Friday, August 28, 2009

Ismail Kamus sihat di Makkah

Petang semalam berpuluh sms masuk memaklumkan mengenai 'pemergian' Ust Ismail Kamus. Setelah diperiksa penyebaran berita itu ialah berpunca dari kekeliruan dengan berita meninggalnya tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.

Bekas ADUN Gombak Setia, Ust. Ismail Kamus yang juga merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia kini sedang berada di Makkah dan dalam keadaan sihat walafiat.

Kata orang tua dahulu kalau berita seseorang itu meninggal tersebar sedangkan orang itu hidup maknanya panjang umur lagi. Wallahuallam....

che'GuBard mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Prof. Dato' Dr. Ismail Salleh atas pemergian beliau.

No comments:

Post a Comment