kamikaze bergerak ke Asrama Putera Rumah Anak Yatim Islam B.Pahat kemudian ke Asrama Puteri Rumah Anak Yatim Islam B.Pahat kemudian ke Maahad Tahfiz Batu Pahat sebelum bergabung dengan kumpulan yang ke pasar Ramadhan tadi.

Di sekolah Anak Yatim dan sekolah tahfiz SAMM menyampaikan sumbangan bubur lambuk dan sedikit bantuan kewangan dan diterima oleh pihak pengurusan tempat tersebut.

Di Pasar Ramadhan, imej bendera SAMM telah menarik perhatian ramai orang yang mula datang dan berkenalan dengan SAMM. Buliten dan bubur lambuk percuma habis di sini.

Bergerak untuk program seterusnya Iftar di Bukit Besar, Muar. Sham Kamikaze yang bertolak dulu tiba awal dan sempat menyampaikan bantuan kepada beberapa wakil keluarga yang memerlukan. Sham turut disertai oleh YB Er,ahli parlimen Bakri.

che'GuBard yang tunggu hingga selesai program di Pasar ramadhan berdekatan BP Mall tiba agak lewat 10 minit dari waktu berbuka. Konvoi bersama cheGuBard berbuka dalam kereta masing-masing yang bergerak. Rupanya kehadiran agak ramai dari yang dijangka di tempat Iftar diadakan, sehinggakan makanan habis tetapi InsyaAllah semua cukup.

Selepas solat Maghrib tazkirah diadakan. Selesai tazkirah, kami terus bergerak ke Bakri. Solat Isya dan tarawikh berjemaah. Selepas solat Isya' , sembang anak muda diadakan. majlis dimulakan oleh YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong), sebelum che'GuBard berkongsi pengalaman dan membawa berkongsi pesanan Ramadhan. Kemuncak Sham kamikaze menyampaikan pengalaman 'hijrah' beliau. Penyampaian yang bersahaja cukup menyentuh jiwa pendengar dari perbagai golongan. Pimpinan JKK Kampung tersebut termasuk AJK Surau semua bersama meraikan majlis SAMM. Perbezaan ideologi politik dengan jelas ditolak dan masej 'hijrah' ke arah kebaikan dapat disembangkan dengan penerimaan terbuka.

Selesai majlis beberapa orang 'kuat' kampung tersebut ajak kami minum dan sembang untuk kami dapat kongsi lagi beberapa program atas nama SAMM untuk bersama dengan anak muda setempat. kami terima dengan baik. Sebelum balik teman-teman penyelaras SAMM Johor sempat bersahur dengan Sham Kamikaze di Bandar Muar, sudah tentu menu utamanya ialah Mee Bandung Muar dan Sham Kamikaze kali pertama makan bubur lambuk Johor.

Tahniah kepada pengerak SAMM Johor.

No comments:

Post a Comment