Tuesday, March 25, 2008

Apa dia WPI ? Isu MB Terengganu, tolak Idris atau tolak Abdullah ? Kenyataan Prowaris mengenai Perak disiar tetapi kenapa


cheGuBard dengan ini menjemput semua pembaca mengikuti sebuah weblog yang dibina oleh seorang teman yang menerangkan mengenai WPI. Jemput layari http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/

Tahniah, nampaknya semakin ramai rakyat yang mempergunakan ruang siber ini untuk mempraktikan hak demokrasi mereka. Cuma mungkin khalayak yang terhad menjadi masalah. Jesteru itu diseru semua pembaca agar sentiasa ringan tangan untuk mencetak dan menyebarkan bahan - bahan yang difikirkan berguna.

Dalam posting ini juga cheGuBard ingin menyentuh mengenai perkembangan terkini.

Pertama mengenai penolakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Istana walaupun Idris mendapat watikah lantikan dari Abdullah Hj. Ahmad. Perkara ini bukan pertama berlaku selepas PRU 12. Shahidan Kasim contohnya telah ditolak oleh Istana Perlis walaupun mendapat watikah Abdullah dan kini berlaku sekali lagi di Terengganu. Apakah ia sekadar penolakan tokoh negeri itu atau pun Istana sudah muak dan menyampah dengan Abdullah yang terlalu lemah dan dipergunakan oleh menantu dan anaknya ?

Apa dosa Idris Jusoh ? Selain dari dosa rasuah, korupsi di Terengganu Idris berkongsi dosa seketegori dengan Mohamad Hassan (N.Sembilan). Ramai bertanya cheGuBard kenapa 'pembangkang' mampu memenangi 15 kerusi di Negeri Sembilan dalam keadaan yang tak tersangka. Jawapanya selain dari gelombang Anwar yang didokong rakyat, selain dari menyampah dengan korupsi Mohamad Hassan dan adik beradiknya yang menguasai pemerintahan negeri...dosa paling besar Mohamad sehingga kehilangan 15 kerusi ialah membawa menantu keramat bertanding di Negeri Sembilan. Ini menjadikan PRU NS menjadi tumpuan, bahan dan semangat anti Abdullah / Khairy yang ditembak ke Rembau telah membuak keluar ke Teluk Kemang, Seremban, Rasah dan kawasan sekitar.

Dosa Idris paling besar ialah untuk memastikan kononya terus berkuasa maka ia telah memilih untuk berpayung dibawah payung menantu tunggal PM. Hampir 1/2 kekayayaan Terengganu telah di serahkan kepada utusan menantu keramat iaitu Patrik Badawi. Dari Monsoon cup hinggalah ke Masjid Kristal. Malah dari cakap cakap kedai kopi Idris juga begitu yakin kekal berkuasa kerana Istana mula mengemari dia khususnya selepas utusan menantu keramat telah berjaya menambat hati istana dengan pembinaan padang polo contohnya.

Tindakan Istana kali ini juga penting untuk menghentikan cakap cakap fitnah kedap kopi yang mengatakan padang polo di tengah Terengganu itu adalah salah satu lambang bagaimana raja Melayu boleh dibeli. Ketegasan Istana kali ini dipuji.

Namun menyentuh perkembangan yang sama cheGuBard berpendapat suara majoriti perlu dihormati tanpa mendiskriminasi minoriti dalam sistem demokrasi ini. Walaubagaimanapun semua pihak khususnya Istana yang menjadi lambang kedaulatan boleh meenggunakan kuasa yang ada jika ada sebarang lantikan yang bakal memusnahkan negeri dan bakal memparahkan masalah umum. Namun dalam dunia demokrasi moden ini, Istana juga perlu ada tanggungjawab umum, maknanya Istana juga perlu menjelaskan justifikasi tindakan yang diambil (menolak Idris) agar dapat difahami rakyat, mententeramkan keadaan.

Sehubungan dengan itu juga tindakan serta kenyataan Abdullah, Adnan Mansor (Setiausaha Umno Baru) dan Umno Terengganu adalah amat tidak baik. Ia memberikan contoh bertentangan dengan Rukun Negara prinsip kedua Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kenyataan Abdullah dan sekutunya telah mengaspirasikan penyokong Idris sehingga menghina institusi Raja Melayu. (lihat pic atas yang memmaksud kami hendakan Idris, Binatang!!)

Tindakan memecat secara terbuka Adun Kijal, Dato' Ahmad Said dari BN selepas mendapat watikah Istana sebagai MB ternyata menderhaka dan menghina. Semua dilakukan kerana semata mata mempertahankan seorang Menteri Besar yang berpayung di bawah naungan menantu keramat.

Kepada NGO melayu yang bersungguh - sungguh mempertahankan Institusi Raja Melayu yang telah membuat demonstrasi di Perak mungkin perlu dijemput ke Terengganu atau Putrajaya. (itupun jika mereka benar mahu mempertahankan Institusi Raja Melayu bukan kerana dibayar oleh kroni Umno yang ketakutan hilang kuasa).

Media juga dalam hal ini perlu belajar bersikap lebih adil dalam melaporkan. (Ingat antara punca kekalahan Bn tempoh hari ialah kerana rakyat bosan dengan penipuan media Bn). Kenapa contohnya ketika Prowaris, memberikan komen terhadap kuota exco Perak, diberikan liputan oleh media. Kenyataan penuh Nonee Ashirin Radzi,AJK Prowaris mengenainya disiarkan oleh Buliten Utama. Malangnya kenapa tidak disiarkan kenyataan Prowaris mendesak Abdullah letak jawatan ?

Jika Abdullah bijak apa salahnya mengetuk pintu Istana dalam malam yang gelap mengadap raja.

Katakan " Ampun tuanku jika hamba ada salah silap...hamba akan akur dengan teguran jika ada...mohon janganlah diperbesarkan lagi kemaluan hamba terimalah sembah lantikan Idris..."

Tindakan bijak ini mungkin akan menyelamatkan maruah dan keadaan....tetapi ini tidak berlaku.... atau adakah keadaan ini sengaja dicipta untuk mewujudkan keadaan seolah tegang dan memberi ruang kepada MAGERAN 2008 ?

Awas Umno kini kian tidak waras.... seperti kata Muhd Taib selepas majlis serah tugas di Kementerian barunya yang mengatakan Pemilihan Umno harus tangguh kerana untuk elak malapetaka politik (umno) kerana kini semua (pemimpin Umno) tidak boleh fikir dengan waras...klik untuk ke Malaysiakini

Tetapi banyak yang sokong terus tanding..termasuk teman saya Tok Mat....ikuti laporan dipetik dari Agendadaily.

MB Negeri Sembilan tak setuju tangguh

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini hendaklah diteruskan. Beliau yang juuga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, UMNO perlu berfikiran rasional dalam perkara tersebut. "Ini adalah pandangan peribadi saya. Bagi saya, kita jangan lari daripada masalah... kita kena hadapinya... kita tangguh sampai bila pun, masalahnya akan ada juga,” katanya kepada pemberita di Seremban, hari Rabu. “Pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini memberi pengajaran yang amat mahal. Oleh itu, kalau orang UMNO sayangkan UMNO tidak payah kita tangguhkan pemilihan parti ini. Kalau agenda peribadi mengatasi perjuangan, tangguhkan sampai bila pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

3 comments:

  1. Anonymous11:44 AM

    macam mana nak TV3 keluar news buruk utk dollah kan tv3 itu media prima yang dimiliki menantu tersayang

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:55 PM

    kami idris natang!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:31 AM

    memang MB M Hasan tak tangguh-tangguh jalankan projek. taman rekreasi Gallah dan ranap dah

    ReplyDelete