Tuesday, March 25, 2008

Tarik Abdullah keluar dari Pulau Pinang bukan projek mega

Setiausaha badan perhubungan UMNO Pulau Pinang yang 'berjaya' mempertahankan kerusi DUN Penaga (dalam kawasan undi Parlimen Kepala Batas), Datuk Azhar Ibrahim meminta kerajaan persekutuan supaya membatalkan semua projek mega yang dirancang untuk Pulau Pinang termasuk jambatan kedua, monorel, jalan lingkaran luar Pulau Pinang (PORR) serta perkhidmatan pengangkutan Rapid Penang.

Alasan bodoh yang diberikan oleh Azhar ialah rakyat Pulau Pinang telah menolak kerajaan BN dan memilih pentadbiran baru yang diketuai oleh DAP. Oleh itu rakyat Pulau Pinang menolak pembangunan. Satu hujah yang boleh dikatakan balas dendam walaupun dinafikan oleh Azhar. Azhar tidak faham erti demokrasi, mungkin baginya Umno parti keramat yang tidak boleh ditewaskan.

Yang melucukan ialah Azhar meminta Rapid Penang* dibatalkan sedangkan perkhidmatan itu telahpun dilaksana dan berjalan lancar. Saya tidak faham dimana letaknya kewarasan dan kebijaksanaan Azhar apabila membuat gesaan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Azhar bagi pihak UMNO Pulau Pinang tidak lain daripada perumpaan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Inilah mentaliti dunia ketiga yang dimiliki oleh seorang pemimpin yang hidup dalam persekitaran kelas satu.

Jangan persalahkan rakyat kerana menolak BN dan UMNO. Cerminkan diri sebelum membuat tuduhan dan desakan. Rakyat hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab. Inilah kuasa yang ada di tangan rakyat dan kuasa pemerintahan bukan hak milik kekal BN.

Jika diteliti keputusan PRU 12 yang terjadi selain dari faktor Anwar Ibrahim, faktor tekanan hidup...dan faktor yang penting juga ialah faktor rakyat menolak pemimpin Umno & Bn yang sombong dan rasuah khususnya di Pulau Pinang rakyat menolak kepimpinan Abdullah yang lemah dan dikuasai menantu dan anak yang tamak. Maknanya rakyat tidak menolak projek mega tetapi menolak Abdullah. Maknanya yang perlu 'dicabut' keluar dari Pulau Pinang bukan projek tetapi Abdullah. Mungkin boleh dihantar ke Kg. Gadong, Rembau..kerana disitu 'dikatakan' kampung Umno paling kuat di dunia.

Menyentuh
Noh Omar dalam Akhbar Sinar 23hb Mac 2008 - Dalam komen beliau mengenai Ku Li, beliau menyebut Ku Li kena terlebih dahulu menumpukan perhatiannya pada Kelantan sebelum ingin bertanding sebagai Presiden. Satu komen yang agak melucukan, kerana sepatutunya komen seperti itu boleh di tujukan kepada Pak Lah. Dalam konteks yang serupa kenapa Noh Omar tidak mempersoalkan Pak Lah dan meminta beliau menyelesaikan Pulau Pinang sebelum mahu mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri? Bukankah nada itu serupa. Kalau Noh Omar boleh minta Ku Li selesaikan Kelantan kenapa tidak meminta Pak Lah selesaikan Pulau Pinang. Agak janggal Perdana Menteri asal dari negeri yang dikuasi pembangkang

*Rapid penang ialah projek yang dibuat hasil dari projek mempertingkatkan pengangkutan awam. Wang projek rapid ini ialah dari RM3bil. yang diambil dari wang rakyat sehingga menyebabkan harga minyak naik 30sen, hasil dari projek Rapid ini scomi (syarikat anak Abdullah) telah mendapat keuntungan besar.

No comments:

Post a Comment