Wednesday, August 17, 2011

Kes - kes penipuan di Malaysia. Umno lemah kena tipu oleh Mca

Gambar atas ialah WARGA Singapura, Sharida Abdul Majid, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas pertuduhan menipu pengasas RHB Bank, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, dengan menggunakan dokumen palsu, membabitkan kerugian RM7 juta. Menurut fakta kes Sharida memperdayakan Rashid Hussain dengan kononya dia memperolehi kontrak kaitan Sultan Brunei. Menariknya macam manalah Rashid Hussain yang hebat yang dikatakan mampu terlepas apabila dia sendiri antara punca masalah ekonomi negara apabila memulakan urusan dengan Soros tetapi ditipu oleh janda anak 4 ini. Jika difikir Sultan Brunei tak ada masa pun nak terlibat perniagaan nilai RM 7 juta.

Dia ditangkap dikediamanya selepas laporan polis dibuat oleh Rashid dan dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari. Sementara perbicaraan berlansung dia diberi ikat jamin RM1juta dan pasport nya diserahkan ke mahkamah. Jumlah jaminan kemudian dikurangkan ke setengah juta.
Tun Dr. Ling Liong Sik, didakwa kerana menipu kabinet ketika beliau menjawat jawatan Menteri dan Presiden MCA. Ini baru betul... kabinet yang majoriti melayu Umno dieketuai oleh Tun Dr. Mahathir yang konon hebat sangat ditipu oleh seorang tauke. Penipuan melibatkan nilai bilion ringgit wang rakyat dalam urusan PKFZ.

Beliau dibawa ke mahkamah dengan begitu terhormat selepas ditahan. Itupun apabila desakan dilakukan semakin kuat untuk tindakan diambil dalam isu PKFZ. Kelihatan seorang pembantu Melayu sentiasa setia menjadi tukang angkat beg beliau. Bayangkan jika keadaan sebaliknya sudah tentu gambar-gambar ini akan dipergunakan oleh Umno untuk membakar sentimen perkauman. Persoalanya bukan cina atau melayu tetapi Mca berjaya menipu Umno yang lemah mengendalikan kabinet.
Dia juga diberi jaminan untuk bebas sementara perbicaraan berlansung dengan jaminan RM 1 juta.
Bukan seorang Presiden MCA berjaya perdaya kabinet. Seorang lagi Tan Sri Chan Kong Choy yang berdepan tuduhan menipu kabinet tetapi kali ini dibawah pimpinan Abdullah Hj Ahmad Badawi. Walaupun ketika itu kononya Abdullah ada sekumpulan penasihat muda yang cerdik lulusan luar negara namun ia tertipu dengan projek yang sama PKFZ dan turut bernilai bilion wang negara hilang. Ternyata Umno begitu lemah hingga boleh ditipu Mca, atau Umno begitu ghairah makan komisen sehingga tak sedar ditipu.

Dia juga mendapat jaminan untuk bebas sementara perbicaraan dengan nilai RM 1juta. Di iring dengan cara terhormat ke mahkamah, selepas pendakwa dapati ada kes beliau menipu negara.

Sekadar menulis untuk mengajak kita semua berfikir !

2 comments:

  1. Azali MS4:36 PM

    Tidak begitu hairan sangat kerana anda yang berkata-kata bijak pun kena tipu oleh Al-Juburi dan Karpal Sing. Banyak geng al-Juburi sudah berpaling tadah dan tahu kebenaranya seperti Ezam, Nallakarupan dll.

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:52 AM

    apa jadinya Qurban Akbar tanpa Sharida Abdul Majid sebagai tokoh penting didalamnya
    http://www.qurbanakbar.com/?page_id=285

    ReplyDelete