Tuesday, July 21, 2009

DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak harus berhenti bernostalgia.

Hari ini sekali lagi DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah, bertitah menyentuh mengenai hak Raja - Raja Melayu dan Perlembagaan Negara.

(sila klik sini untuk membaca lanjut)

Di kesempatan ini che'GuBard ingin merafak sembah memohon agar ke bawah Tuanku berhenti terlalu bernostalgia.

Sistem beraja dalam negara ini dikenali sebagai 'Raja Berpelembagaan' , ertinya Hak dan Kedaulatan Raja - Raja Melayu dipelihara dalam Perlembagaan Negara. Begitu juga hak bahasa, hak bangsa Melayu dan seumpamanya. Perlembagaan merupakan dokumen penuh 'roh' yang menjamin sistem dan kelicinan perjalanan negara ini dengan menjamin hak dan kebebasan tiap individu. Perlembagaan yang sama jugalah menjadi tiang seri memastikan sistem beraja (Raja - raja Melayu) mampu menjadi payung teras memayungi rakyat semua dan menjadi tiang seri agama dan bangsa.

Persoalan adakah Raja Melayu, hak agama, bangsa mahupun bahasa kian terhakis, jawapannya ialah YA !.... untuk menghakis hak yang dijamin perlembagaan tersebut perlulah perlembagaan itu dipinda. Perlembagaan hanya boleh dipinda dengan majoriti dan kelebihan di Parlimen Malaysia. PAS mahupun KEADILAN tidak pernah menikmati majoriti dalam parlimen untuk meminda perlembagaan tersebut, begitu juga DAP. Umno dan Bn (atau dulu Perikatan) yang menikmati kuasa majoriti di Parlimen dan merekalah yang telah meminda beberapa kali perlembagaan hingga menghakis hak termasuk hak dan kedaulatan Raja - Raja Melayu. Parti yang berimej parti ekstremis Melayu itulah sendiri yang menghakis hak orang Melayu.

Kali terakhir apabila tahun 1994 seluruh media dalam negara untuk 'menfitnah Raja Melayu'. Bukan selindung lagi....ingatkah kita TV3,Utusan, RTM dan lain - lain digunakan untuk memberikan persepsi buruk kepada raja Melayu...Sultan Kelantan mencuri kereta sendiri, Sultan Pahang kaki judi, Sultan Johor 'gangster', Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 'kaki arak'...begitulah kurang ajarnya media yang mendokong Umno...Raja Melayu dimalukan...rakyat diberi persepsi salah dan Umno telah meminda perlembagaan meragut hak Raja - raja Melayu ketika itu dengan pindaan perlembagaan di Parlimen. Ingat ia kerja Umno bukan DAP.

Umno (baca Mahathir) membuat semua ini kerana ingin menghadkan kuasa raja kepada kuasa 'upacara sahaja', dan selebihnya dikendalikan oleh parti pemerintah.

Menyedari hakikat Raja - raja melayu sudah hakis daulat dan hak maka Kongres Nasional Keadilan 2008 yang dihadiri oleh Melayu, Cina, India, Iban, Dayak dan semua kaum di negara ini telah meluluskan resolusi perlunya ada satu usaha serius untuk mengembalikan kedaulatan dan hak raja - raja Melayu agar sistem beraja ini mampu memainkan peranannya semula sebagai payung kepada semua rakyat negara ini.

Begitulah dakwah Parti Keadilan Rakyat kepada semua rakyat. Raja adalah milik semua, raja harus dihormati bukan sahaja Melayu tetapi Cina, India, orang Asal atau apa kaum saja yang duduk dalam negara ini, barulah Raja Melayu punya daulat dan keistimewaan di mata rakyat.

Kembali kepada titah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, patik merafak sembah agar Tuanku tidak terlalu bernostalgia. Sebaliknya lihatlah kuasa rakyat sebagai teras kuasa dalam negara ini, namun kuasa rakyat ini memerlukan payung Tuanku untuk terus hidup sentosa dalam negara tercinta ini.

Jesteru itu jika Tuanku berjaya mengembalikan dan memperkasakan kuasa rakyat percayalah kedaulatan Raja Melayu juga akan kukuh dan dimuliakan.

Ingat sejarah ketika Raja - Raja Melayu ditipu oleh Mc Micheal, rakyat bangkit menentang, memerdekakan dan mengembalikan kuasa ke dalam Istana. Kuasa Rakyat yang kuat menjamin Raja yang berdaulat.

Akhir sekali Tuanku fahamilah Umnolah yang telah banyak kali mengkhianati raja Melayu.

3 comments:

  1. Sultan buat2 tak faham tu

    ReplyDelete
  2. Chegu bard,

    saya respect anda sebagai pejuang dlm PKR tetapi anda lupa Ketua anda DSAI juga dalam UMNO pada masa itu dan terlibat menyokong pindaan perlembagaan 1993 itu .

    memetik kenyataan dari blog Tun M


    Melayu Mudah Lupa

    1. Kadang-kadang kita lupa. Oleh itu izinkan saya catat semula laporan akhbar Berita Harian (Mac 24, 1993) berkenaan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah memberi perkenan kepada Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) 1993 (kekebalan Raja-Raja).

    2. Katanya "Isu ini sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk Raja".

    3. Dalam New Straits Times (Mac 24, 1993) pula dilaporkan: "In Butterworth, UMNO Vice-President and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the royal assent has helped close the chapter on the subject which he described as a milestone in the process of political maturity of the nation.

    4. "One lesson to be learnt from the whole episode is that the issue was not entirely confined to the abolition of the Malay Rulers legal immunity in their personal capacity.

    5. "It concerns the understanding and maturity of all quarters involved with regard to the real meaning of freedom and the rule of law".

    6. Lain padang lain belalang.


    Tak percaya ,tanya sendiri bos anda Anwar Ibrahim ...

    ReplyDelete