Monday, August 17, 2009

Bertemu Blogger dari Mersing......

Minggu lepas sempat memenuhi undangan PAS kawasan Mersing yang dibuat sebulan lebih yang lalu.

Sekitar 400 lebih yang hadir ceramah yang didakan di hadapan PASTI Pekan Mersing.

Rupanya di Mersing ramai pembaca blog ini antaranya ialah Syam Mersing yang menunggu di tengah jalan dan membantu menunjukkan jalan. Terima kasih buah tangan keropok Mersing.Seorang teman blogger http://pulakdah.blogspot.com juga sempat ditemui selepas ceramah.

Sila klik sini untuk membaca blog beliau.

Rupanya ramai orang Umno mendengar ceramah malam tersebut. Ust. Azam selaku NYDP PAS Mersing menamatkan ucapan 10.30 malam sebelum memberi ruang 1jam setengah untuk che'GuBard mengulas mengenai siapa khianat Melayu ?. Responya cukup baik.

Seorang hadirin yang merupakan anggota Komando Tentera Malaysia yang 'menyelinap' masuk ke PASTI ketika sesi minum selepas ceramah menyatakan, beliau baru tersedar yang selama ini betapa Umnolah yang membodohkan rakyat. Beliau juga mengatakan ramai orang Umno datang dan duduk dalam gelap juga turut terdiam tak boleh nak jawab apa dengan fakta dan ulasan yang diberikan.

Buat PAS Mersing, tahniah kerana berjaya buat program, selepas ini perlu dibuat di tempat berbeza agar ahli Umno yang nak mengetahui dapat dihampiri. Cuma sayangnya ucapan malam itu tidak sempat dirakam.

3 comments:

  1. Anonymous4:32 PM

    saya dgr ucpan chegu malam itu memang berapi walaupun banayk benda bunyinya kasar tapi ia penuh fakta saya dtg dengan member ahli umno dia pun menung lepas dgr ceramah chegu

    ReplyDelete
  2. Kepada Anonymous
    Tahniah la anda berani datang.
    Kadang2 kena kasar sebab UMNO pun berkasar.
    Tuduh pengkhianat la apa la sebagainya.
    Fakta pengkhianat itu ada di posting di blog chegubard atau di blog saya http://pulakdah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:49 PM

    boleh bg link facebook ust azam

    ReplyDelete